Friday, April 30, 2010

Altruism

Altruism - sejenis perangai yang sangat mengelirukan.

Katakanlah lu ada peluang buat duit sejuta melalui satu projek yang diwahyukan kepada lu. Dan lu juga faham bahawa lu tak boleh nak bikin projek tu seorang diri. Apakah mekanisma lu untuk menarik partner2 untuk join lu bikin itu projek tanpa partner lu mengetahui jumlah sebenar projek lu tu?

A) Adakah lu akan offer 10% sahaja dari jumlah projek kepada partner lu dan lu ada contribute kerja untuk bikin projek.
B) 50% untuk dia bikin semua dan lu rilek hisap rokok tengok astro beyond hari hari sampai 4pagi.
C) 70% untuk dia bikin semua sambil lu rilek main golf hari-hari pagi petang siang malam.
D) Offer 50% dari hasil projek dan lu sama sama bikin projek dengan partner lu.

Lu jenis yang macam mana?

lu tau tak ari rabu nanti pipi ajak main futsal? lu jangan tak join..

Baiklah. Nak kena pakai jersi Arsenal ke?

Ask me anything

Tuesday, April 27, 2010

MuVee

Lucadeketiak, rakan dari sokernet gua ada hajat nak buat cerita pendek dan di muvee kan. Dia nak buat cerita pasal kambing. Boleh baca blog dia kat sini.

Gua pun ada cerita pendek dan lagi ngeri. Ini adalah rekaan gua semata-mata dan takdak kena mengena dengan sesapa.

--- short MuVee gua -----

Scene 1 - Dalam bilik.

Seorang mamat krumper sedang berlatih menari "krumping" dalam bilik nya. (camera snap dari atas ceiling dan lagu latar ialah lagu Black Eyed Peas, "imma be". Cahaya samar2, kepulan asap bong agak padu dan keadaan bilik mamat krumper ni agak kucar kacir. Ada beberapa buku-buku ekonomi bersepah atas meja dan majalah Playboy di atas katil terbuka di mukasurat tengah.)

iPhone krumper berbunyi dan lampu display lip-lap atas lantai. Mat krumper pikap phone dan mula menjerit-jerit. Mungkin sebab gaduh dengan awek, atau mungkin sebab muzik lagu "imma be" ni kuat sangat.

Sambil jerit-jerit, krumper yang sedang berpeluh2 tak pakai baju berseluar jeans Levi's original 501 koyak tu pasang api rokok. Jerit lagi sampai abis rokok. Krumper terus hempas iphone kat dinding. Lagu "imma be" abis.

Suasana senyap selama 1 minit. Mat krumper tampak kusut sambil mencangkung tepi dinding dan capai kotak rokok kretek dengan niat nak pasang rokok sebatang lagi. Rokok habis. Krumper penyetkan kotak kosong dan campak ke dinding sambil jerit "ahhhhhhhhh".

Scene 2 - Dalam 7-eleven

Mat krumper yang sudah memakai baju T jenama Ed Hardy cap ayam sedang kusut picit mesin slurpee masuk dalam cawan saiz besar. Selesai picit, krumper cari tutup cawan plastik slurpee tapi takda yang muat. Mat krumper mengeluh "argghhhh". Di kaunter, mat krumper order kretek 2 kotak, Salem light besar satu sambil tanya kat kaunter, "apsal tutup slurpee ni takde saiz besar?". Pekerja 7-eleven jawap "entah".

Mat krumper jeling pekerja kaunter yang dibajunya bertag "fifi".

"Nak aje gua lempang si fifi ni.." detus hati krumper. (untuk menunjukkan bisikan hati mat krumper ni, tulisan ber font "typewriter" tertulis ni skrin muvee gua).

Scene 3 - Dalam kereta

Krumper minum slurpee. Sewaktu nak pasang api rokok yang dah tertangguh sejak sessi melontar kotak kosong ke dinding tadi, mat krumper cari lighter. Tengah sebok cari lighter, mat krumper terlanggar seorang pakcik naik beskal fixie.

--- tamat ----

Monday, April 26, 2010

Pikir Kena Jauh

InsyaAllah, anak jantan gua lahir pertengahan Jun tahun ni.

Sempena kelahiran dia, gua dah create blog account untuk dia. Nanti bila dia dah besar, boleh tulis idea-idea dan tahu kebaikan dari keburukan, gua akan paksa dia maintain blog.

Ini blog bakal anak jantan gua.

Sunday, April 25, 2010

Beyond Imagination

Kadang2 kita sibuk dengan urusan duniawi dan menidakkan tanggungjawab kita sebagai seorang insan yang kamil. Maksud perkataan insan tu pun ialah pelupa. Jumaat lepas gua sembahyang jumaat.

Wife gua memang tak pernah suka sukan. Kalau gua bersila depan TV layan sukan, dia jadi tension. Gua nobatkan sifat tension kaum wanita terhadap sukan ini sebagai "Misunderstood Joy" atau ringkasnya MJ.

Gua takde energy nak kupas isu MJ dalam posting gua sekarang tapi kesimpulan yang gua ingin tekankan disini ialah dalam ketidak puas hatian wife gua terhadap gua, secara rahsia dia telah melanggan astro beyond untuk gua. Wife gua nak gua tengok sukan dalam high-definition. Pelik.

Mungkinkah wife gua ingin gua faham bahawa sukan dalam analog atau pun digital adalah pembaziran semata? Atau adakah wife gua mahukan gua makin sibuk menonton sukan supaya gua tak main kayu tiga? Atau adakah wife gua ingin membalas budi gua yang belikan dia stroller jenama Quinny Buzz beserta Maxi-Cosi car seat yang boleh menjahanamkan ekonomi negara Vanuatu harganya? Atau adakah sebenarnya secara subliminal,wife gua memang suka sukan?

Persoalan ini sering mengcrazy kan otak gua yang cute ini.

Dalam sebok memikirkan persoalan diatas, gua sempat buka astro HD dan ingin gua nyatakan disini dengan hati yang tawadduk serta rendah diri bahawa astro HD memang "one fantastically fine brain choker".

Friday, April 23, 2010

15 Minutes Of ...

Gua nak gerak in 15 minutes time. Nak post pakai BB, line 3G macam anjing. Anjing pun at least kita faham kelemahannya dan kita tau cara nak lanyak kasi lembik. Kalau 3G, paling-paling pun hempas handphone.

Dari sumber bacaan gua semalam, carbon dioksida bukan lah penyebab utama pemanasan global seperti yang diwar-warkan. Malah asap ekzos yang berkepul2 keluar dari anus kereta juga bukan. Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa CO2 yang dibebaskan oleh ekzos mobil sama effectnya dengan CO2 yang dibebaskan tahi lembu. Maklumlah, penduduk dunia ramai makan lembu, oleh itu banyak lembu diternak. Mungkin kalau orang dari benua India pun makan lembu, pembebasan CO2 tahi lembu lebih hebat dari ekzos kereta.

Pemanasan global ini ialah kerana gabungan pelbagai externalities, dalam terma ekonomi nya. Dalam terma insan yang comel, bijak bestari, baik hati, islamik, iman tinggi dan kuat minum coca-cola macam kita ni, pemanasan global ialah masalah yang "tak aper".

Jiran bakar sampah, asap masuk rumah jiran dan suhu jadi panas. "tak aper".

Lanun curi balak potong pokok. "tak aper".

Jiran sebelah ada 13 biji aircond tapi bil letrik RM33.50 sebulan kerana pakai alat sulit ejas meter TNB. "tak aper", mungkin kita beli jugak 3 biji aircond. Semuanya "tak aper".

Semua externalities ni penyebab pemanasan global.

Nak kasi suhu dunia turun skit? Jawapannya ada pada Intellectual Ventures. Sebuah organisasi mantap yang memang terrel giler.

Solution mereka senang dan murah. Mungkin lebih murah dari kos pembinaan istana negara yang baru di Jalan Duta.

Pam sulfur masuk lapisan Stratosphere yang tingginya 18batu keatas. Ada 3 cara:

1) Pam pakai hos macam lu spray air kasi bunga lu makan.

2) Pam dari serombong asap kilang arangbatu.

3) Bebaskan belon berisi sulfur ke langit.

Senang dan mudah. Gua suka.

Thursday, April 22, 2010

Infant Car Seat

Mengapa kita perlu beli infant car seat ni? Harga yang mahal untuk jenama seperti Maxi-Cosi, Recaro, Halfords tapi murah untuk jenama brengsek. Masalah dengan jenama murah ini ialah mungkin ia tak melalui proses "crash-test". Tak aman kita dibuatnya nanti.

Gua dah beli seketol jenama maxi-cosi. Setelah malas bertekak dengan wife gua, kami telah mengambil keputusan untuk beli juga stroller jenama Quinny Buzz yang sangat hip. Wife gua happy, gua kena sembelih tekak. Sekali lagi gua ingin nyatakan tahap pengorbanan gua agak tinggi. Stroller tu gua belum beli lagi tapi coming soon. Masalah dengan stroller ini pula berbeza. Beli yang murah pun ok, tapi nak switch seat untuk memadankan umur anak memang takder. Quinny Buzz ni gempak skit. Boleh main switch seat macam tekan remote TV. Mudah dan mantap. Colour dia pun meriah dan tak sebu.

Kembali pada kes car seat.

Mengikut kajian, tahap keselamatan car seat dan talipinggang keledar yang konvensyenal ni sama sahaja. malah dalam sesetengah kes, talipinggang keledar lulus cemerlang berbanding car seat. Ini ialah kerana pemasangan car seat pada kereta mesti lah padu. Kalau salah pasang, baik tak payah. Selalunya kaum ibunda agak lemah dalam pasang memasang ini oleh itu banyak kes kematian budak kecik waktu eksiden kerana ini.

Gua syorkan kaum bapak adakan sessi latihan pasang car seat pada isteri2 mereka setiap hujung minggu dan kalau ada bajet lebih, organize teknikal update setiap 6 bulan sekali termasuk juga latihan cara-cara memotong kereta, pakai lampu signal ketika masuk simpang, jangan make-up waktu memandu dan jangan tekan brek selagi tak sampai 20meter dari kereta hadapan di trafik light.

Kembali kepada kes car seat.

Setelah berdebat dengan wife gua pasal pembelian car seat dan gua bentangkan semua hujah-hujah gua beserta dengan fakta seperti di atas, wife gua kata, "ok, kalau anak awak melompat-lompat dalam kereta nanti, awak kena jaga dia."

Gua balas, "ok, jom beli car seat sekarang juga."

Tuesday, April 20, 2010

Aktiviti Kehidupan Memberi Petunjuk (Alih Bahasa Post Semalam)

Sila faham bahawa apa sahaja yang lu lakukan dalam kehidupan memberi tanda-tanda kecil pada orang lain.

Bila lu beli barang online pakai paypal, lu memberikan seseorang informasi tentang cara lu menghabiskan wang.

Bila lu keluarkan duit dari ATM, lu kasi info tentang cara lu uruskan aliran tunai lu.

Dalam suatu jangkamasa yang lebih panjang, aktiviti2 kecil lu ni akan berubah menjadi satu corak yang boleh disimpulkan dan unik seperti cap jari lu. Corak lu yg unik ini mungkin sama dengan corak seorang "terrorist" didalam algoritma sistem pengesan "terrorist". Jika ini terjadi, sila pastikan yang lu ada beli polisi insuren kerana "terrorist" tak pernah beli insuren.

Monday, April 19, 2010

Life's Innocent Little Tit-bits

Please understand that whatever you do in life, you leave tit-bits of trail behind you.

Whenever you buy something over the net using paypal, you tell someone your buying traits.

Whenever you go the ATM to get cash, you tell someone your cashflow habits.

Over time, these little trails will unveil a distinct pattern and may match an algorithm that traces terrorist. When this happens, just make sure you have an insurance policy because a terrorist never owns one.

Thursday, April 15, 2010

Berkawan

Berikut ialah kategori orang yang gua kenali:

a) Musuh - Kurang dari 5.
Ni stock yang pernah palam gua dalam apa jua bentuk pemalaman. Kalau gua jumpa, gua buat derk.

b) Kawan - Ramai.
Jenis ni gua call sangat jarang. 1 tahun sekali pun mujur lah. Gua mungkin kenal mereka melalui kawan gua yang lain. Sekali-sekala terjumpa akan gua minta number phone. Email address dan facebook ID gua tak mintak. Mereka juga tak pernah buat stunt dengan gua. Frekuensi tahap pemikiran dan citarasa selalunya jauh berbeda dari gua.

c) Member - Kurang dari 30 orang.
Gua selalu jugak call member-member jenis ni. Mereka dahulunya kawan tapi sebab berkongsi pengalaman pahit dan manis buat stunt bersama, gua upgrade diorang jadi member. Frekuensi kepala otak selalunya sama tapi tahap penerimaan risiko mungkin berbeda.

c) Sahabat - Kurang dari 10 orang.
Ni memang selalu gua call. Dulu member tapi gua dah "up" jadi sahabat kerana frekuensi, citarasa dan "risk tolerance level" yang sama atau mungkin lebih. Jenis ni, gua bawak pergi perang sama dengan gua. Mungkin gua akan dahulukan nyawa gua untuk diorang. Mungkin lah.

d) Sahabat karib - 2 orang.
Satu, bini gua. Dua, arwah Farid Azim yang meninggal di Peshawar, Pakistan hampir 3 tahun lepas akibat serangan virus pelik yang melumpuhkan semua cell badan dari bahagian pusat keatas. Arwah Farid punya kubur bukan di Malaysia tetapi di tempat dia meninggal. Bila gua teringat pada arwah, gua jadi sayu sebab tak dapat nak menziarah tapi gua rasa tak terkilan sangat sebab gua ada SMS dia ucapan selamat hari raya dan jaga diri baik baik seminggu sebelum dia tiba-tiba nazak. Gua yakin SMS tu sampai ke handphone dia sebab pada malam raya 3 tahun yang lepas tu, gua terima message "SMS successful" setelah 3-4 hari gua send. Malam raya, dia on phone lah kut. Sahabat karib macam ini, gua kasi nyawa gua, anytime.

Tuesday, April 13, 2010

RX-Z

Member gua namanya Eddie rekomen gua hantar motor gua ke worksyop motor "mulisha". Kedai yang tak seberapa dari segi kosmetik tetapi cemerlang dari segi teknikal. Signboard worksyop ni pun pakai banner kain rentang cat dengan tangan aje tapi banyak piala-piala racing cub-prix dan scoot-prix tersergam di atas motor2 lama yang bersusun dalam worksyop ini.

Wak Joi ialah tuan punya kedai "mulisha" yang dibarisi oleh beberapa teknisyen yang cekap tentang aspek mempomen motor. Wak Joi juga sering dilihat membarisi kaunter kedai nombor pada hari Rabu, Sabtu, Ahad dan kadangkala "special draw" hari Selasa.

Asalnya worksyop Wak Joi hanya pomen scoot, tapi sebab scoot tak berapa banyak yang masuk worksyop, maka Wak Joi memutuskan untuk mempomen semua jenis motor. Cuma motor easy rider sahaja yang mereka tak pomen. Juga motor superbike berkuasa tinggi 250cc keatas. Ini kerana sparepartnya yang mahal dan Wak Joi malas untuk berurusan dengan pemilik motor sebegini kerana keterampilan mereka berwang tapi poket berabuk. Nanti bila Wak Joi dah beli barang untuk repair, pemilik poket berabuk mulut cakap banyak ni tak der duit nak bayar, motor taknak di ambil dan akhirnya seat motor2 ni jadi rak letak piala.

Baru-baru ini ada seorang pemilik scooter suzuki ber c.c 150 menghantar motor ke kedai Wak Joi untuk operasi naik taraf. Setelah mengira kos upgrade, Wak Joi memberitahu pemilik scooter ini, "harga upgrade ni dalam RM2,000 bang". Pemilik tersebut dengan pantas menjawab, "RM2,000 ni boleh kejar RX-Z tak?" Wak Joi jawab balik, "mesti boleh bang." Pemilik scoot tadi terus bagi "thumbs up" sambil tersenyum puas tanda setuju.

Apa lah dendam pemilik scooter tadi dengan RX-Z, Wak Joi pun tak pasti.

Monday, April 12, 2010

Kepimpinan Terpimpin

Kepimpinan itu perlu dalam mana-mana organisasi. Ia tambah penting dalam membentuk pasukan yang faham dan mengerti hala-tuju organisasi tersebut.

Dalam memimpin, individu itu harus menjadi akar dan tunjang kesungguhan. Bukan dengan hanya tahu mengarah dan memaki secara memkerbau pendek buta.

Jika itu cara kepimpinan yang lu pilih, semoga lu berjaya.

Gua doakan agar mereka2 yang merasa diri mereka itu sebagai pemimpin agar baca blog gua ini.

Sebelum memimpin, mulakan lah dengan Bismillah dan akhiri dengan Sodaqallahulazim.

Friday, April 09, 2010

Otak Udang

Hari ni otak gua, otak udang.


Sekian terima kasih.

Thursday, April 08, 2010

Reviving X9

Project latest gua ialah menghidupkan kembali X9 gua yg dah lama terbarai. Gua dah hantar pi workshop "Mulisha" di Pandan komersial park tadi. Wak Joy, lu jangan bil yang melampau-lampau. Harap2nya budget tak burst.

Wednesday, April 07, 2010

Tahun Cina

Kalau gua kira2 tahun islam, sekarang ni tahun 1431, sempena 1431 tahun hijrah ke Medina. Tahun gregorian pula, 2010 sempena kelahiran Isa. Tahun cina ialah? Gua tau la tahun harimau, tapi takkan tahun ni tahun harimau aje? Takde nombor ke?

"Oh, I lahir tahun 1862, you lahir tahun berapa?" soalan Hang Tuah pada Hang Lipo. Hang Lipo jawap, "I lahir tahun tikus".

Susah kan?

Permasalahan dengan tahun cina ni ialah ia hanya kitaran 12 tahun. Susahlah bila nak selaraskan dengan sistem binari komputer, 1 dan 0. Atau dengan sistem numerik 1 to 10 dan dalam gandaan 10 yg seterusnya. Sistem yang macam ni lebih mudah kerana jari pun ada sepuluh. Orang cina kira tak pakai jari ke? Oh yer, diorang pakai abacus.

Orang kata, kira pakai abacus ni lagi laju dari pakai calculator. Nak nak calculator yang pakai bateri dikuasakan oleh sinar cahaya tu. Sekali jatuh terus rosak. Kiraan pun hanya untuk +, -, x dan bahagi (sorry, takder character "bahagi" kat keyboard ni, kali pun tak der jadi gua pakai huruf "X", deskriminasi betol).

Cina memang suka umpamakan kehidupan mereka dengan alam sekitar. Ada tahun anjing, tahun kerbau pendek, tahun naga. Kumpulan binatang yang ada dalam tahun2 cina ni pun semua yg unik dan juga popular. Kucing takde kerana? Nanti gua cerita.

Tahun cina mengikut turutan ialah, tikus, kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing monyet, ayam jantan (jantan tau), anjing dan kerbau pendek. Turutan tahun binatang2 ni juga menurut dongeng cina, binatang mana yang boleh rentas sungai. Dongeng tu juga menambah, kucing tak lepas sebab kena kencing dengan tikus. Tu sebab kucing dengan tikus tak ngam, tengok Tom & Jerry tu. Orang cina memang unik.

Kalau masuk bab kungfu pun, suka namakan skill berasaskan binatang atau bunga. Tapi binatang dan bunga tu mesti yg sukar dijumpai atau sedang buat aksi pelik seperti crouching tiger (masa bila harimau crouching gua pun taktau), lotus kering colour jingga lah, kungfu mentadak kepala senget lah. Macam-macam la diorang ni.

Bila nak melahirkan anak, orang cina berebut-rebut nak lahirkan anak dalam tahun naga. Banyak "ong". Sapa anak melayu yang lahir tahun naga memang akan jumpa banyak masalah. Pertamanya, memang susah nak dapat nombor 1 dalam peperiksaan seMalaysia. Keduanya, memang susah nak dapat top 10 dalam kelas kecuali sekolah dia semua anak melayu macam Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Mujur orang melayu takder permasalahan unik macam orang orang cina ini. Melayu tiru orang lain punya skill aje. Ali Baba.

Tuesday, April 06, 2010

Apa Ke Halnya?

Bila gua drive selalunya gua nampak safety helmet atau topi jenama Nike, Diadora dan Abibas di atas bahagian headrest belakang kereta depan gua. Ada juga kadang-kadang gua nampak tupperware berisi kuih, bunga telor orang kawin, selendang dan seluar budak kecik. Kotak berisi tissue pun sering ada kat belakang kereta.

Tadi gua nampak sesuatu yang amat rare di belakang kereta perodua kelisa depan gua. Topi penunggang kuda equestrian.

Friday, April 02, 2010

Separuh Jiwa Ku Pergi

Ini bukan lagu Anang.

Sewaktu gua dapat separuh jiwa gua ini, gua sungguh optimis. Gua sangat suka separuh jiwa gua ini.

Separuh jiwa gua ini telah banyak mambantu gua dalam meneruskan perjuangan hidup gua yang tak seberapa. Waktu gua sedang sedih, separuh jiwa gua ni tumpang sedih sambil cuba buat gua riang dengan memainkan lagu2 cerianya dari itunes. Waktu gua sedang gembira ria, separuh jiwa gua ni senyum sambil usha gua dari atas meja. Waktu gua sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja, separuh jiwa gua pastikan yang dia pantas, cekap dan kemas.

Sewaktu separuh jiwa gua ini masih muda, ia banyak membuat awek2 melirikkan anak mata mereka pada gua sambil mereka sedut ice blended mocha di starbucks, coffee bean dan bangi kopitiam. Gua maintain macho. Separuh jiwa gua maintain macho sama.

Tadi, jiwa gua luluh. Separuh jiwa gua mungkin pergi buat selamanya. Gua akan cuba buat "heart transplant" keatas separuh jiwa gua ni. Kalau tak berjaya, gua ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga gua kepada dia.

Hari ini, 2 April 2010 akan jadi tarikh yang gua akan kenang selamanya. Gua sayang lu.