Saturday, December 04, 2021

The Most Beautiful Girl In The Universe - 2021

I may never be able to wear a clown mask on my face again, 10 years older from the day I first wrote the original post below. 

Beginning late June this year I have been trying to cut down on my sugar intake. I don't know what made me do it but to my surprise I successfully lost 8kg within 2 months. This reduction in mass made my body more nimble, enabled me to climb up my roof top for some DIY repair works and also slip through tight spaces. My agility got better. Little did I know what God planned for me and indeed He is the best of planners. 

I lost the most beautiful girl in my universe last September. Never did I knew that losing all those weights enabled me to climb down into the tight, deep grave and lower her down, to place her in her eternal resting place.  

May Allah Taala, The Most Gracious and Most Merciful shower her with all the blessings she deserves till kingdom come.

InsyaAllah, this will be my last blogpost. So long and thanks for the read whoever you are.   


My original post: clowning around: The Most Beautiful Girl In The Universe - 2011


--------- The Most Beautiful Girl in The Universe - 2011 -------


"Mak" has always been a pillar of strength in our family. "Abah" passed away at a time when half of us was still in school and me, at my most rebellious. It was tough for her indeed but she held her shoulders up high and plowed our way through thick and thin. Mostly thick when it comes to me.


For the next few years after abah's death, she would regularly cry in silent before sleep. She never slept in the master bedroom again and moved all her stuffs downstairs to the small room next to our kitchen, till now. Here she spend most of her time, praying, resting and contemplating tomorrows challenges that she had to face alone. She stood tall amidst the issues that she had to juggle.

Being an ordinary poor kampung girl back in the 50's, she never had the opportunity to study past standard 6. This magnified the hardship after abah's death since her limited educational knowledge rendered her feeling inferior when dealing with earthly matters. She had to ensure that food and bills were settled from the meagre penchant arwah left us. She also had to make sure that all of us excel in school despite her educational handicap.

All these were invisible to me then. I never appreciated the fact that she was only acting tough to hide her true emotions from us for our own benefit. If she were to crumble like domino's back then, I can never imagine my life now. Nothing can repay what she did for us. Not a night dinner in a 5star hotel nor not dinner in a 1000star hotel, every night for a thousand years.

I am a lot older now but I still wet my eyes sometime thinking that she too will leave us one day. I sincerely hope that it will not be so soon.



Monday, July 22, 2019

Change

Change is inevitable. This is a fact. No matter how much you resist gradually change will come after you. Malaysia has changed since the last time I blogged. Some say it is for the better and some say it has became worst. Nevertheless, change came.

As they say in science, its now the survival of the fittest.

For the past two years I have seen many changes. Family life, friends and circumstances. The key is to adapt and pray to God Almighty that we are on the right path.

I know the statement "we take things for granted" is so cliche but in life, we do take things for granted on a daily basis. We should be grateful that we managed to open our eyes today, see the sun and breath the air. Have our tongue taste good food. Feel when touched.

Imagine going to sleep and never to wake up again.

We should be grateful to The Almighty. Alhamdulillah.

Tuesday, February 21, 2017

Nyawa Di Tepi Jalan

Setiap petang saya akan mengambil anak dari KAFA berhampiran pejabat FAS Kelana Jaya. Saya kemudian akan menuju LDP arah Sunway melalui terowong bawah tanah ditepi Paradigm Mall. Tepat lepas terowong itu, jalan akan menyimpang ke Jalan Bahagia di lorong kiri dan LDP arah ke Sunway di lorong kanan.

Sudah lama saya lalu laluan itu namun mulai sebulan yang lepas saya dapati ada seekor anak kucing berwarna hitam dengan tompok putih dibawah badan duduk betul-betul ditepi belok simpang arah menuju LDP selepas terowong tadi,  mengadap arah kereta yang mendatang. Mujurlah anak kucing itu duduk di selekoh kekanan. Agak sukar untuk kereta melanggarnya kerana kereta akan ditarik kekiri oleh Centripetal Force.

Walau bagaimanapun saya tetap risaukan anak kucing itu. Takut ia dilanggar. Jika bukan kerana jalan itu selekoh sempit dan amat merbahaya untuk kereta berhenti, saya mungkin telah bawa anak kucing itu balik.

Setiap petang anak kucing itu akan duduk seperti patung harimau yang gagah menjaga pintu masuk taman tema lagaknya. Mungkin ia suka bunyi tayar yang deras lalu ditepi atau mungkin ia sukakan suasana kalut kereta ambil corner. Allah sahaja yang tahu. Cuma kadang-kadang bila ia tiada disudut simpang itu, saya lihat ia berlegar diatas bahu jalan mencari bahan permainan atau mencari makan barangkali,

Khamis petang minggu sudah seperti biasa selepas ambil anak dari KAFA saya akan lalu terowong itu dan tuju selekoh kanan arah Sunway. Alangkah terkejutnya saya melihat anak kucing itu terbaring ditepi simpang tempat ia selalu duduk, kini terbujur membelakangkan bahu jalan. Luruh dan hancur hati saya. Mahu sahaja saya berhenti mengejut dan ambil bangkai itu pulang untuk ditanam tapi kereta dibelakang saya amat laju.

Saya pendam kesedihan saya dan berdoa agar ada manusia lain yang baik hati akan tanam bangkai itu. Keesokan petangnya saya lalu tempat yang sama dan lihat bangkai kucing itu sudah tiada. Saya rasa gembira dan bersyukur.

Petang semalam, saya lalu lagi diselekoh itu. Kelihatan seekor anak kucing hitam bertompok putih dibawah badan sedang duduk mengadap simpang memerhatikan kereta lalu depannya dengan mata yang kuyu.

Hidup lagi rupanya dia.

Saturday, November 26, 2016

Time Flies

Petang tadi Nazri Vovinski mentioned saya di Twitter. Dia kata dia 1st time tengok ManUtd main tahun 1994. Tapi dia tak boleh lawan pakkordi, tambahnya (nak cakap saya ni dah tua lah tu).

Saya check2 balik, 1st time saya tengok game Liverpool mungkin final piala FA 1977. Liverpool kalah kepada ManUtd. Saya kecil sangat lagi. Yg saya ingat, ada pemain sayap lincah LFC bernama Steve Heighway dan saya sangat kecewa apabila mereka tewas. Immediately, cinta saya terhadap Liverpool FC berputik.

Time flies.

Macam baru semalam saya lihat perlawanan itu, macam baru semalam kali terakhir Liverpool menang liga inggeris dan macam baru semalam Adam lahir.



Sekarang Adam dah nak masuk darjah 1.

Time flies but this is our season. Ini kalilah.

Wednesday, March 09, 2016

Hilang Beban Di Bahu

Suatu ketika dahulu, saya pernah menulis perihal kesukaran untuk meminta maaf pada kawan2 atas kesalahan yang telah kita lakukan keatas mereka, tanpa mereka sedari. Kesalahan2 yg dilakukan akibat pendek akal.

Saya telah secara terus terang meminta maaf pada mereka dan beritahu apa yang telah saya lakukan. Mereka telah memaafkan saya tanpa sedikit pun berasa marah.

Oleh itu kawan2, sekiranya anda masih belum meminta maaf pada mereka yang telah anda salahi, jangan segan atau takut meminta maaf dari mereka.

Just do it.

Thursday, February 04, 2016

Orang Jepun - Bahagian I

Semalam saya melepak dengan beberapa kawan lama dan mereka buka cerita tentang perangai orang Jepun. Perkara yang paling menonjol ialah berkaitan menepati masa.

Peristiwa pertama: Waktu belajar di Jepun, brader melayu ni pernah dijemput ke rumah kawan bangsa Jepun. Sebelum brader nak keluar rumah, si Jepun menalipon beliau dan memperincikan setiap masa yg dia akan tempohi, dari jalan ke stesen bas, naik bas, naik keretapi, naik bas semula dan jalan kaki ke rumah si Jepun. Si Jepun meramalkan yang brader akan tiba pada 10.37 pagi. Ramalan Jepun itu agak tepat.

Peristiwa kedua: Kutu melayu ni tidur di hotel. Sebelum tidur, dia pasang alarm jam 6.30am. Sedar-sedar, bahu dia sedang digoncang2 oleh orang hotel menyuruhnya bangun. Dia tengok jam dah 6.45am. Rupanya orang hotel dah pecahkan pintu bilik hotel hanya kerana risaukan kawan saya akan lambat bangun (kerana alarm jam dah berbunyi banyak kali tapi dia tak bangun2) dan risau dia lambat tiba ke tempat yg dia akan berurusan pagi itu.

Kau mampu?

Thursday, January 28, 2016

Sempit 2016

Dunia kini semakin sempit. Segala-galanya menyesakkan. Dari duit sampailah ke masa. Semuanya tidak mencukupi.

Tadi kawan saya cakap ada kedai ikan dan kambing bakar yg sedap di Sungkai. Nasi Bambu? Kalau saya ada masa dan tidak kesempitan wang, saya akan cuba makan disana.

2016 dah nak masuk bulan kedua tapi takde benda sangat yg boleh mengembirakan hati ni. Makin sakit ada laa.

Nampak gayanya saya akan cuba lagi. Menulis blog secara konsisten.

Pakkordi versi 3.0.

Friday, January 09, 2015

Pemuda Pemuda Misteri

Petang itu hujan sangat lebat. ‘Wiper’ kereta sudah dipulas ke tahap maksimum namun titisan air yang turun kebumi terlalu hebat hingga fungsi ‘wiper’ menjadi sifar. Simpang ke SOGO dari arah Dataran Merdeka sudah sesak dengan kenderaan. Kereta saya tersekat dicelah-celah kesesakan itu. 

Saya benci berada didalam situasi begini, pasrah menunggu giliran mengambil selekoh yang tidak kunjung tiba. Jarum jam bukan mahu berhenti berpusing dan ini menambahkan lagi kegelisahan dihati.

Lambat. Saya tidak mahu lambat.

Tanpa berfikir panjang, saya mengambil tindakan nekad untuk lari dari kesesakan itu dengan mengambil lorong kiri menuju jalan lain. Saya pulas stering, pantas cuba keluar ke lorong sebelah.

“Pummmmm!!”

Bunyi seperti besi bertemu besi, dentuman kuat terngiang-ngiang ditelinga. 

“Apa aku dah buat ni?” Hati saya menjerit.

Didepan mata saya sebuah motor kelihatan sedang menyembah tanah dan terseret ke bahu jalan. Penunggang motor pula menyusul dibelakang, juga bergelungsur menuju bahu jalan yang sama.

“Ya Allah!” Hati saya jadi kelu.

Saya segera menghentikan kereta di sebelah motor yang telah rebah tadi dan cergas mendapatkan si penunggang.

“Sorry! Sorry!" Saya menerpa cuba membangunkan penunggang yang sedang terbaring dengan mukanya nampak terkejut.

“Takpa.. takpa.. ok ok..” Kata si penunggang sambil cuba bangun dan dia ada iras lelaki bangsa Bangladesh. Sikunya berdarah. Baju yang sudah terkoyak dibahagian perut menampakkan sedikit darah. 

“Sorry bang! Mari kita bengkel motor dan kemudian ke klinik”, ajak saya.

“Takpa.. takpa..” si penunggang tadi seperti tidak mahu ke klinik dan ke bengkel. Dia seolah2 mahu lari dari saya mungkin kerana dia tidak ada pengenalan diri yang sah. Mungkin dia seorang PATI.

Tiba-tiba entah dari mana dua orang pemuda yang bermotosikal tercegat berdiri di sebelah saya dan dengan muka yang selamba berkata, “sikit aje rosak motor ni. Depan tu ada bengkel. Pomen tu ketuk gear shifter dan foot rest ni, settle lah.”

Saya tenung muka dua pemuda tadi. Mereka masih memakai topi keledar. Hujan tetap turun dengan lebat. Percikan air hujan yang memantul dari topi keledar mereka tepat menuju ke muka saya. 

“Jom ke bengkel depan tu. Motor ni biar kami tolak. Abang bawa dia naik kereta ikut belakang saya. Dekat je. Dalam 5 minit sampai”, tambah salah seorang dari pemuda misteri tadi dengan memberi isyarat tangan pada si Bangladesh untuk naik kereta.

Lelaki Bangladesh tadi akur dan terinjut-injut naik kereta. 

Benar kata pemuda misteri itu. Tak sampai 5 minit kami sudah di depan bengkel motor di Jalan Ipoh. Pemuda misteri berborak sedikit dengan pomen motor. Pomen mengangguk-ngangguk dan terus mula memomen. Saya jadi curiga.

“Nak pau aku ke ni?” Hati kecil saya berbisik. Saya buat-buat rilex sambil kadang-kadang melihat pada si Bangladesh yang sudah mula mencangkung tepi pintu kedai.

“Lepas siap motor ni, abang kasi dia RM50, suruh dia pergi klinik”, pemuda misteri tadi memberikan saya pendapat tentang apa yang patut dibuat seterusnya. Si Bangladesh nampak setuju dengan cadangan itu. Saya ikut setuju.

Selesai pomen memomen dan si Bangladesh telah pergi menaiki motor dengan duit RM50 didalam kocek, saya berpaling kearah dua pemuda tadi. Mereka sedang tenang menghisap rokok tepi bengkel, menghembuskan asap sambil merenung kereta yang lalu lalang depan kedai.

“Nah bang. Ambil la duit kopi ni sikit”, saya hulurkan sekeping duit RM50 kepada mereka.

“Tak payah. Takpe”. Seorang dari mereka menolak.

“Ambik lah. Duit rokok”, saya berkeras agar mereka ambil.

Sambil tersenyum mereka menolak dengan sopan, naik motor dan terus meninggalkan saya terpinga-pinga depan bengkel.

Sampai ke hari ini jika saya terlihat kemalangan yang melibatkan motorsikal, saya akan terfikir, siapa dua pemuda yang membantu saya pada petang yang malang itu?

Wednesday, March 26, 2014

Malam Ini Saya Tak Boleh Tidur

Jam sudah masuk 2 pagi. Badan penat tapi mata tidak mampu untuk lelap. Saya terkenangkan nasib penumpang MH370. Dalam kegelapan sebeginilah pesawat itu terjunam ke lautan yang berombak ganas agaknya.

Mungkin sudah tiada yang bernyawa tatkala MH370 membelah lautan namun garis pemisah diantara hidup dengan maut para penumpang disaksikan oleh kegelapan. Segelap malam ini.

Saya teringat kematian seorang sahabat kira-kira 5-6 tahun yang lampau akibat denggi. Beliau tidak pernah berkahwin dan tinggal sendirian. Pengakhirannya juga sendirian didalam bilik tidur. Terkujur tubuh tidak bernyawa lagi dengan tangan kemas mengenggam hujung selimut, genggaman yang erat mungkin menahan kesakitan sakarat ketika menghembuskan nafas terakhirnya, juga didalam kegelapan malam seperti malam ini.

Saya tak boleh lena.

Wahai mata, lelaplah. Moga tenang roh sahabat2 kita yang telah pergi itu.

Thursday, January 30, 2014

#throwback 6 May 2011 - Keeping It Real.

Saya percaya bila menulis kita perlu ada jiwa menulis. Saya tak ada jiwa menulis tapi saya suka menulis. Jiwa saya ada kat rumah.

Kalau anda ada singgah di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini, anda tentu setuju bahawa terdapat banyak benda yang harus diperbaiki disana. Sistem letak kereta, bangunan dan naik taraf wad-wad. HKL perlu ada imej baru. Mat saleh panggil "re-branding".

Perkara pertama yang saya akan ubah ialah dengan menutup wad Di Raja dan menjadikannya wad orang kebanyakkan.

Ada ke lagi Raja atau kerabat di Raja datang berubat di HKL?

No disrespect intended. I am just keeping it real.

Monday, December 30, 2013

Resolusi 2014

Salam semua.

Resolusi tahun 2014 saya hanya ada satu. Saya berjanji untuk tambah yakin dengan kebolehan yang ada didalam diri.

For real.


Thursday, December 19, 2013

Cerita Pendek #3 - Dragonlily


--- About the flower, Dragonlily (Dracunculus Vulgaris) ---

"An amazing plant, it blooms like a giant! A humongous dark blood red black calla lily or jack in the pulpit style flower, it does not have a very great fragrance in the garden when it blooms though its not planted for the fragrance but for its rarity, beauty, uniqueness and large haunting flowers." - Anonymous

--- end of note ---


"Phewwiiittt.. "

Lily senyum bersahaja sambil mengerling jejaka yang baru sahaja bersiul tadi. Perkara sebegini memang dah selalu sangat dia hadapi. Dia dah lali tetapi langkahnya tiba-tiba terhenti apabila ternampak muka hadapan suratkhabar yang tertulis, SEORANG LELAKI DIJUMPAI MATI TANPA KEPALA, TANGAN DAN KAKI DI KAMPUNG CEMPAKA.

Lily termenung sejenak sebelum meneruskan perjalanan tanpa menoleh kebelakang lagi.


--- 2 hari sebelum itu ---


"Tong.. kau call Lily. Suruh dia datang jumpa aku sekarang. Aku ada tugas untuk dia".

"Baik boss!" Ah Tong, seorang gangster yang penuh dengan tatu ditangan terus menyeluk poket seluar mencari telefon bimbitnya.

"Grr grr grr", gegaran papan pemuka Samsung Note2 menyentuh jari jemari Ah Tong. Dia menekap telefon ke telinga dan tekun cuba meneka caller ringtone Lily.

"Hmmpphh...Yuna. Suara macam kucing. Benci".

Komen ikhlas dalam hati Ah Tong yang sudah lama jaki dengan genre lagu dibawa Yuna sambil menekan butang speaker phone.

"Hello..Ada apa Tong?"

Suara lunak dan merdu Lily terus membuatkan Ah Tong yang bersifat garang, berani mati dan rakus jadi menikus.

"Boss suruh you datang jumpa dia A.S.A.P."

"Baiklah... bye", jawap Lily ringkas dan padat.

"Hmmm", Ah Tong jawap ganas namun jauh disudut hatinya penuh rasa berahi terhadap Lily.

Lily ialah seorang pembunuh upahan. Wanita ini bersusuk mantap. Kurus, tinggi lampai dan berkaki panjang. Rambutnya yang ikal ke paras pinggang akan dia dandan kemas menjadi sanggul ketika menjalankan tugas. Walaupun disanggul, akan ada sedikit rambut terjuntai ditepi pipi. Manis.

Rupa paras Lily kemas. Hidungnya mancung, pipinya tinggi dan berkulit cerah. Kening Lily memang sejak azali nipis dan bulu matanya melentik, lebat. Bibir Lily pula sederhana tebal tetapi merahnya bukan main menyala.

Yang paling menawan ialah lesung pipit Lily. Lesung pipit comel, halus menegak dipipi tatkala dia senyum. Ciptaan tuhan yang amat indah. Orang pertama yang menggunakan nama 'lesung' untuk mendefinasikannya tentu seorang yang otak mereng. Ditambah pula perkataan 'pipit' selepas lesung itu. Gila.

Ah Tong mengelamun terbayangkan Lily.

"Bidadari Maut..."

Tanpa disedari ayat itu terpacul keluar dari mulut Ah Tong. Dia pasrah. Boss memandang Ah Tong. Ah Tong memandang Boss. Mereka saling pandang-memandang. Ah Tong tunduk malu.


---

"Ada apa boss?" Soalan Lily sambil matanya liar memerhatikan kuncu-kuncu dikiri-kanan Boss. 

"Aku mau kau cari Kamal. Dia hutang aku banyak. Dah lama aku bagi dia muka. Kau dapatkan seberapa banyak duit dari dia dan bila dia dah tak boleh nak bayar, potong ibujari tangan kiri dia dulu kemudian lepaskan dia. Upah kau ialah 30% kutipan duit dari Kamal."

"Baiklah."

---


"Hi Ayeen sayang. Kay sini. I nak mintak tolong sikit lah sayang. I nak pakai duit.

"I nak pakai dalam RM10,000 malam ni.

"Dalam sebulan I gantilah balik sayang. You tak kan tak percaya I?

"Thanks sayang. You know I love you sorang aje kan? I love you very much sayang."

Kamal meletakkan ganggang. Kakinya yang tersadai setelah dikepakkan oleh Lily tadi diurut cermat kerana sengal. Lily yang berada dihadapan Kamal duduk angkuh menyilangkan kaki, mengacukan sepucuk pistol Kahr P9 kearah Kamal mengarahkan beliau untuk terus menalipon seberapa banyak orang yang dia mampu untuk membayar hutang Boss yang kini berjumlah hampir RM350,000 itu.

5 orang sudah Kamal telefon dan dia telah berjaya dapatkan RM30,000. Peluh dingin Kamal yang menitik-nitik mungkin dah semangkuk. Denyut kakinya yang patah sudah tidak dia rasakan lagi. Dia menekan butang hijau telefon bimbitnya.

"Hi Liza. Hi sayang. How are you? I am fine. Sorry lah lama tak call. I sebok betul lately ni.

"Walaupun I tau I dah lama tak contact you but I need your help lah sayang.

"I nak pakai RM10,000 malam ni jugak... Liza... liza..liza are you there? Liza?"

Kamal tekan butang merah di telefon bimbitnya dan merenung Lily. Kamal benar-benar takut. Huru-hara dia mentatal senarai nama didalam telefon. 'Shasha facebook' terpampang. Memori Kamal mencanak-canak teringatkan seorang perempuan yang dia pernah tipu dahulu walhal mereka tidak pernah berjumpa. Hanya berkenalan didalam facebook. Banyak juga duit perempuan tu dia sakau. Mungkin dalam RM50,000. Kamal sempat ketawa kecil bila teringatkan betapa mudahnya dia menipu Shasha hanya dengan berlakon menjadi orang susah, banyak hutang, masalah keluarga dan masalah ditempat kerja yang tak sudah-sudah. Kamal yakin dia akan dapat menipu Shasha lagi malam ini. Kamal terdesak.

"Come on Shasha.." bisik hatinya ketika mendail.

Caller ringtone lagu Yuna berkumandang ditelinga Kamal.

Telefon bimbit Lily tiba2 berdering. Lily jeling nama pemanggil dan membiarkan telefon itu melalak.

"Ahh.. angkat lah Shasha..", detus hati Kamal sebelum menghentikan panggilan.

Kamal dail nombor Shasha sekali lagi.

Telefon Lily berdering semula. Lily terkejut dan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Lily tenung mata Kamal. Kuyu.

Perlahan-lahan Lily mengeluarkan telefonnya dan memandang nama pemanggil yang tertera, "Joe Penipu".

"Hello, Joe?" Lily menjawap tegas, menghalakan Kahr P9 tepat kearah kepala Kamal.

"Joe? Hello? Hello?"

Dengan tangan yang terketar-ketar, perlahan-lahan Kamal baringkan telefon diatas meja tanpa meletak ganggang. Jeritan Lily dihujung talian jelas kedengaran. Kamal tahu ajalnya sudah hampir namun nalurinya sempat bertanya, "kenapa muka dia dalam facebook lain?"

Lily mengeluarkan sebilah pisau dari dalam beg, tenang menyisipkan rambut yang terjuntai ditepi pipi ke telinga sambil berbisik seolah-olah berdoa, "terima kasih Tuhan."

--- Tamat ---

Monday, November 11, 2013

Antara Sebab Kenapa Kini Islam Lemah

Minggu sudah saya melayan pembentangan kertas kerja (melalui youtube) yang menjawap persoalan tajuk entry saya kali ini. Video itu boleh dilayari (klik disini). Dr Afifi Al-Akiti merupakan seorang cendikiawan islam melayu yang menjadi pensyarah di Theology Faculty, Oxford University.

Dr. Afifi memulakan pembentangannya dengan berceritakan tentang kehebatan Imam Al-Juwaini (tahun 1028-1085) yang hidup di penghujung zaman kegemilangan tamadun islam. Al-Juwaini merupakan guru kepada Imam Al-Ghazali dan beliau telah mewasiatkan 6 ciri-ciri yang harus ada didalam diri setiap mukmin untuk berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. Harus diingat, ini bukanlah penambahan kepada rukun islam atau rukun iman. Ini hanya ciri2 atau 'traits' yang ada pada mukmin berjaya pada zaman kegemilangan islam dahulu dan diterjemahkan oleh Imam Al-Juwaini, merumuskan menjadi 6 wasiat ini.

1) Zaka'un - Akal yang cerdas. Jaga akal kita dan jangan rosakkan ia dengan perkara tidak baik.
2) Wa khirsun - Kesungguhan yang tinggi dalam apa juga usaha. Jangan buat kerja sambil lewa.
3) Wa iftikarun - Sentiasa merendah diri. Ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk.
4) Wa ghurbatun - Sentiasa ada sifat ingin merantau, mencari pengalaman. Bukan jadi jaguh kampung.
5) Wa talqeenu uztazi - Harus ada bimbingan guru yg bertauliah. Bergurukan buku, syaitanlah guru.
6) Wa tulus zamani - Kesihatan dan umur yg panjang. Bila badan sihat, segala usaha jadi lebih mudah.

Menariknya disini, ahli falsafah kristian pada zaman selepas Al-Juwaini telah mengambil 6 wasiat ini dan menerapkan didalam pendidikan mereka pula. Bermula dari Adelard of Bath yang mempelajari pelbagai ilmu islam pada zaman itu hinggalah diturunkan kepada Bernard of Chartres, salah seorang filasuf kristian yang terkenal yang menggesa orang kristian eropah yang amat mundur pada zaman itu untuk mengamalkan 6 prinsip yang Bernard of Chartres panggil dalam bahasa latin:

1) mens humilis
2) studium querendi
3) paupertas
4) terra aliena
5) scrutinium tacitum
6) vita quietta

Ini adalah merupakan 6 prinsip yang sama, diceduk dari wasiat Imam Al-Juwaini dan lihatlah, kini orang eropah jauh lagi kedepan dalam setiap aspek kehidupan hatta sifat perikemanusiaan sekalipun, jika dibandingkan dengan masyarakat dunia islam.

Saya amat yakin, jika setiap mukmin menerapkan kembali 6 ciri ini didalam kehidupan seharian mereka, dunia islam akan kembali gemilang, yang gelap akan menjadi terang benderang. Kita amat perlukan anjakan paradigma ini.

Thursday, October 17, 2013

IIII

Apakah perkara yang benar2 menyakitkan hati anda? Adakah ubat untuk menyembuhkan rasa sakit hati itu?


Jika anda perasan, angka empat pada muka jam itu ialah IIII. Tapi bukankah nombor roman untuk empat ialah IV? Tahukah anda semua jam yang menggunakan nombor roman akan menggunakan IIII. Kenapa bukan IV?

Wednesday, October 09, 2013

Mereka yang berumur 40 tahun keatas kini tinggal di planet Marikh.


Beberapa minggu yang sudah saya berbual dengan seorang sahabat. Bermacam-macam isu telah kami bualkan dan isu yang menarik perhatian saya ialah isu generasi Y.

Generasi Y atau generasi muda mudi dilahirkan circa 1977-1989, dilahirkan didalam dunia yang jauh berbeza dari dunia ibu-bapa mereka. Perkembangan dan evolusi teknologi yang terlalu pantas dan maju diwaktu kelahiran generasi Y ini adalah penyebab utama terbinanya jurang yang amat jauh ini. Kajian telah dijalankan dan didapati perbezaan jurang yang ketara ini tidak pernah lagi berlaku didalam sejarah peradaban manusia.


Satu contoh yang dapat saya berikan disini ialah cara generasi Y berkomunikasi. Jika dulu setiap rumah harus ada 'fix-line phone' tanpa 'caller-ID'. Penerima panggilan sudah tentu tidak tahu siapa yang menalipon maka penjawap akan lebih bersopan-santun menjawap panggilan tersebut.

"Hello, siapa disana? Sarah disini."

Itu adalah pembuka perbualan talipon yang sering kita dengar dahulu tetapi kini setiap orang menggunakan talipon pintar yang akan memaparkan nama pemanggil ketika deringan.

"Oi, wassap dude", adalah diantara cara menjawap panggilan talipon terkini. Jika tiada nama terpapar, mungkin panggilan itu akan diabaikan terus. Kekangan menanti panggilan talipon dirumah kini sudah tiada lagi. Mereka bebas untuk berada dimana sahaja untuk menerima panggilan talipon. Kata kunci disini ialah "bebas".

Satu lagi contoh ialah mengenai air-cond didalam kereta dan rumah. Dahulu harga air-cond rumah mahal. Hanya mereka yang kaya sahaja boleh memiliki air-cond dalam rumah. Kini boleh dikatakan setiap rumah ada air-cond.

Begitu juga dengan air-cond kereta. Dahulu kala hanya ada kipas angin dalam kereta dan sehelai kain untuk mengelap cermin yang berwap ketika hujan. Jika diberi pilihan, kanak-kanak kini hanya akan naik kereta yang ada air-cond dan akan komplen jika rumah yang sedang didiami panas.


Dulu TV akan tamat siaran pada jam 12 malam. Kini mereka bersiaran 24 jam dan rancangan kartun juga 24 jam.

Lagi 10-15 tahun, kanak-kanak ini pula akan menjadi dewasa dan perbezaan yang dahulunya sedikit menjadi lebih ketara. Apa yang ibu-bapa mereka "value" mungkin tidak sama langsung dengan apa yang mereka "value".

Kesimpulannya, jika anda kini berumur lebih dari 40 tahun, sebenarnya anda kini bukan lagi tinggal di bumi tempat anda dilahirkan dahulu. Cara pemikiran dan 'value proposition" anda sudah jauh berbeza dari generasi Y. Bagi mereka, anda ibarat penduduk yang lahir di planet Marikh.

Anda asing.

Tuesday, August 13, 2013

Life's Innocent Little Tit-Bits.

This is an old piece.

-------------- start

Please understand that whatever you do in life, you leave tit-bits of trail behind you.

Whenever you buy something over the net using paypal, you tell someone your buying traits.

Whenever you go the ATM to get cash, you tell someone your cashflow habits.

Over time, these little trails will unveil a distinct pattern and may match an algorithm that traces terrorist. When this happens, just make sure you have an insurance policy because a terrorist never owns one.

-------------- end

Thursday, August 01, 2013

Lubang Besar.

B*R 9494.

Nombor plet kereta pertama yang saya beli. Ia sebuah Nissan Sentra lama yang berkarat, kriuk-kriuk diatas jalanraya, comot tetapi dimata saya ia kereta tercantik ketika itu.

Sebagai sebuah kereta yang agak uzur, B*R tidak dapat lari dari kerosakan. Satu hari, penanda meter aras minyak di atas papan pemuka B*R tidak berfungsi. Masalah yang mungkin disebabkan oleh litar pintas di bahagian elektrikal papan pemuka kereta atau kerosakan pada sensor aras dalam tangki minyak. Saya ketuk2 meter dua tiga kali, jarum masih kaku diaras 'E'.

"Hmmnn.. fuel sensor dah kong la ni.." hati kecil saya merengus kehampaan.

Harga sensor agak mahal pada saya waktu itu. Maklumlah, usia baru mahu mengenal dunia memang sentiasa kurang duit. Maka saya pun teruskan juga kehidupan sehari-hari memandu B*R dengan keadaan jarum penanda aras minyak, kaku. Setiap kali minyak diisi, saya akan reset mileage untuk membolehkan saya mengagak waktu yang sesuai untuk minyak diisi semula nanti.

Begitulah kehidupan saya. Ada juga beberapa kali kereta tersengguk-sengguk sebelum terhenti dibahu jalan akibat ketiadaan minyak namun saya tidak marah. Saya akan buka boot belakang, ambil bekas minyak petrol yang saya beli khas untuk waktu-waktu kecemasan begini dan menapak ke stesyen minyak berhampiran. Selesai menyumbat petrol ke dalam tangki kereta, pam minyak ditekan beberapa kali untuk menarik minyak naik, enjin pun saya mulakan. Semua ini akan saya harungi dengan senyuman dibibir, keriangan dihati.

Pada suatu petang, waktu sedang memandu B*R menuju pulang sambil mendengar kaset lagu nyanyian Amy Mastura penyanyi genit yang top ketika itu, saya cuba mengelak satu lubang besar diatas jalan namun tayar belakang kereta tetap terlanggar lubang.

"Gedeganggg!"

Saya rasa amat terkejut dan risau sekiranya rim Enkei 16" saya bengkok. Saya terus ketepi jalan dan lega apabila melihat semua rim kereta saya masih utuh. Lebih mengejutkan saya lagi apabila kereta bergerak, meter aras minyak dipapan pemuka kembali berfungsi seperti normal.

Mulai dari saat itu, bukan semua lubang besar itu bala bagi saya.



Thursday, July 25, 2013

Selebet.

Sesekali ketika bosan melanggan laluan trafik yang sesak, saya akan renung simpang-siur jalanraya yang berada dihadapan mata lalu terkenang akan liku-liku hidup seorang manusia. Seperti jalan-jalan ini, yang setiap simpangnya akan membawa manusia kesatu arah atau tempat yang berbeza-beza. Susur-alur jalan ini juga akan membekalkan manusia itu tadi dengan pengalaman, nostalgia hidup dan memori yang unik, tersendiri.

Perbezaan diantara jalan-jalan tar dengan liku kehidupan cuma jika sesat di jalan tar, manusia masih boleh pusing dan mengambil jalan pulang. Tidak dengan liku kehidupan. Ianya jalan sehala dan tiada jalan menuju pulang. Ini kerana kehidupan berkait rapat dengan masa dan yang seperti kita tahu, masa pergi meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi.

Kehidupan harus diteruskan walaupun manis atau pahit.

Saya pasti didalam diri kamu wahai pembaca budiman, ada seorang manusia yang telah mempengaruhi hampir 50% dari kehidupan kamu, secara sedar atau pun tidak. Ini ialah kerana walaupun hubungan kamu dengan dia singkat tetapi ada perkara yang kamu lakukan berhubung terus dengan apa yang dia lakukan terhadap kamu seperti sayang, marah, nasihat atau juga tunjuk ajar dan perkara itu kemudiannya membentuk cara hidup kamu sehari-hari.

Selebet, terima kasih.

Friday, July 19, 2013

Ekspedisi Mockba - Pagi Yang Pertama

Khamis pagi, September 13 2001. 

Selesai sarapan bersama Tan Sri, saya mengambil keputusan untuk terus ke luar hotel, mencari udara nyaman. Penyisihan saya dari segala benda yang tidak sepatutnya saya ketahui di meja makan sebentar tadi agak menyesakkan dada. Saya perlu mengisi jiwa dengan semangat dan bukan 'inferiority complex'. 

Dikala melangkah pantas menuju pintu hotel saya sempat perhatikan keadaan di lobi sekiranya ada gadis-gadis tempatan mungil yang mampu mempercepatkan proses penyuntikan semula jiwa saya dengan semangat. Tidak ada.

Trafik dihadapan hotel tidak lah begitu teruk memandangkan populasi Moscow mencecah 10juta penduduk. Walau bagaimana pun pencemaran udara tetap ada tetapi bila lagi deria saya mampu menghidu bau asap musim luruh di Moscow jika bukan ketika saya disana? Saya bukan seorang wali yang bisa menyusup dicelah-celah perbezaan 'space and time' untuk tiba-tiba tercegat di tengah bandar Moscow, bila-bila masa yang saya suka. Bukan?

Rombongan saya mula keluar dari pintu hotel seorang demi seorang. Semua berpakaian kemas dengan jaket serta bertali leher. Kasut kulit hitam berkilat melindungi tapak-tapak kaki mereka dari debu lantai dan kejahatan laluan pejalan kaki bandar Moscow. Maklumlah, mereka mewakili Malaysia dan secara tidak langsung cara mereka membawa diri ketika berada di negara luar mencerminkan budaya dan masyarakat Malaysia. Mereka ada misi. Saya juga ada misi. 

Van yang akan membawa kami pada pagi itu tiba tepat pada masanya. Kami segera menaiki van tersebut dan sebagai anggota yang paling muda dikalangan mereka, saya duduk dibahagian belakang van. Bahagian yang paling banyak aksi bila tayar terlanggar lubang atau 'bump'. Saya buka butang paling atas kemeja saya untuk melonggarkan sedikit tali leher, palingkan mata kearah orang yang lalu lalang diluar dan pasrah dibuntut kenderaan.

"As mentioned yesterday, today we will be visiting two technology parks and meet owners of the company inside the parks incubator..", jerit ketua deligasi kami. Suaranya tenggelam ketika menyebut nama taman teknologi yang akan kami lawati. Sehingga kini saya tidak dapat mengingati nama tempat itu. 

Van deras menyusuri jalanraya Moscow menuju ke destinasi kami. Sekali-sekala ternampak kelibat kereta mewah 'made in USA' berdesup memintas. Pembantu rombongan kami yang berbangsa Rusia memberitahu saya bahawa Rusia sekarang bukan seperti Rusia dahulu. Barangan buatan Amerika tidak lagi dibenci malah menjadi idaman rakyat Rusia. 

"The most popular food joint here in Moscow is McDonalds", tambahnya.

"Oh, in Malaysia too". Jawap saya dalam hati.

Van tiba di taman teknologi pertama 45 minit kemudian. Pandangan pertama saya apabila melihat rupa paras bangunan itu ialah, "apa kejadahnya ni?".

- Akan disambung -

Edisi yang lepas:
- Ekspedisi Mockba
Ekspedisi Mockba -Zurich
- Ekspedisi Mockba - "Kilometer 23"
- Ekspedisi Mockba - Leningradskaya Hotel
- Ekspedisi Mockba - Sarapan Bersama Tan Sri

Saturday, July 13, 2013

The Cashier

This is a quick one.

I was supposed to have a late teh tarik session at a popular mamak spot in Kelana Jaya with a few friends that got called off tonight. I came early and since it was a late call-off, I had to finish my nescafe tarik and maggi goreng 'takde sayur' alone at the mamak.

No issue there.

As I was waiting for my change at the cashier, I saw behind her a framed picture of a mamak looking guy standing next to Tun Mahathir, with the both of them staring at a table full of food. As there were a few other people in the framed picture, I was assuming the prominent mamak looking guy next to Tun must be the owner of this mamak shop I just patroned.

Being a curious guy who want immediate answer, I asked the cashier,

"Abang misai tepi Tun tu owner kedai ni ke?"

She smiled sheepishly.

I repeated my question a few times but she kept giving me the "I dont know" sheepish smile.

I concluded that if I run a food joint, I will employ a female cashier who do not know the owner either. I guess she will never dare to steal from me.