Thursday, January 27, 2011

I.T.I.S Part II

Saya ada menulis tentang I.T.I.S disini tempoh hari. Inilah sebab saya rasa I.T.I.S ni mengarut.


Thanks to a Mr.Riza Samad for the pic.

Wednesday, January 26, 2011

Tradisi

Ada orang suka tradisi. Ada orang langsung tak suka tradisi. Saya kat tengah-tengah.

Tradisi sanding depan orang ramai dan tepung-tawar, saya tak berapa suka. Tradisi budak Kolej Melayu KK pakai talileher sekolah pada setiap hari Rabu juga saya tak gemar kerana ini ialah batu asas kronisma.

Tradisi yang saya suka ialah bila balik rumah, isteri dah siapkan masakan panas-panas atas meja.

Monday, January 17, 2011

Saya Masih Steady

Hai.

Saya masih steady walau dah lama tak makan steak. 2011 menjanjikan pelbagai perkara yang bagus tapi itu mengikut buku panduan bintang kaum cina lah. Kalau ikut Islam, rezeki ditangan tuhan tapi kita mesti berusaha.

Saya masih steady. Setakat naik bas RapidKL untuk kemana-mana dalam KL ni, saya masih steady. Waktu tunggu bas di stesen bas pun saya masih boleh pandang depan arah jalanraya tanpa rasa segan.

Pendek kata, saya masih steady.

Tuesday, January 04, 2011

Lady Gaga

Kita perlu faham maksud perkataan untuk faham konteks sesuatu peribahasa. "Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan". Nyiru, kalau orang tu tak faham maka gagal lah peribahasa itu.

Sebagai entri pertama tahun 2011 ini, saya tampilkan Lady Gaga. Begitu tinggi harapan saya terhadap kemampuan Lady ini. Saya yakin dia akan jadi lagi popular lepas "The Fame Monster" album. Dia akan jadi lebih mantap dari Madonna + Micheal Jackson + Awie.

Dulu saya tak percaya dan saya sering mengutuknya tapi lepas beli album dia semalam, kini saya pasti saya meludah ke langit.

Lady Gaga, salute.