Wednesday, August 15, 2012

Pehh.. lama dah tak jamm.




Kutu lead gitar saya yang memakai baju Liverpool didalam klip video diatas sedang mengumpulkan ahli baru untuk mula jamm semula.

Saya?

Saya tukang lalak tapi saya bukan ketua. Saya follow aje.

Thursday, August 02, 2012

Ballyhaunis, Ireland

Terbaca tentang Republic Ireland di twitter tadi, saya teringat sesuatu. 

Ye, saya pernah ke Republic Ireland sekali dengan menaiki sebuah ferry yang sangat besar seperti dalam gambar dibawah. Tapi dulu bukan Irish Ferries rasanya. Kami bertolak dari Holyhead, Wales terus ke Dublin dan mengambil masa dalam 2 jam.




Saya tak mahu bercerita tentang pengalaman ke sana sangat tetapi nostalgia dalam diri tidak dapat saya tahan. Cukuplah sekadar untuk mengingatkan saya kepada penemuan sebuah masjid sewaktu perjalanan kami dari Dublin ke Cork, masjid yang dibina dan bukan rumah sewa diubah menjadi masjid di sebuah pekan kecil bernama Ballyhaunis di wilayah Mayo.




Pada mulanya saya tak ingat nama bandar kecil itu. Yang saya ingat hanyalah rupa masjid yang tidak berpenghuni, kosong ditengah-tengah musim sejuk. Dari rupa parasnya, memang sah ia jarang digunakan walaupun ada yang menjaganya dan peralatan didalamnya mencukupi. 

Ketika kami tiba, tiada pemanas haba jadi keadaan dalam masjid itu sangat sejuk. Saya masih ingat kesejukannya hingga agak sukar untuk kami mengambil wuduk dan persinggahan kami pun sebentar sahaja. Kami meneruskan perjalanan ke bandar Cork, diselatan Ireland.

Puas saya mencari masjid ini didalam internet tadi dan akhirnya saya jumpa di facebook. Ia sudah kelihatan agak berlainan dari apa yang saya ingat tetapi kubah hijau itu saya tidak lupa. Penjaga masjid yang ada bersama kami ketika itu menceritakan bahawa masjid ini dibina oleh seorang peniaga daging berbangsa Pakistan yang mengahwini penduduk tempatan. Dia berniaga di Ballyhaunis dan membina masjid itu. 

Bila saya google sekarang, barulah saya tahu nama peniaga itu dan masjid ini ialah masjid pertama yang dibina khas di Ireland. Boleh baca disini (klik sini).




Melihatkan gambar ini, masih terngiang diingatan saya tentang betapa terperanjatnya saya melihat sebuah masjid cantik tersergam ditengah kawasan berpenduduk tidak lebih 1500 orang bukan islam yang jauh terpencil dipelusuk Ireland, betapa baiknya penduduk Ireland dan betapa sejuknya musim sejuk disana.