Monday, June 28, 2010

Jangan Melampau (Edited)

Gua ada seorang member nama boroi. Dia belajar tinggi sampai ke awan biru dalam bidang kejuruteraan. Dia juga seorang yang sangat penjimat.

Naik kereta dengan dia, dia tak pernah pasang aircond. Nak save minyak, katanya. Beli kereta manual sebab manual transmission save minyak, katanya. Bila kereta dia start bergerak di trafik light, RPM belum cecah 20 dia dah masuk gear dua, nak save minyak katanya. Bila nak bukak lampu depan kereta, buka lampu kecik dulu, baru bukak lampu besar untuk jimat lamp life katanya.

Kelajuan pemanduan boroi hanya 70km/j. Ini ialah kerana pada 70km/j, mass/fuel consumption kereta beliau akan menggunakan minyak paling optima. "Bila nak sampai ni?", detik hati gua.

Tiba2, sedang kami baik punya cruising tayar pancit.

"Alamak!", jerit boroi.

"Apahal wey?", tanya gua.

"Tayar spare aku tinggalkan dirumah sebab nak kasi ringan kereta, save minyak". Jawap boroi dengan nada selamba.

Gua terus keluar kereta, tahan teksi.

Friday, June 25, 2010

Round-A-Bout

Petang kelmarin berlaku satu perlanggaran maut yang membabitkan sebuah motor dan kereta berhampiran rumah gua. Jiran gua berbangsa cina yang bagitau. Sebenarnya jiran gua pun tak menyaksikan perlanggaran tu secara 1st hand. Dia dengar dari kawan dia yang berada di tempat kejadian.

Wife jiran gua ni memang suka bercerita maka ramai lah kawan di area rumah gua dan dia agak CNN. Sebaik saja perlanggaran berlaku, kawan dia terus call wife jiran gua ni untuk CNN. Mungkin kerana dia mau jiran gua ni berhati-hati naik motor.

Perempuan macam tu lah, suka kepochi.

Gua bukan nak cerita pasal kepochi atau pasal jiran gua. Itu intro gua pada cerita yang akan gua ceritakan, sekarang.

Masa gua belajar memandu kereta dahulu, gua memang ngeri nak tempuh round-a-bout. Tak tau lah kenapa. Mungkin kerana gua tak berapa gemar menyentelkan kereta untuk masuk laluan round-a-bout. Nak-nak bila trafik di bulatan sedang heavy. Gua sanggup pusing 10km lalu jalan lain semata-mata untuk elak bulatan. Jalan yang lampu isyarat lereng bukit pun gua ngeri juga tapi tahap kengerian itu jatuh nombor dua.





Perlanggaran maut yang gua ceritakan awal tadi berlaku di bulatan. Round-a-bout gua memang tak suka.

Thursday, June 24, 2010

Waktu Suka-suka

Van Halen ialah sebuah kumpulan rock yang gua minati dulu dulu. Sempena mengingati band ini, band gua jam lagu "Jump".

Inilah lagu yang paling susah gua pernah jam dengan kengkawan. Oh, BTW England sucks.

Tuesday, June 22, 2010

The Sense Of Sight


Doktor kata manusia dewasa yang telah pulih penglihatan bila buta sejak lahir perlu masa untuk faham benda yang dia dapat lihat. Dia seperti bayi.

Pemahaman warna hijaunya kini bertentangan dengan warna hijaunya ketika buta.

Dia juga perlu masa untuk menstabilkan badan bila ada penglihatan.

Alhamdullilah, Adam sehat semua deria. Apa yang dia lihat waktu ini mungkin sudah mula berwarna-warni kerana pada masa lahir dia tidak nampak apa-apa kemudian mula nampak tapi hitam-putih sahaja.

Bersyukurlah kita kerana nikmat penglihatan yang tuhan beri amat bermakna.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 20, 2010

Adam


"Dah pilih nama ke?". Soalan yang sentiasa menjadi tajuk utama saudara gua yang datang melawat.

"Adam nama dia", jawab gua sambil kemaskan bedung anak jantan gua seorang ni.

"Adam aje?", soalan kedua yang keluar dari mulut diorang.

Yes. Nama dia Adam. Sahaja.

Salah ke gua kasi nama pendek?

Adam adalah nama yang gua idamkan untuk anak jantan gua sejak dari mula gua berjinak-jinak dalam dunia keibu-bapaan. Nama yang mudah dan universal.

Waktu gua belajar di perantauan dulu, punyalah susah guru-guru dan rakan semeja gua nak sebut nama gua.

Sekiranya anak jantan gua ni berpeluang belajar di perantauan, mudah lah skit cikgu dan rakan dia nak panggil nama. Taktaulah kalau dia belajar kat Rusia, Jepun atau Uzbekistan pulak. Gua bagi nama "A" pun diorang tak reti nak sebut kut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 17, 2010

Genggaman Erat Kasih Sayang

Mak mentua gua ada di umah gua untuk jaga wife gua dalam pantang. Dia seorang yang baik. Gua bersyukur dapat mentua macam ni. Mereka2 yang tak bernasib baik dapat mentua macam cerita P.Ramlee tu. Old witch!

Waktu mentua gua sedang "bagel-bagel" anak gua, dia kata "budak2 yang lahir operate ni masa dalam pantang, jari jemarinya tak menggenggam macam penumbuk." Gua tak berapa faham maksud mentua gua.

"Bayi yang lahir normal, diorang genggam jari2 dan kepit depan dada masa nak keluar. Cerita orang tua tua, genggaman tu satu perjanjian dengan tuhan. Kalau bayi tu sanggup terima perjanjian tu, baru genggaman tu terurai", tambah mentua gua lagi. Gua mula faham.

Walau apa pun cerita orang tua2, fikiran gua rasa yang genggaman tu perlu masa nak lahir normal. Kalau tak, tersentil jari bayi tu kat G-spot mak dia masa lahir, tak jadi melahirkan la pulak ye dak? Keh keh keh.

Begitulah pengasih dan penyayangnya Tuhan pada kita. Dari saat kita hanya segumpal darah, kita belajar makan lalu membesar hinggalah kita dibaluti sehelai kain putih, Tuhan senantiasa memberikan kita rezeki.

Alhamdullillahirrabbilalamin.

Wednesday, June 16, 2010

Kain Putih

Bila gua lapar, otak gua hantar isyarat tentang makanan yang gua teringin nak jamah. Apabila makanan yang teringin dimakan sudah diputuskan, bibir mula menjalankan tugasnya untuk memberi laluan kepada burger atau hotdog yang telah dibeli, justeru membolehkan saudara gigi mengunyahnya. Brader lidah juga tahu akan tugas2 khasnya yakni menyelaraskan pergerakan kunyahan didalam mulut.

Ini semua adalah proses memakan atau pekena dalam bahasa mat metal, punk rocker makan belacan dan penyangak shuffle.

Tapi sewaktu kita mula2 lahir, kita tak tahu proses pekena ni. Gigi pun belum ada. Macamana nak kunyah ye dak? Yang kita tahu ialah menangis bila lapar dan menghisap susu botol atau susu ibu. Dah kenyang, kita tido. Kita belum faham konsep pekena TV atau pekena PSP lagi.

Inilah waktu yang dipanggil waktu kain putih. Meraung bila lapar, hisap susu untuk isi perut dan tido bila kenyang.

Sekarang ni gua sedang mengibarkan sehelai kain putih. Sabar kena banyak dan harapannya ialah kain ini jadi kain yang cantik dan tidak compang-camping.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 12, 2010

Ruang Dimana Manusia Menjadi Adiwira

Mau jadi adiwira?

Tak semestinya adiwira tu kuat lari, boleh angkat lori, pakai baju dan seluar ketat.

Adiwira juga boleh takda otot gagah, perot buntal dan berseluar slack jenama padini.

Pada pendapat gua, manusia yang ada kualiti, minda cergas, iman mantap dan berilmu boleh lanyak Superman bila-bila masa.

Tadi gua menyaksikan aksi pakar sakit puan wife gua melahirkan anak gua, Adam. Sebelum memasuki bilik pembedahan, gua diarahkan untuk memakai baju hospital didalam bilik persalinan yang terletak di antara dunia luar dan bilik pembedahan. (Nanti gua upload gambar Adam.)

Waktu gua sedang asyik salin baju, masuk seorang lelaki berseluar slack, perut boroi kedalam bilik. Dia lalu terus bukak baju dan separa bogel sambil menegur gua, " tengok bini bersalin?".

"Yer doc. Cesarean", balas gua.

"Wife kamu 9 bulan mengandungkan anak, hari ni dia pass tugas pada kamu", doktor buat lawak. Gua sengih aje.

5 saat lepas tu gua kata "oh, kat dalam bilik inilah manusia biasa tukar baju jadi superhero".

Termenung doktor tu sekejap kemudian pandang kat gua sambil masukkan kaki kanan dia dalam seluar uniform doktor, "benar dan saya tak pernah terfikir pun dalam perspektif itu", muka dia nampak ceria.

Cara gua punya otak berfungsi kadang2 memang menyeramkan diri gua sendiri.

Doktor punya profesyen saling tak tumpah macam adiwira. Salute.

Friday, June 11, 2010

Isteri dah check-in.

Pengalaman hospital gua tak banyak. Bersunat pun kat rumah sahaja. Ada sekali tu gua kena batu karang. Fuiii dia punya sakit, melolong. Sampai sekarang gua segan pi Ampang Puteri.

Tadi gua dah check in wife gua kat DSH. Infact, gua taip entry ni sambil duduk atas kerusi/katil gua dalam two bedded room. Gua nak amik single bed sebab senang nak kentut masa tidor. Tapi rupanya kena booking awal. Syeeshh..

Gua harap wife gua selamat bersalin esok dan boleh pindah ke single bedroom.

For the time being, tido sambil duduk macam Leon the assasin dalam filem "The Professional" cuma tak minum susu aje.

Lastly, untuk sehari dua tiga hari ni, "f*ck world cup!".

Wednesday, June 09, 2010

W.C

W.C ialah tandas, lingo orang orang dari tempat yang keretapinya dipanggil "Tube". Perkataan asalnya ialah "water closet". Kenapa water closet? Gua pun musykil. Tapi jika kita mengenali orang orang dari sana, memang diorang ni jenis suka "cover-cover" dan tidak gemar perangai berterus-terang didalam aspek berunsur lucah dan yang menggelikan. Salah kah kita panggil toilet, toilet? Ah, lantaklah.


Semasa gua ada kesempatan hidup disana dahulu, benda yang paling gua ngeri bila bersiar-siar di bandar ialah sakit perut nak buang air besar (cakap melayu lembut "cover-cover") atau berak (cakap melayu "biasa-biasa").

Ini ialah kerana konsep membersihkan diri orang sana tidak memerlukan air. Cukup sekadar kertas tandas pencuci diri.

Konsep ini, kalau dalam keadaan darurat gua tak kesah sangat. Tapi kalau tidak, gua sanggup tahan buang air besar berjam-jam pun tak apa. Gua melayu yang masih belum tegar hidup di perantauan.

Kalau budak2 melayu yang dah berjanggut duk sana, selamba aje keluar dari W.C duduk sebelah gua dalam "tube" dan kata, "balik karang basuh lah. Lu ni tak metal betol".

Metal kepala otak lu.

Monday, June 07, 2010

Minggu Yang Mendebarkan

Pertama sekali, gua kena settlekan tender. Ini perkara kecik lah jugak.

Keduanya, gua dah book untuk check-in wife gua pada khamis malam jumaat di hospital area damansara untuk bersalin.


Mudah-mudahan semuanya selamat.

Thursday, June 03, 2010

Loan Sharks

Gua faham keadaan manusia yang kesempitan. Mereka akan lakukan apa saja demi melepaskan diri dari belenggu kesusahan. Tak kira lah kesusahan lahir mahupun yang batin.

Tolak masalah batin, kita zoom in masalah lahir.

Bangun pagi, gosok gigi, lari-lari hingga terbit mentari, masih tak cukup duit.

Tekan nombor ekor 1444. Tak juga kena-kena.

Nak meragut beg, bawa motor tak reti. Nak merompak, hati tak cukup keras. Muka pulak muka seorang yang penyayang akibatnya mangsa rompak tak takut pada si perompak malah kasi duit lebih kat si perompak kerana kasihan.

Perut dah lapar nak-nak bila tengok anak mula bergesel kat kaki tanda diorang juga kelaparan.

Mana arah nak dituju?

Sedang garu kepala waktu memandu, nampak teksi depan punya sticker.

"Kemudahan meminjam wang tanpa jaminan. No talipon: xx-xxxxxxx"

Celaka betol ahlong sekarang ni. Tampal sticker kat belakang teksi. Upstream sungguh.

Tapi selalunya, orang yang kesempitan ni disebabkan beberapa perkara seperti yang dipaparkan oleh saudara syaitan dibawah.