Wednesday, June 27, 2012

Saya Geram Tengok Luca

Semua entri blog dia di lucadeketiak.blogspot.com ada footnote 'posted using android bla bla'.

Ni saya tengah test equipment. Harap-harap adalah tulis something yang boleh fight luca.

Friday, June 22, 2012

Cerita Bola Sepak Malaysia - Kuala Lumpur 1987-89

Manusia beratur seperti rantai dihadapan mesin tiket KL monorail Stesen Imbi yang mengadap Berjaya Times Square. Sebenarnya stesen ini terhimpit diantara dua bangunan gergasi dan disokong oleh tiang-tiang besar dicelah jalanraya menuju Jalan Imbi, sajak dengan namanya. Himpitan yang jelas memberitahu kita bahawa perancangan pertumbuhan bandar Kuala Lumpur ini bolehlah dirumuskan sebagai ‘hampir tiada’.

Suasana sudah mula redup. Angin yang asalnya sepoi-sepoi kini semakin menganas. Dahan-dahan pokok yang menjadi lanskap mengindahkan kawasan Berjaya Times mula menggila. Bau hujan makin jelas menusuk hidung. Titis air halus mula gugur berpusing-pusing melayang ditiup angin deras. Saya berdoa agar saya sempat sampai ke KL Sentral sebelum hujan lebat turun.

***

Saya memandang keluar tingkap gerabak, menggelamun menyaksikan titis air yang berselirat dan menjadi huru-hara apabila ditiup angin kuat memukul bahagian luar tingkap. Tiba-tiba titisan air hujan yang tadinya penuh melekat di tingkap gerabak menjadi semakin sirna. Nun jauh diluar dan membelakangkan lembayung senja, kelihatan sebuah kubu. Kubu yang pernah menjadi kebanggaan negara suatu ketika dahulu. Kubu yang didalamnya pernah dilaungkan kalimat bersejarah, “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Kubu yang diberi nama Stadium Merdeka.

Walau dengan cat yang kelihatan masih elok dan hanya sedikit kusam akibat serangan kulat hitam yang meliar menyelubungi bahagian tepi konkritnya, Stadium Merdeka jelas tampak sunyi dan keseorangan. Berjirankan pencakar langit yang pernah bertakhta sebagai yang tertinggi didunia, Stadium Merdeka kini tinggal sejarah.

Bunyi geseran tayar gerabak tadi semakin menghilang. Kini, mula menguasai telinga dan minda saya hanya sorakan pengunjung yang bergema dari dalam stadium dan manusia yang berpusu-pusu mencari tempat parkir kereta diluar manakala penunggang motosikal pula sebok memastikan helmet ‘Apollo’ buruk mereka tersendal kemas ditempat duduk motor. Saya yakin mereka ada helmet yang jauh lebih cantik dari itu dirumah. Gema sorakan tadi mendadak naik dan seperti mana ia datang, mendadak surut. Jerit pekik penjual air dan burger juga bersimpang-siur didalam minda.

Pemandangan saya tiba-tiba terus menjadi gelap.

“Wooooaarrrrrrrrrrrrrr!” Gema sorakan dari dalam stadium menyentakkan saya yang tiba-tiba ibarat dalam mimpi, sedang berjalan menuju kearah Stadium Merdeka didalam gelap malam. Ditemani lampu kuning jalan dan agas. Saya berdiri tercegat bagai dilanggar garuda. Tercenggang.

“Lubang kekunci masa mana pulak yang aku dah lintas ni?” hati saya berdetik. Sekeping tiket ditangan menunjukkan saya harus ke pintu masuk stadium nombor 1.

Debaran makin terasa dan langkah saya makin laju. Saya renung kembali tiket dalam genggaman yang tertulis, “Perlawanan Akhir Piala Malaysia tahun 1989”. Lidah saya menjadi kelu.

*************

Sedikit sedutan dari cerita pasukan bolasepak Kuala Lumpur (1987-89) yang saya tulis bersama beberapa lagi jemaah penggila bolasepak Malaysia didalam buku Cerita Bola Sepak Malaysia.

Akan dijual di KLAB esok.




Semoga buku terbitan Dubook Press ini mendapat sambutan hangat.

Wednesday, June 20, 2012

Cacat

Mungkin seorang yang cacat fizikal ada kelemahan yang mengekangnya dari melakukan sesuatu tetapi ini tidak bererti dia lemah sepenuhnya. Ramai dari mereka boleh berfikir dengan waras dan selalunya kekurangan mereka itu tidak membahayakan orang lain. 

Adalah tidak wajar untuk kita mengklasifikasikan mereka yang ada kekurangan dari aspek fizikal sahaja patut digelar cacat. Pada saya, kekurangan dari segi mental juga boleh dianggap cacat. Malah kecacatan mereka ini kadangkala lebih kronik dari manusia yang cacat fizikal.
Seorang gadis yang sentiasa murung tetapi masih setia kepada teman lelaki yang sering membohongi, memukul dan meminta wang darinya adalah seorang yang cacat. Seorang lelaki yang membawa motor seperti seekor monyet diatas jalanraya persekutuan pada kelajuan 120km/j adalah seorang yang cacat.

Saya juga cacat. Dari kecil sampai lah sekarang, saya tidak dapat membezakan yang mana nombor genap dan yang mana nombor ganjil. Masa saya sekolah dahulu, saya cukup takut jika ada soalan matematik yang ada unsur genap dan ganjil (contohnya soalan kebarangkalian) tapi bagi saya ini tidak penting. Yang penting, cacat seperti saya tidak membahayakan nyawa sesiapa.


3 ialah nombor ganjil. Jujur saya katakan saya baru sahaja meng'Google'nya.

Thursday, June 14, 2012

Banglo Usang di Lubang 8


Jika seseorang itu ada banyak harta dan wang bersama dengan naluri sebagai seorang manusia biasa, apakah yang akan mereka lakukan dengan wang dan harta yang banyak itu?




Ramai diantara mereka akan membeli kereta mewah, rumah mewah, pakaian mewah, tas tangan mewah dan segalanya mewah. Mungkin tujuan mereka hanyalah untuk merasai kenikmatan menggunakan barangan mewah kerana kebanyakkan barang mewah ini mempunyai kualiti yang sangat baik.

Mungkin juga ada yang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, riak dan sombong.

Setiap tahun, satu pertandingan golf antarabangsa akan dianjurkan di kelab golf 'The Mines'. Sekiranya berkesempatan, saya akan pergi menyaksikannya dan setiap kali saya kesana, saya akan sentiasa teringatkan  peristiwa pertama kali saya lalu ditepi rumah banglo yang terletak diantara lubang 8 dan 'tee-box' nombor 9 kelab golf itu.

Mengikut kepercayaan orang cina (harus kita ingat, 'The Mines' ialah milik Tan Sri Lee Kim Yew, seorang cina) nombor lapan mempunyai sifat 'untung' atau 'nasib baik' yang sangat bernilai. Jadi pada pendapat saya, rumah banglo ditepi lubang nombor 8 haruslah gah, kelihatan amat mewah dan dimiliki oleh seorang billionaire. Pendapat saya itu adalah sangat berpatutan kerana banglo didalam kelab golf ini semuanya hebat-hebat malah banglo di tepi lubang no 7 sahaja sudah seperti istana yang saya pasti memerlukan 'elevator' untuk ketingkat paling atas.

Saya jadi amat hairan apabila mendapati rumah banglo di tepi lubang nombor 8, diatas tapak tanah yang paling bernilai, didalam kelab golf yang paling mahal di Malaysia ini hanyalah sebuah banglo dua tingkat yang sangat normal.

Banglo lama yang dilamannya berpohon rendang dan dianjungnya tersadai sebuah kerusi rotan mungkin tempat untuk membaca, persis rumah yang kita biasa lihat di Petaling Jaya atau didalam cerita P.Ramlee. Parkir ditepi banglo itu pula hanya ada beberapa buah kereta biasa dan kalau tidak silap saya kebanyakkannya kereta buatan tempatan yang berharga kurang dari RM50,000 dan ada yang kelihatan usang. Dengan kain baju yang tersidai diampai luar rumah banglo itu, saya amat pasti banglo itu milik seorang melayu.

Otak saya jadi tidak keruan. Sesuatu yang tidak logik sedang bermain dihadapan mata saya. Ianya ibarat berada didalam sebuah 'showroom' kereta mewah tetapi tiba-tiba 'centre piece' ialah hanya sebuah kereta Proton Megavalve milik seorang yang tidak pedulikan kemewahan.

Saya amat yakin pemilik banglo itu ialah seorang yang luarbiasa dan firasat saya jelas terbukti benar apabila saya mendapat jawapannya dari seorang pekerja di kelab golf yang sama. Air mata saya hampir menitis apabila mendengar nama pemilik rumah itu. Bukan kerana sedih tetapi teruja.

Kau memang sangat-sangat istimewa.

Wednesday, June 06, 2012

Personaliti TV

Menjadi seorang personaliti televisyen datang dengan pelbagai cabaran. Disamping kerja yang tidak tentu masa dan memerlukan pengorbanan yang tinggi, ia juga menaikkan status individu itu dari manusia biasa ke manusia luar biasa.

Lihat sahaja Karam Singh Walia. Pengacaraan beliau sebenarnya biasa-biasa sahaja tapi keunikan berbahasa melayu dihadapan kamera menonjolkan personaliti itu dan telah mempopularkannya. Tangannya yang berpusing-pusing ketika berbicara juga amatlah luar biasa.


Seorang lagi personaliti televisyen yang melonjak naik statusnya dari manusia biasa ke manusia luar biasa ialah Azrinaz Mazhar Hakim. Azrinaz memang comel. Dari seorang insan pembaca berita TV3 yang normal, beliau dilamar lelaki antara yang paling kaya didunia. Sejuk perut ibu ketika mengandungkannya. Kini, beliau telah kembali membujang.

Azwan Ali pula tak perlulah kita pertikaikan betapa luar biasanya dia.