Tuesday, August 13, 2013

Life's Innocent Little Tit-Bits.

This is an old piece.

-------------- start

Please understand that whatever you do in life, you leave tit-bits of trail behind you.

Whenever you buy something over the net using paypal, you tell someone your buying traits.

Whenever you go the ATM to get cash, you tell someone your cashflow habits.

Over time, these little trails will unveil a distinct pattern and may match an algorithm that traces terrorist. When this happens, just make sure you have an insurance policy because a terrorist never owns one.

-------------- end

Thursday, August 01, 2013

Lubang Besar.

B*R 9494.

Nombor plet kereta pertama yang saya beli. Ia sebuah Nissan Sentra lama yang berkarat, kriuk-kriuk diatas jalanraya, comot tetapi dimata saya ia kereta tercantik ketika itu.

Sebagai sebuah kereta yang agak uzur, B*R tidak dapat lari dari kerosakan. Satu hari, penanda meter aras minyak di atas papan pemuka B*R tidak berfungsi. Masalah yang mungkin disebabkan oleh litar pintas di bahagian elektrikal papan pemuka kereta atau kerosakan pada sensor aras dalam tangki minyak. Saya ketuk2 meter dua tiga kali, jarum masih kaku diaras 'E'.

"Hmmnn.. fuel sensor dah kong la ni.." hati kecil saya merengus kehampaan.

Harga sensor agak mahal pada saya waktu itu. Maklumlah, usia baru mahu mengenal dunia memang sentiasa kurang duit. Maka saya pun teruskan juga kehidupan sehari-hari memandu B*R dengan keadaan jarum penanda aras minyak, kaku. Setiap kali minyak diisi, saya akan reset mileage untuk membolehkan saya mengagak waktu yang sesuai untuk minyak diisi semula nanti.

Begitulah kehidupan saya. Ada juga beberapa kali kereta tersengguk-sengguk sebelum terhenti dibahu jalan akibat ketiadaan minyak namun saya tidak marah. Saya akan buka boot belakang, ambil bekas minyak petrol yang saya beli khas untuk waktu-waktu kecemasan begini dan menapak ke stesyen minyak berhampiran. Selesai menyumbat petrol ke dalam tangki kereta, pam minyak ditekan beberapa kali untuk menarik minyak naik, enjin pun saya mulakan. Semua ini akan saya harungi dengan senyuman dibibir, keriangan dihati.

Pada suatu petang, waktu sedang memandu B*R menuju pulang sambil mendengar kaset lagu nyanyian Amy Mastura penyanyi genit yang top ketika itu, saya cuba mengelak satu lubang besar diatas jalan namun tayar belakang kereta tetap terlanggar lubang.

"Gedeganggg!"

Saya rasa amat terkejut dan risau sekiranya rim Enkei 16" saya bengkok. Saya terus ketepi jalan dan lega apabila melihat semua rim kereta saya masih utuh. Lebih mengejutkan saya lagi apabila kereta bergerak, meter aras minyak dipapan pemuka kembali berfungsi seperti normal.

Mulai dari saat itu, bukan semua lubang besar itu bala bagi saya.