Tuesday, November 29, 2011

Super-Ultras Malaya


Uncle ni dah lama jadi Ultras Malaya, tapi tak kecoh pun?

Bertahun saya tengok dia dikaca tee-vee. Saya percaya sejak zaman Malaysia power badminton pun dia sudah ke stadium dan menyokong tanpa kesah penat dan lelah. Takde pulak dia bising nak buat pasukan sorak ketuk gendang bagai. Dia buat kerana dia ikhlas nak menyokong. Bila seseorang itu sudah tak ikhlas, mulalah dia kecoh sana kecoh sini.

Saya tengok pakcik dalam gambar kat atas ni rilek aje pekena teh tarik kat subang ni kadang-kadang. Dengar ceritanya rumah dia dekat area situ. Saya senyum juga pada dia bila mata dia memandang saya. Senyum saya senyum hormat.

Sukan kini sudah menjadi sesuatu yang ultra tanpa hala tuju. Kes kematian Gary Speed (Pengurus bolasepak Wales dan bekas pemain Leeds United dan Newcastle) membuktikan bahawa sukan kini sama seperti dunia artis dan hiburan dimana individu yang sangat popular akan tiba-tiba bunuh diri tak tentu pasal.

Bila jiwa manusia kosong, itulah jadinya. Semoga jiwa saya dan jiwa pembaca yang budiman sekalian tidak kosong.

Saya sangat yakin bahawa jiwa pakcik didalam gambar diatas tidak kosong.

Wednesday, November 23, 2011

Ilmu Setan

Sekarang ramai yang claim dia boleh mengubat orang. Upahnya pun boleh tahan mahal. Mengubat menggunakan ilmu yang dia dapat dari mana ntah.

Doktor aliran sains dan teknoloji juga pernah mengusulkan kepada seorang rakan agar berikhtiar dengan perubatan tradisional apabila rakan saya merungut sakit tapi tiada apa yang dapat doktor itu kesan.

Macamana ni?

Pernah orang bijak pandai cakap pada saya jika pengerasnya tidak bukan2 dan jumlah nya ikhlas, mungkin itu bomoh yg ok. Malah mengikut katanya lagi pengeras itu akan bomoh itu sedekahkan pula kepada mereka yang memerlukan.

Masa saya bersekolah menengah, saya amat kurus hinggakan mak saya naik risau lalu meminta seorang saudara bau-bau bacang yang juga jiran saya untuk menilik apa masalah saya. Kononnya saudara saya itu boleh mengubat. Lepas dia picit badan saya sana-sini, dia kata saya hisap dadah.

Saya malas nak cakap banyak sebab saya bukannya hisap dadah. Lagi pun, saya malas juga nak bukak cerita yang saudara saya itu selalu saya nampak berjudi mesin haram dikedai mesin kuda dan jackpot berhampiran rumah saya.

Saudara bau-bau bacang saya tu bawa motor virago 250cc. Motor dia pelik skit kerana enjin tidak start pakai 'kick-start' atau kunci. Motor dia start pakai remote. Macam remote kereta.

Ek ellehhh...

Sunday, November 20, 2011

Tulis Skrip

Beberapa hari yang sudah, saya baca blog entry anoneemus ini. It is a good read.

Pada hemat saya, blogger mana yang tidak pernah terfikir untuk menulis skrip ialah blogger yang tidak serius berblog. Saya berblog suka-suki ini pun ada pasang niat nak buat skrip bila ada masa kelapangan, inikan pula mereka yang serius.

Skrip yang bagus menghasilkan cerita yang bagus. Cerita yang bagus ialah cerita yang membuatkan kita sedih, marah, gembira secara halus dan menimbulkan tanda-tanya tanpa kita sedari. Contohnya cerita 'Sanggul Beracun' yang memenangi banyak anugerah baru-baru ini.



Cerita tentang Siti (lakonan Erra Fazira) yang dilahirkan buruk dan bongkok. Dia sering menjadi bahan ejekan masyarakat setempat dan Siti sentiasa menyorokkan rupanya didalam selubung kain kerana takut diejek dan malu. Hanya bapa Siti sahaja yang menyayanginya. Ibu Siti pula meninggalkan Siti dan bapanya selepas melahirkan Siti.

Siti telah disumpah menjadi cantik oleh seorang jin/bunian yang Siti temui secara tidak sengaja didalam belukar. Untuk mengekalkan kecantikan ini Siti harus membunuh 100 orang suaminya yang hanya boleh dinikahi maksima 3 bulan dan jika tidak dibunuh oleh Siti dalam masa 3 bulan itu dia akan kembali buruk, syarat yang Siti sendiri tidak tahu sehinggalah wajahnya telah berubah.

Kecantikan dan sumpahan yang Siti terima ketika dia sedang menangisi kematian bapanya, ketakutan kerana sudah tiada tempat berteduh dan kesedihan akibat tiada tempat untuk bergantung.



Kecantikan yang tidak Siti cari kerana Siti lari kedalam belukar pun setelah dihalau dari rumah sendiri oleh suaminya yang jahat. Suami yang menikahi Siti untuk merampas hartanya yang sedikit. Suaminya itu juga telah membunuh bapa Siti dengan racun dan racun itulah yang digunakan Siti untuk membunuh 99 mangsa beliau yang semuanya jahat, kecuali seorang. Kematian Siti, yang dibunuh suami ke-100nya dengan menggunakan racun yang sama juga tampak sedikit klise tapi amat berkesan.

Cerita ini menimbulkan pelbagai persoalan yang membuatkan akal penonton menjadi bercelaru. Kasihan kepada Siti tetapi pada masa yang sama sifat membunuh Siti atas dasar dendam dan mementingkan kecantikan nampak kejam namun begitu kejahatan peribadi mangsa-mangsa Siti hampir semuanya memang layak untuk dibunuh. Yang tidak enaknya hanya sifat Siti yang lebih mementingkan kecantikan dari dosa membunuh.

Sifat mementingkan kecantikan itu juga diperkuatkan oleh personaliti Siti yang baik, tidak sombong dan hanya mahu menjadi isteri yang baik selepas sumpahannya itu tamat. Tidak lebih dari itu. Siti tidak mahu kembali buruk, diejek dan dicemuh masyarakat. Siapa yang mahu diri dicemuh dan dimaki berterusan hari-hari kerana dilahirkan dengan wajah yang amat buruk?

Dipersimpangan ini, saya terfikir pula tentang ujian Tuhan yang mungkin berat tetapi kita lupa bahawa azab Tuhan juga amat berat.

FYI, cerita ini berdasarkan lagenda orang-orang Johor dan sedikit sebanyak adalah kisah dongeng bercampur-baur dengan sekelumit kebenaran. Bezanya cuma pada tujuan asal Siti menjadi cantik dan diakhir cerita, suami Siti Aminah yang ke-100 lebih hebat ilmunya dan telah berjaya memadamkan ilmu Siti Aminah untuk kekal cantik itu. Mereka bersama hingga akhirnya beranak pinak.

Kisah benar ialah kisah yang terbaik untuk diskrip seterusnya difilemkan kerana kisah benar kelihatan benar, jalan ceritanya benar dan kesudahannya juga adalah benar. Kalau dinilai dari aspek norma kehidupan, adalah tidak mustahil jika cerita fiksyen itu adalah cerita benar disuatu tempat dan waktu yang kita tidak ketahui, bukan?

Walau bagaimana pun, lakon layar dan sinematografi juga harus mantap untuk mengadaptasikan cerita diatas kertas ke layar perak dengan jayanya.

Skrip, lakonlayar dan sinematografi cerita 'Sanggul Beracun' ini memang bagus. Saya suka dan jika saya menulis skrip, ini contoh terbaik saya.

Friday, November 18, 2011

Unlucky Number 4


Who the hell invented this crazy belief?

Kimberley Leggett - Miss Universe Malaysia 2012

Thursday, November 17, 2011

UNHATE


This is actually an ad campaign made by United Colors Of Benetton. The picture is doctored but hey, it's catchy.

I do not condone kissing in public, let alone a man kissing a man in public but the message behind the ad is that it is possible for true foes to like each other when everyone around them loves each other.

Wednesday, November 16, 2011

Lanun Cetak Rompak

Bila kita sedang tak ada duit, kita rasa semua benda sangat berharga.

Majlis kawin banyak betol hujung minggu sudah. Saya pergi dua majlis sahaja. Satu dihari sabtu dan satu dihari ahad. Semoga jodoh mereka berkekalan keanak cucu.

Malam minggu agak kusam bila tiada bolasepak liga inggeris. Oleh kerana kusam, saya pun menengok lah AIM2011 yang dianjurkan oleh RIM.

"Apa bendanya RIM ni?" soalan yang tiba-tiba timbul didalam fikiran saya.



RIM ialah 'Recording Industry Association of Malaysia' yang dianggotai oleh pemilik2 syarikat rekording di Malaysia. Chairman dia Norman KRU. Salah satu tugas mereka ialah mengurangkan aktiviti cetak rompak album artis dibawah naungan label yang berdaftar dengan RIM.

Saya masih ingat lagi kesimpulan tentang masalah lanun cetak rompak dari seorang rakan yang agak otai dalam industri muzik tempatan. Bunyinya lebih kurang begini:

"Lanun cetak rompak ini sebenarnya ialah pemilik syarikat rakaman jugak.."

Monday, November 14, 2011

The Not So Cute Anymore 'Afghan Girl'

Beberapa entri yang sudah, saya ada bercerita tentang majalah National Geographic yang abang sulong saya pernah langgan dahulu. Ingat tak? Baru 2-3 entri lepas pun dah terlupa? Banyak makan semut korang ni.

Anyway, salah satu majalah yang saya pernah baca dulu ialah edisi yang menunjukkan seorang budak kecil berbangsa Afghanistan. Matanya hijau. Unik untuk seorang Afghan bermata cantik begitu. Gambar itu juga memenangi gambar cover National Geographic paling chun tahun 1985.

Setelah 25 tahun, National Geographic mencari semula budak kecil yang didalam gambar itu. Mati kah dia? Jadi lauk kah dia? Kawin anak 10 kah dia? Jadi supermodel kah dia?



Sila lihat gambar diatas. Dia membesar menjadi orang biasa dan bukan bidadari. Tinggal diceruk atas bukit mana di Afghanistan entah, dah berkawin dan ada anak.

Teori saya lah kan, sapa masa kecik comel giler bila besar jadi manusia biasa-biasa.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Jika saya ada 5 saat untuk menarik perhatian pembaca, saya akan tulis "siapa tuhan kamu?"

Tarikh hari ini macam menarik tetapi konsep 'Selective Omission' tempoh hari masih saya gunapakai.

Jam 5.40am tadi, azan subuh dilaungkan dari masjid berdekatan rumah saya. Saya tak dengar kerana saya bangun lewat sikit. Namun ketika saya bangun, ada satu kawasan lain yang sedang berkumandang azan subuhnya. Mungkin di Acheh.



Sekarang jarum jam menunjukkan 7:20am. Saya percaya ada satu lagi kawasan diatas muka bumi ini yang sedang dilaungkan azan subuh.

Dan ketika azan subuh sedang dilaungkan di London, bilal sekitar Asia sudah bersedia melaungkan azan zuhur pula.

Panggilan ke masjid yang bermula dengan 'Allah Maha Besar, Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Itu Pesuruh Allah' sebenarnya akan senantiasa berkumandang tak kira dimana kita berada.

Kita sahaja yang lupa.

Thursday, November 10, 2011

Sistem Pengangkutan Moden, Orang Tetap Kuno

Lihat gambar diatas. Walaupun ia hanya satu 'artist impression' tentang stesyen LRT yang akan siap dibina di Lembah Klang tidak lama lagi, saya yakin ianya dahsyat, gempak, future abis, budak kolej dan tidak 'mak-mak' langsung.

Tapi bayangkanlah bila masuk aje dalam keretapi alaf baru ini nanti, macam-macam bau ada. Paling tak ngam ialah bau kari di tangan kita sendiri. Maklumlah, naik LRT nak pergi makan nasi ramai-ramai di Pasar Keramat kemudian balik ke ofis di Subang Jaya.

Saya rasa eloklah kerajaan buat iklan TV 'etika menaik LRT' banyak-banyak bersama dengan poster ikat ditiang elektrik dan signboard besar rumah di tepi highway sebelum stesyen canggih ini siap.

Tuesday, November 08, 2011

Tipu-tipu Happy

Sesetengah manusia boleh menyembunyikan masalah mereka dengan melupakannya terus bila pulang dari pejabat, atau padang, atau kelab atau dari mana sumber masalah itu datang.

Saya tak boleh.

Bila saya susah hati, ia akan kelihatan jelas pada riak wajah saya. Saya tak mampu nak berlakon 'happy' go lucky.

Mungkin ia juga ia akan timbul sedikit-sedikit didalam penulisan saya.

Wife saya ialah salah seorang dari mereka yang cekap menyembunyikan masalah. Dia akan kehulu-kehilir seperti tiada apa yang berlaku dan saya tak tahu macamana dia buat. Mungkin itu kelebihan wanita yang lelaki tak boleh nak xerox.

Apa yang saya tahu semua ini ialah pengalaman hidup dan walaupun diusia mana kita berada, kita tetap masih belajar. Belajar dari kesilapan, belajar dari kesengsaraan dan belajar untuk terus hidup.

Friday, November 04, 2011

'In Poetic Motion'

Abang saya sewaktu bujangnya ialah seorang yang suka melanggan majalah. Bukan majalah Gila-Gila atau URTV tetapi majalah berbahasa inggeris bertema dan memerlukan sedikit intelek untuk dihayati seperti Reader's Digest dan National Geographic.


Gambar 'cover' majalah National Geographic sentiasa menimbulkan persoalan dan ghairah yang membuatkan saya ingin terus membaca isi kandungannya. Saya juga tidak pernah jemu melayan gambar-gambar yang terkandung didalam majalah ini.

Setiap kali diawal bulan, saya akan sering mengintai-ngintai kotak pos diluar rumah hinggalah majalah ini tiba.



Lihatlah foto didalam salah satu edisi majalah National Geographic yang amat 'super cool' ini.

Di Astro kini ada saluran NatGeoHD yang menayangkan dokumentari-dokumentari menarik. Ia membuatkan saya tambah teruja. Terasa seperti melihat 'cover' majalah National Geographic tetapi semuanya 'in poetic motion' ibarat nota-nota yang menari dan berdansa diatas bar notasi muzik.

Super-duper cool.

Thursday, November 03, 2011

Gila Art!


This picture is made up of MacBook parts in remembrance of it's late inventor. Simply astonishing and absolutely artsy.

Salute.

Tuesday, November 01, 2011

1.11.11

Jika anda ada 5 saat untuk menarik perhatian pembaca baru, apa yang patut anda tulis?

Merujuk kepada tajuk entri saya, tarikh gregorian hari ini agak menarik. Menarik pun kerana saya tidak memasukkan '20' didalam 2011. Kalau tidak, tarikh ini akan kelihatan seperti hari-hari biasa yang lain. Dalam arus media perdana, strateji ini dipanggil "Selective Omission" atas landasan propaganda.

Terlanjur omong tentang nombor, sering orang gantikan huruf dengan nombor apabila memilih kata laluan. Contoh, "chel53a" untuk menggantikan "chelsea". Nampak tak?

Antara nombor rumah yang paling menarik saya pernah lihat ialah "H-3-11". Unit pangsapuri kawan saya yang hanya diduduki tak sampai setahun. Baru 3 bulan duduk disitu, kereta dia hilang kena curi di tempat parkir.

Malang betul nasib dia.