Thursday, October 17, 2013

IIII

Apakah perkara yang benar2 menyakitkan hati anda? Adakah ubat untuk menyembuhkan rasa sakit hati itu?


Jika anda perasan, angka empat pada muka jam itu ialah IIII. Tapi bukankah nombor roman untuk empat ialah IV? Tahukah anda semua jam yang menggunakan nombor roman akan menggunakan IIII. Kenapa bukan IV?

Wednesday, October 09, 2013

Mereka yang berumur 40 tahun keatas kini tinggal di planet Marikh.


Beberapa minggu yang sudah saya berbual dengan seorang sahabat. Bermacam-macam isu telah kami bualkan dan isu yang menarik perhatian saya ialah isu generasi Y.

Generasi Y atau generasi muda mudi dilahirkan circa 1977-1989, dilahirkan didalam dunia yang jauh berbeza dari dunia ibu-bapa mereka. Perkembangan dan evolusi teknologi yang terlalu pantas dan maju diwaktu kelahiran generasi Y ini adalah penyebab utama terbinanya jurang yang amat jauh ini. Kajian telah dijalankan dan didapati perbezaan jurang yang ketara ini tidak pernah lagi berlaku didalam sejarah peradaban manusia.


Satu contoh yang dapat saya berikan disini ialah cara generasi Y berkomunikasi. Jika dulu setiap rumah harus ada 'fix-line phone' tanpa 'caller-ID'. Penerima panggilan sudah tentu tidak tahu siapa yang menalipon maka penjawap akan lebih bersopan-santun menjawap panggilan tersebut.

"Hello, siapa disana? Sarah disini."

Itu adalah pembuka perbualan talipon yang sering kita dengar dahulu tetapi kini setiap orang menggunakan talipon pintar yang akan memaparkan nama pemanggil ketika deringan.

"Oi, wassap dude", adalah diantara cara menjawap panggilan talipon terkini. Jika tiada nama terpapar, mungkin panggilan itu akan diabaikan terus. Kekangan menanti panggilan talipon dirumah kini sudah tiada lagi. Mereka bebas untuk berada dimana sahaja untuk menerima panggilan talipon. Kata kunci disini ialah "bebas".

Satu lagi contoh ialah mengenai air-cond didalam kereta dan rumah. Dahulu harga air-cond rumah mahal. Hanya mereka yang kaya sahaja boleh memiliki air-cond dalam rumah. Kini boleh dikatakan setiap rumah ada air-cond.

Begitu juga dengan air-cond kereta. Dahulu kala hanya ada kipas angin dalam kereta dan sehelai kain untuk mengelap cermin yang berwap ketika hujan. Jika diberi pilihan, kanak-kanak kini hanya akan naik kereta yang ada air-cond dan akan komplen jika rumah yang sedang didiami panas.


Dulu TV akan tamat siaran pada jam 12 malam. Kini mereka bersiaran 24 jam dan rancangan kartun juga 24 jam.

Lagi 10-15 tahun, kanak-kanak ini pula akan menjadi dewasa dan perbezaan yang dahulunya sedikit menjadi lebih ketara. Apa yang ibu-bapa mereka "value" mungkin tidak sama langsung dengan apa yang mereka "value".

Kesimpulannya, jika anda kini berumur lebih dari 40 tahun, sebenarnya anda kini bukan lagi tinggal di bumi tempat anda dilahirkan dahulu. Cara pemikiran dan 'value proposition" anda sudah jauh berbeza dari generasi Y. Bagi mereka, anda ibarat penduduk yang lahir di planet Marikh.

Anda asing.