Thursday, July 28, 2011

Ekspedisi P.P.R

Projek Perumahan Rakyat (PPR). Ia dimanifestasikan secara fizikal melalui pembinaan beberapa blok pangsapuri kos rendah dan terletak berhampiran dengan tempat asal penghuni rumah setinggan yang menerima skim PPR ini.


Sahabat kepada isteri saya baru bersalin sebulan yang lepas. Beliau berasal dari Setapak. Keluarganya mendapat satu unit rumah di PPR Rajang, Setapak (gambar atas). Saya dan isteri pergi melawat beliau semasa sedang berpantang.

PPR Rajang ada banyak blok. Kawasan tempat meletak kereta sangat tidak mencukupi sehinggakan jalan dua hala menjadi satu hala akibat tabiat orang tempatan yang letak kereta suka-hati-happy-go-lucky. Jalan yang semakin sempit menjadikan ia medan pertempuran dua kereta yang berlainan arah. Saya sebagai orang luar, pasti akan bagi jalan pada mereka yang bawa kereta macam syaitan disitu.

Setelah mendapat parking yang agak dekat juga dari blok tempat berpantangnya kawan isteri saya, kami mencari lif untuk naik ke tingkat 8 di blok H. Dari tiga lif yang sepatutnya beroperasi, hari itu hanya satu. Kami pun menunggu lif yang ibarat tidak kunjung tiba. Bila lif sampai, kami naik.

Lawatan kami disambut oleh ibu kepada kawan isteri saya. Selain dari si ibu dan bapa, rumah ini juga didiami oleh adik kepada kawan isteri saya beserta suaminya, anak adik kawan isteri saya, adik-adik lelaki kawan isteri saya, makcik jaga anak adik kawan isteri saya, anak pertama kawan isteri saya, kawan isteri saya beserta suami beliau dan bayi kecil baru lahir kawan isteri saya itu. Pangsapuri dua bilik dan satu bilik air ini dihuni oleh lapan orang (tidak termasuk kawan isteri saya yang akan hanya berpantang sebulan disitu). Sempit.

Selepas pening melayan channel 612 di ruang tamu berselang-seli dengan tangisan budak2 kecik, saya pun mulakan sessi bual-bual kosong saya dengan makcik yang jaga budak tadi. Makcik itu pun bukan main seronok bukak cerita sambil buat aksi cebik-cebik mulut.

"Sini kurang selamat dik. Gangster ramai. Melayu sama India. Tapi India lah yang suka buat kacau kerana diorang suka mabuk", cerita makcik tu sambil cebik-cebik mulut.

"Parking pun susah nak dapat ye kak?", saya menyuarakan keperitan mendapatkan parking pada beliau.

"Eeeeeee, susah dik. Satu rumah ada 3 kereta. Abis, macamana? Kalau malam, parking sampai keluar tu haaa." Makcik tu mencebik kearah luar.

"Kalau gangster bergaduh, takut dik. Gangster sini kalau nak rompak, dia tahan aje kita dik. Tak kira siang atau malam. Budak-budak kecik di sini pun terikut-ikut perangai gangster dik. Budak-budak kecik sini suka baling batu dari atas kena kepala orang dibawah dik. Eeeee.. takut dik." Makcik tu cebik lagi.

"Biasalah kak, pangsapuri macam ni memang masyarakatnya macam tu. Sampah buang dari atas jatuh atas kereta mesti selalukan kak?" Saya tambah perencah.

"Eeee... bukan sampah aje dik, orang terjun bunuh diri jatuh atas kereta pun ada dik." Makcik tu dah tak cebik lagi. Letih nak cebik kut.

"Jemput makan nak. Tak ada apa pun ni. Air pun air kosong aje." Ujar ibu kawan isteri saya. Orang Melayu memang penuh adat dan santun.

Saya pun makanlah roti jala cecah kari sambil minum teh 'O' yang terhidang. "Sedap makcik!" Kata saya jujur.

Selesai "bye-bye" kami pun berjalan kearah lif tadi untuk turun. Lama betul tunggu lif nak sampai. Bukak-bukak lif, ada selonggok plastik sampah hitam berisi sampah. Walaupun terikat dimuncungnya tetapi masih terdapat banyak kesan-kesan minyak disekeliling bukaan plastik itu dan baunya, mak datuk!

Saya palingkan muka saya dan berhajat untuk tak nak naik lif tetapi memandangkan nak kena dukung anak saya sambil turun tangga 8 tingkat, saya kensel hajat itu. Saya dan isteri tutup mulut dan kami tahan nafas dengan harapan takde lah orang lain tahan lif ni kerana perjalanan lif akan jadi lebih lama. Maksimum saya tahan nafas pun 45 saat aje manakala isteri saya, 15 saat aje kut. Tapi kasihan anak saya, dia sedut aje bau busuk dalam lif dengan selamba main "chak-chak" dengan ibunya yang dah kusut.

Keluar dari lif, kami terus berjalan laju kearah kereta. Saya start engine, reverse kereta, masuk gear D dan tanpa melengahkan masa lagi tuju arah keluar. Saya susuri jalan yang dah jadi satu hala tadi dengan perasaan lega tetapi sebaik sahaja pusing selekoh yang tinggal lagi satu belok untuk keluar, ada sebijik van satu tan parking tengah jalan dengan pemandunya sedang turun kan barang yang kelihatan agak banyak. Saya reverse jalan sempit tadi sepanjang 50 meter dan berselekoh sambil menyumpah-nyumpah.

Setibanya saya dijalan besar diluar PPR saya pandang isteri saya dan kata, "kalau lah ada Doktor atau Peguam atau Jurutera yang dibesarkan di PPR ini, dia memang terer gila."

Isteri saya jawab, "ha'ah kan?" sambil check-check bau dibaju takut bau sampah dalam lif tadi melekat kebadan.

---------------------------------------------------

Kesimpulannya macamana nak jadi 1Malaysia dan pada masa yang sama, Bersih2.0 ni?

Tuesday, July 26, 2011

Zam-zam

Selepas saya tulis tentang ilmu air tempoh hari, terdetik dihati saya untuk meredah hutan informasi (internet) dalam mencari coretan tentang air zam-zam secara lebih mendalam sikit.

Semua orang tau apa itu air zam-zam. Setiap kali selesai musim haji, Malaysia akan dihujani berbotol-botol air zam-zam dan kita diajar dengan cara dan etika untuk minum air zam-zam ini. Kita juga diberitahu bahawa air ni bagus untuk manusia dari segi rohani dan jasmani.

Terjumpa akan saya sekeping artikel yang ditulis oleh seorang jurutera air (sila klik sini untuk artikel asal).

Kepada mereka yang malas nak baca artikel asal, saya dengan berbesar hati menterjemahkannya secara sempoi dan bersahaja. Semoga kita sama-sama dapat pahala dan saya dapat pahala yang berlipat kali ganda kerana ini saya punya blog.

Kajian yang dilakukan didalam artikel ini ialah untuk menyangkal sekeping lapuran di eropah yang mengatakan air zam-zam itu kotor. Data-data dari lapuran itu dikeluarkan berasaskan kepada lokasi Makkah yang berada di tanah rendah (dibawah paras laut) dan dikelilingi oleh bukit bukau. Kesan dari kedudukan yang sebegini sudah pasti air kumbahan, air dari parit dan longkang yang meresap kebawah tanah akan terkumpul dan memasuki rizab air zam-zam.

Kolam zam-zam besarnya lebih kurang 18' x 14' x 6'. Dibahagian dasar zam-zam ialah pasir (tidak pasti samada pasir itu pasir kasar atau halus tapi pasir lah).

1) Air zam-zam tidak pernah dirawat menggunakan klorin dan sebagainya. Ia didapati banyak mengandungi magnesium dan kalsium yang agak tinggi dari biasa. Didapati mineral-mineral ini memang dapat menyegarkan si peminum dengan cepat. Ia juga mengandungi florida, yang boleh membunuh kuman dan bakteria. Kadar kandungan garam-garam ini tidak pernah berubah-ubah. Tidak ada bahan toksik langsung dan sangat selamat untuk diminum.

2) Bila pengkaji cuba untuk menyedut air dari zam-zam untuk mengenal-pasti lokasi punca masuknya air zam-zam kedalam kolam itu dia dapati punca air ialah dari seluruh bahagian dasar kolam dan bukan dari satu lubang tertentu dibawah dasar.

3) Kebiasaannya kolam akan ada kehidupan bioloji seperti lumut hijau dan sebagainya. Kolam zam-zam tidak ada lumut.

4) Air zam-zam tidak pernah habis sejak dari zaman Nabi Ismail.

5) Kolam lain didalam bandar Mekah ketika kajian itu dijalankan semuanya kering oleh itu membuktikan bahawa kolam zam-zam tidak bersambung dengan air laut merah yang letaknya 46 kilometer dari Mekah.

Ada juga artikel lain yang mengatakan seorang professor dari Jepun mendapati air zam-zam mempunyai struktur molekul yang paling "OMG". Saya tahu bahawa anda juga tahu bahawa secara sainsnya air ialah H20. Yang dimaksudkan dengan struktur molekul disini ialah corak susunan H20 didalam zam-zam. Kajian mat jepun ini menunjukkan H20 menyusunkan dirinya cantik sehingga kelihatan seperti berlian, justeru itu "OMG".

Professor ini turut mengatakan bahawa struktur molekul air paling barai bila ada muzik rock. Saya rasa sebenarnya molekul air barai didalam semua bentuk muzik tapi mat jepun ni memang anti muzik rock kut?

Kajian ini saya terima at face value sahaja kerana kita manusia marhaen tidak boleh nampak semua hasil kajian beliau dengan mata kasar. Yerlah, kajian macam ini mestilah kena pakai mikroskop sahaja.

Kesimpulannya, air zam-zam memang power! Patutlah ada istilah zamzam alkazam dalam cerita P.Ramlee.

Monday, July 25, 2011

Sherman, The Vampire Cockroach - Issue No.6

The Tree
-----------------

Jiggles crib was a small square room located in an old tree bark about 10 minutes roach walk from the bar. It used to be a place where Sal, lead vocals for the band Lia The Bacteria lived just before she died. Some say she committed suicide because she was against the idea of having an album full of Ronnie James Dio cover songs but the doctor autopsy shows that she accidentally sprayed insecticide on herself thinking it was perfume. How sad.


Having a home in a tree bark was something unheard of back in England. There were just no more trees.

Sherman and Bob took the opportunity to learn more about trees. The type of trees that were suitable for home and what makes them feel cosy and fresh to live in. Jiggle shared some of her insights with them and Sherman was full of awe. Bob was sleepy.

She taught them that leaves from trees converts carbon dioxide released from a Harley-Davidson fishtail exhaust pipe into oxygen through a process called photosynthesis and this was the reason for the clean and crisp air they breathe around her place. She also taught them that the green color on leaves soothes the eye therefore has a calming effect on a person. Sherman was stupefied.

Bob: This Harley-Davidson guy, is he on drugs?

Yes, Bob remained stupid.

She added that old trees have a unique smell that pumps a traditional and classic feel into the environment. So does the cracking sound of wood when one walks over it. The sensation, timeless.

Jiggle: Enough of Living Green 101 for the night. You guys should grab some sleep.

Bob: So, where do I sleep? (Eyes scouting for a space to rest).

Jiggle: Both of you sleep outside. There is a hammock on the third branch on your upper left outside the door. The view in the morning I assure you, is breathtaking. If you are lucky, you can even see a rainbow over the dark lake at midnite.

Bob: What? Me and him, together in one hammock? Never! (The thought of having to share a bunk with Sherman disgusted him).

*** 15 minutes later

Bob: (Snoring).

Sherman was lying next to Bob in the hammock contemplating his future. Pad food was running low. His body was evolving slowly, turning him into a more complex being and not knowing when this will stop drained him. Will it be for the good, will it be for the bad or even worse, will he be able to control his own body and mind then?

Sherman (closed eye, praying silently): Sleep, please hurry over and caress me in your arms for I am tired. Let me wake and find myself at home with all of these, just a dream.

Unfortunately, it was not a dream. Everything was real. Even the rainbow over the dark lake was true. Inside, Jiggle was listening to "Rainbow In The Dark - Dio" to fade. How appropriate.

--------- To be continued --------

Saturday, July 23, 2011

Lasak/Comel/Ganas/Tidor

Sabtu tengahari yang mandom. Anak saya baru selesai melasakkan dirinya. Bagi saya semua anak kecil berusia 13 bulan comel tapi sebab dia anak saya, saya rasa dialah budak paling comel didunia (selepas isteri saya ketika beliau berusia 13 bulan).

Anak saya juga makin ganas dan keganasannya itu semakin hari semakin kritikal sehinggakan butang bajunya hanya boleh dikancing ketika dia tidor.

Bayangkanlah.

Thursday, July 21, 2011

Englishism

I sincerely think that English is a far superior language then yours truly, Bahasa Malaysia. I am not a linguist nor am I an English supremacist. English is just better.

What I am trying to say is that English sends the message across faster and clearer in exactly the correct frame of reference. It is also a better language to describe things. Something fantastic can be depicted in many ways.

English is extremely important in learning. Most of the best scientific journals are in English.

Learning English can be tough but tell me one subject you learnt that was easy.

My word of advice is to get:
(a) The basics right then;
(b) Appreciate bombastic words then;
(c) Understand lingos.

Unfortunately as a victim of colonization we fail to see that Arabic is the best language. Well, you can disagree with me but is there any other better language than the language spoken by the best of all mankind, prophet Muhammad (PBUH)?

Wednesday, July 20, 2011

Peniaga Pasar Malam

Anak saya dah pandai berjalan. Baru pandai berjalan 3 hari dah memandai nak berlari. Bila tergolek langgar kaki meja, nangis. Comel aje dia nangis. Geram saya. Akibat geram, saya tepuk-tepuk kaki meja yang anak saya langgar tu. "Jahat! Jahat!" saya marahkan kaki meja dengan anak saya memandang kaki meja yang sama lalu mula surut menangis.

Senang betul budak-budak kena trick.

Pasar malam dekat kawasan rumah saya seminggu ada dua kali. Satu di kawasan yang ada 7-eleven, satu dekat kawasan Esso station berkembar.

"Satu barang, satu ringgit. One thing, one ringgit!" Jeritan yang sentiasa membuatkan saya tersipu-sipu seorang diri ketika di pasar malam.

Nampak gayanya anak patung angry bird sudah mula membanjiri pasar malam sementara kuih-muih untuk raya belum mula dijual.

Ramai juga orang yang pakai crocs palsu. Macamana saya tahu itu palsu? Pattern macam crocs tapi jenama "Amporlo". Come on lah, takkan takde orang perasan kepalsuan itu?

Pasar malam seperti kebiasaan hujung bulan belum gaji, lengang. Orang yang ada pun beli barang ala-kadar dan membawa satu atau dua beg plastik ditangan sahaja. Namun walaupun begitu, pihak penjual tetap tersenyum dan girang berjual.

Peniaga pasar malam bukan dari golongan orang kaya yang buka kedai di Pavillion. Kalau di Pavillion, kedai tidak laku pun tidak mengapa. Kenapa? Sebab duit mereka memang banyak. Entah-entah memang kedai itu dimajukan untuk menghalalkan duit yang haram. Kepada peniaga pasar malam sentimen ekonomi akan merudum mungkin tidak pernah terlintas difikiran mereka. Itu semua tidak penting. Yang penting ialah mencari sesuap nasi dan ada tempat untuk berteduh.

Pasar malam ialah salah satu tulang di belakang ekonomi negara. Saya sangat sukakan peniaga pasar malam kerana mereka mungkin golongan yang paling optimis dalam hidup. Saya doakan mereka berjaya dan tidak tinggalkan solat magrib ketika sebok meniaga.

Monday, July 18, 2011

Sherman, The Vampire Cockroach - Issue No.5

Destiny Is Overated.
-----------------------------

No one knew where, who and how The Beast From Bromley came into existence. Some say it is the evil love child of The Red Roach Queen of Dover with Lucifer himself but it remains a mystery.

News from South London came fast and thick. Several decapitated bodies have been found in the south sewer and they were not just ordinary roaches. They were either VIP's or son of VIP's in the roaches hierarchy.

Some have seen the beast albeit not a single photo was successfully taken but reports have said that the beast is nimbly fast, huge and ruthless. The ultimate killing machine and it is looking for something or someone because each time before it makes a killing it will softly whisper into its victims ear, there can only be me.


*** @ Green Lake Beer House

Bob: What kind of a shaman has a name like Jiggle? Am I pronouncing it right?

Jiggle: Its Jee-Girl. Alright? Jiggle.

Sherman: Sorry Miss Jiggle but I think we made a mistake. Well, he made a mistake. (Looking at Bob).

Jiggle: Just call me Jiggle, okay?

(A pause in time and space for 5 seconds and the camera angle rotates 360 degrees).

Jiggle: No he didn't. I know why you are here.

Sherman: What do you mean you know? Is this a prank? Bob, I am going to kill you! (choking Bob)

Jiggle: Cut it out boys. I mean, I know who you are and why you are here. Infact I have been waiting for you to appear for quite sometime.

Sherman was perplexed. Here is a gorgeous lady, officially a stripper claiming that she know things beforehand. Considering the fact that Bob read about her from an unknown twitter account and the whole trip started from chaos, the chance of her knowing is maybe 1 in a trillion.

Jiggle: It all started after I had this dream. I was on a roller coaster ride. It was a very long roller coaster and I guess it was so long that every living and dead roach of all ethnicity was on that ride.

(5 second pause for Jiggle to sip her dry martini).

Jiggle: Suddenly a huge red monster came out of nowhere and wanted to rip the coaster wheel off. Everyone started shouting and screaming. I thought I was going to die and it was terrible.

(Another 5 second pause just to add drama).

Jiggle: But you were there and you stopped him. In my dream, you stopped him Sherman. (Jiggle stared Sherman right into his eyes which was in tears). From that day onwards I have been made aware of things. Things that you may not yet know. Its your destiny Sherman and I am just glad to be part of it.

His father always say that destiny is overated and subliminally Sherman believed him. Flashes of old memories hit Sherman hard and made the scene he is playing out now almost impossible to swallow no matter how hard he try.

---- to be continued --------

Saturday, July 16, 2011

Ilmu Air

Air paip, saya tak analisa sebab kodi.

1) Air reverse osmosis (RO): RM0.20 seliter. (Beli di vending machine).

2) Air mineral spritzer: RM1.50 botol kecik.

3) Evian: RM3 sebotol kecik (saya agaklah).

Air RO, tak der mineral dan garam galian. Bahaya bila diminum terlalu banyak kerana ia akan sedut garam galian dari dalam badan kita. Ni air paling murah sebab takde khasiat. Nak minum jugak? Sila beli tablet mineral untuk dicampurkan kedalam air ini. Jenama ferrari atau proton tidak penting. Semua sama.

Spritzer datang dari air bawah tanah di Taiping, Perak. (Sila rujuk lokasi ambik air yang tertulis dibotol). Banyak khasiat dari mineral semulajadi dan bersih. Sederhana mahal. Beli di Cold Storage atau kedai yang sewaktu dengannya kalau nak yang pasti original. Original dan palsu, banyak bezanya.

Evian datang dari mata air di pergunungan Alps. Suci, bersih dan khasiat dari mineral yang amat tinggi. Air mineral yang paling power dan termahal dikedai 7-eleven setakat ini. Beli yang pasti original saja.

----------------

Air zam-zam korang nak letak mana? Air zam-zam lah air yang terpower sebenarnya. Minuman yang amat baik untuk kesihatan dan bila diteguk dapat pula pahala. Priceless.

Friday, July 15, 2011

Clarke Gable

Sewaktu didalam perjalanan ke tempat kerja pagi semalam isteri saya bertanya, "rizab minyak dalam tanah kita ni banyak lagi? Kalau dah habis macamana?"

Soalan seorang insan yang risaukan masa depan anak. Maklumlah, kalau minyak dah takde, anak dah besar nanti naik apa? Kuda?

Saya jawab, "rizab minyak kita ada lagi tapi kalau dah habis nanti tentu ada tenaga alternatif seperti elektrik atau tenaga dari air (tenaga hasil pemecahan Hydrogen Bonding dalam H2O)."

Bila saya fikir balik, apa salahnya kembali naik kuda?

Tak perlu fikir pasal servis kuda. Paling-paling pun trim bulu tengkok kuda dan servis ladam. Makanan kuda tak lah mahal sangat rasanya.

Make-up kuda tak seteruk make-up kereta. Takde spoiler, skirting, rim 18 inci tayar low profile, ekzos bising dan cermin tinted. Make-up kuda paling power pun pakaikan kuda tu baju dan tampal sticker "Arsenal FC" kat bontot kuda.

Plate pun tak perlu. JPJ dan polis trafik pun tak perlu. Kalau ada roadblock, sentap tali kuda lompat atas kepala brader polis. Wow!

Anjakan paradigma yang agak radikal diperlukan disini dan nama kuda saya nanti ialah "Clarke Gable".

Wednesday, July 13, 2011

Abang Tentera Dan Pakcik Polis.

Tak dapat saya bayangkan seorang tentera yang tugasnya mempertahankan tanahair yang tercinta ini jenis orang yang lemah lembut dan sopan santun lalu pijak semut pun tak mati. Ini tidak masuk akal.

Latihan yang mereka lalui menjurus kepada keganasan. Bukan keganasan bom hotel yang saya maksudkan tetapi keganasan terpimpin. Bengis yang tentu hala. Keganasan yang diperlukan untuk membolehkan tentera ini melindungi rakyat Malaysia.

Anak buah kepada seorang sahabat saya baru naik pangkat leftenan muda. Diceritakan bahawa ketika sahabat saya nak hantar anak buah dan seorang rakannya ke kem tentera, dia dan kawannya berbual dan salah satu tajuk perbualan ialah mereka dah lama tak kena lempang. Kali terakhir kena lempang ialah sewaktu latihan. Malah waktu latihan, bukan pelempang aje yang mereka kena. Lagi teruk pun ada.

Mendengarkan kisah ini, saya rasa terlindung. Saya rasa selamat. Asalkan jangan saya yang dilawan mereka dah lah. Dah lah ilmu lempang + terajang saya belum master, nak harapkan ilmu matematik dapat C5 masa SPM untuk pertahankan diri dari kena seligi?

Polis pun sama juga. Cuma kalau tentera itu api biru muda, tahap keganasan polis itu ibarat api kuning. Kadang2 ia menghasilkan jelaga.

Monday, July 11, 2011

Sherman, The Vampire Cockroach - Issue No.4

Demonic Angel
-----------------------

The Green Lake Beer House was smokey, foul with stench of alcohol and filled with insects of all sizes. Lice, moth and ticks to name a few. The live band was playing a sleazy reggae music and on a stage next to the band, a lady roach was working the pole.

Bob: You sure this is the place? (Worried face)

Sherman: Pretty sure. The GPS coordinate is correct.

Bob: But you don't have a GPS? (Puzzled)

Sherman: (Just stood there staring straight at Bob with the word stupid in mind).


Bob: The crowd looks rough though. I don't think this is a good idea. Something is not right.

Sherman: Don't be such a wimp Bob. We made it half way across the globe to this god forsaken land to do this so come on. Let's ask the bartender and we need an ice breaker, quick.

Bob: Hi my name is Bob? (Giving an idea).

Sherman: Yeah, you can win a Nobel prize with that one.

Sherman (whispering): Hmm..Now how would Travolta do it in the movies? (Hurried over to the bar with Bob tailing right behind).

Sherman: A glass of Bloody Mary On The Rock please. (Winked to the bartender.)

Bartender: With lemon?

Sherman: Lemon will do fine.

Bartender: There you go.

Sherman: Do you know what they call a McDonalds quarter pounder with cheese in Paris? (Asking the bartender).

Bartender: I have not the slightest clue but I heard that France women football team beat England in the Womens World Cup quarterfinal in Germany yesterday. (Smiling sarcastically).

Sherman: A Royale with cheese. Yup, that is what they are called in Paris and viva le'France! (Holding up his bloody mary).

Bartender: Whatever you say boss. (Smiling)

Sherman: Can I ask you another question man?

Bartender: If its going to be another trivia, I will pass.

Sherman: Do you happen to know where I can find The Shaman of Green Lake? (Flapping a 5 dollar note in front of his face).

Bartender: (Just smiled and pointed towards the dancer working the pole using his eyes and took the 5 bucks).

Sherman: Errr.. You mean the stripper over there? She does look like the epitome of elegance and taste but I said shaman. Not stripper. (Giggling hoping that it was just a 5 dollar joke).

Bartender: Nope. That is her alright. She has been mesmerizing everyone in Green Lake like a shaman for the past 5 moons hence, The Shaman Of Green Lake.

Sherman: Can you just, just, just wait for one second? (stuttering at the bartender).

Furiously Sherman pulled Bob to one corner of the bar.

Sherman: What the hell?! May I know where you got your info from Bob?

Bob: Which info are you refering to? (Sweating profusely).

Sherman: About this shaman that can solve my problem you nincompoop!

Bob: I read it in one of the tweet I was following, @anipthewhite on twitter. (Covering his head with his hands fearing an incoming slap).

Sherman: Let me put things into perspective. We risk our lives hanging on to an airplane, spent almost all of our savings to travel ten thousand miles away from home because of a single anonymous tweet? Is that what you are saying Bob?

Bob: The tweet was not anonymous. @anipthewhite is a legend. He has almost 34,500 tweets now. (Almost like talking to himself).

Sherman: Screw you Bob!!

Kaya, a Bob Marley classic was playing in the background and out of the smoke comes a figure. Smooth and cool through the steps off the stage. Like a demonic angel slicing the air moving towards Sherman and Bob.

Jiggle: Someone looking for me?

Sherman and Bob looked at each other then turned towards the figure that just spoke. True enough, she was shamanic with silky brown skin and bright wide eyes. Her feet was long and lanky and her voice was, oh so like Celine Dion singing the title song in the movie Titanic . Sherman was silently praying for if she was not the shaman, she would be the lover he was looking for all his life.

Back in London, monstrosity was lurking.

--- To be continued ----

Saturday, July 09, 2011

Kalau Ngak Ada Ilmu Elektrik Di Dada

Dapur saya dah siap. Eh silap. Dapur isteri saya dah siap.

Oven saya dah 3 minggu dalam standby mode kerana belum ada projek masak kek. Eh silap. Oven isteri saya.

Sejam yang sudah saya uji oven "grill function @ 200 degree celcius @ 45 minutes" sebab esok isteri mau masak "carrot walnut cake".

Plug dan soket elektrik di oven yang saya pasang sendiri (built-in oven selalunya tak datang dengan plug) jadi cair macam kek keju tengah panas pada 180-200 darjah selsius. Mujurlah tiada kemalangan yang lebih serius.

Sekarang sedang google ilmu plug dan soket untuk oven dan berdoa semoga pendawaian elektrik rumah saya tidak perlu dinaik taraf ke three phase power distribution. Rumah sekangkang kera takkan nak kena three phase kut? Apa menggiler?!

Ketika ini jam menunjukkan pukul 3:00 pagi dan saya dah susah nak tidor dengan harapan agar wizz dapat kasi pendapat emas beliau tentang isu ini.

Friday, July 08, 2011

Berita Baik Untuk Bayi 1-2 Tahun

Korang ni bayi ke?

Ada satu channel baru di Astro. Tak lah extremely baru tapi sejak early May 2011. Channel 618 BabyTV. Budak kecik punya baby. Bukan dewasa yang gelar diri dia baby. Okay?

Saya dan isteri sangat bersetuju dengan channel ini dan saya kesal kerana masih kurang content dari pihak kita.

Ketika Adam merengek dan channel ini dibuka, Adam akan diam dan layan. Sungguh mengujakan. Yang saya pasti ialah setiap adegan dalam babyTV mesti penuh warna-warni dan berlagu. Sebijik macam cerita dari negara India. Adakah ini menerangkan kenapa ramai orang dari sana perangai macam kanak-kanak?

Teringat saya akan satu bacaan yang menceritakan bahawa program kanak-kanak di Amerika harus ada kelulusan pakar kanak-kanak. Ini kerana takut bila tengok cerita yang bukan2, budak tu besar jadi samseng atau gay atau lebih teruk lagi, Paris Hilton.


Di Malaya ni ada ke pakar rujuk kanak-kanak yang menapis bahan untuk kanak2? Saya harap sangatlah bukan PERKASA atau Majlis Peguam yang tapis. Jahanam, jahanam.

Justeru itu wahai pembuat cerita kanak-kanak khususnya bayi 1-2 tahun, tunggu apa lagi?

Thursday, July 07, 2011

Berat Sama Dipikul Tapi Abang Kena Kautau Pada Adik

Waktu saya baca blog orang lain ialah sebelum tidor. Gelap, sunyi yang berselang-seli antara nafas anak dan isteri dengan desiran bilah kipas siling campur bunyi aircond sikit. Aroma dan suasana ketika itu sangat kondusif untuk saya telan dan cuba fahami penulisan orang lain.

Saya baru usai membaca blog perempuan jomblo tentang keperluan naiktaraf saiz kereta dengan jumlah anak yang ada. Saya amat faham dengan apa yang dia sampaikan kerana saya pun ada perasaan yang sama dengan beliau dalam isu ini.

Tapi bila saya ulang kembali masa, kembali ke zaman saya dan 5 lagi adik beradik saya bergasak dalam sebuah kereta kecil milik arwah abah, sedikit pun kami tak pernah merungut kereta kami sempit atau rumah kami tak muat dan tak cantik. Abang dan kakak akan sentiasa mengalah kepada yang lebih muda dan kami jadi saling faham memahami.

Walaupun kami adik beradik taklah rapat chi-chi lalat sangat antara satu sama lain, tapi ada sesuatu yang telah mengajar kami untuk menghormati satu sama lain.

Mungkin kereta dan rumah yang sempit barangkali?

Wednesday, July 06, 2011

Saluran Untuk Idea Bernas & Otak Geliga Sakti

Semalam saya dapat email.

----- email mula ------------------

Dear Mr. Vankordi (nama samaran lah),

Idea : Motosikal berkuasa 200cc kebawah harus dihadkan kelajuan pemanduan hanya pada 60km/j.

The Idea given by you has been redirected to,

Ministry of Transport, Malaysia.

Please login at www.myideas.my to view it.

You will be again be updated if your ideas gets approved or rejected.

Admin Remarks :
Terima kasih diatas idea yang diberikan.

Click to login:www.myideas.my

Best Regards
The MyIdeas Team

------------ email tamat -----

Takkan terima kasih aje yang saya dapat? Takpelah. Kalau idea saya diterima pakai, sekurang-kurangnya berguna juga.

Kalau adik2 ada otak bergeliga sakti dan punyai idea bernas, salurkan untuk manfaat bersama. Jangan asyik nak komplen dan panggil orang lain banggang saja. Tak baik.

Monday, July 04, 2011

Sherman, The Vampire Cockroach - Issue No.3

The Shaman Of Green Lake.
--------------------------------------

When you are 11,000 feet up in the air with no pressure adjusted environment around, life can be tough. Luckily for Sherman and Bob, they were roaches and hanging on to a pump in a moving aeroplane was hard but do able.

Sherman: We should have taken the sea route. This is killing me! (Was gripping the lever on the pump in the wing of the aeroplane with wind hitting his face at 300mph). I have acrophobia!

Bob: Yeah and reach Green Lake in 2 weeks time? (Shouted but bearly audible with the wind howling).

Flight BA223 is on its way to Johanesburg, South Africa. The weather was sunny and on board were two roaches trying to solve a problem someone in a place called Green Lake might help.


*** Two days earlier in London

Bob: She, I am hungry. Can you go and steal a few boxes of chocolate from Tesco, fly them to me in a blink of an eye now? By the way, you look pale. Have you munched lately? (mimicking the action of chewing a pad with a wicked, wicked smile).

Sherman: I feel that it is unethical of me to abuse this power. Its wrong to steal. Go do it yourself and yes, I munched yesterday. I still have some supply but its running short.

Bob: Well, OK. Infect me now. I read somewhere that humans who drink blood infect others by sucking their victims blood. They are called vampires. Or was it vampaneze?

Sherman: Vampires?

Bob: Hey, maybe that dead lady you chewed was one of em' vampires?

Sherman: Yeah maybe.

Bob: (Quickly sneaked over to Sherman) Snap one of your tarsus man. I can eat that and see whether I get infected by tomorrow.

Sherman: Bugger off Bob! (Kicked Bob who was trying to bite one of his leg). I want to be normal again. I wish someone can help me and I am not going to infect others.

(20 seconds of dead silence).

Bob: I know of a shaman that might be able to do just that.

Sherman: (Grabbed Bob by the arms) Who Bob? Where?

Bob: He is from a place called Green Lake, Newcastle. (Focusing hard on his iphone).

Sherman: You serious Bob? Yes! We'll go immediately this afternoon then. Yes! Yes! Yes! (With a fist pump).

Bob: Its Newcastle, South Africa. Not Newcastle, England.

Sherman slumped on his chair, took a few deep breath and peeked out the window.

Sherman (whispering): Even if its on the moon, I must get there.

*** Back on the aeroplane

Pilot: We will reach Johanesburg in 30 minutes and it is 3:45 in the afternoon local time. Thank you for flying British Airways and please don't steal the blankets and stereo headphones. Have a blast in South Africa!

Sherman: What time is the transit flight to Newcastle? (Struggling to talk in the strong wind)

Bob: 8:15 tonight.

The plane was dancing like a silhoutte against the sun and the clouds. The day was bright and cheerful. The two friends who were clinging on to their life on board the plane were hoping that their trip would be as fantastic as the weather that day.

--------- To be continued ---------------

Friday, July 01, 2011

Souvenir For The Future

Ramai marah dengan sikap mereka-mereka yang menentang Bersih 2.0 (B20) manakala ada juga yang tak gemar dengan B20 atas sebab-sebab tertentu.

Saya? Saya neutral. Dalam kereta saya pun bersepah dengan barang2 yang anak saya campak-campakkan, takkan saya nak berlebih-lebihan dalam isu ini. Cuma ingin saya nyatakan disini bahawa kita semua inginkan sesuatu yang bersih. Ini memang kehendak semulajadi manusia. Tak tahu lah kalau ada yang suka makan makanan kotor, baju kotor dan rumah kotor. Kita mahu semuanya suci dan bersih, bau popinjay.

Betul, betul dan betul, tapi dalam dunia yang sebenarnya, ini adalah sesuatu yang sangat ideal tapi sukar untuk kita capai. Setakat nak bersihkan harta-benda kita sendiri, mungkin kita boleh capai. Tetapi untuk mendapatkan sesuatu yang bersih dipersekitaran yang kita kongsi ramai-ramai? Payah sikit lah bila kita tengok tandas awam kita macam tandas haiwan.

Pendek kata, lalaklah.
Jeritlah.
Nangislah.
Berkorbanlah.
Kalau bukan dengan cara yang betul,
semuanya sia-sia sahaja.

Saya ada cadangan nak beli baju kuning B20 minggu sudah waktu ia ada dijual depan masjid kawasan rumah saya tapi terpaksa saya batalkan kerana tak bawa duit.

Apa salahnya kalau kita simpan buat kenangan kan? Souvenir seperti fridge magnet juga. Pakai bila-bila masa kita suka tanpa perlu berkumpul ramai-ramai dalam panas, tertakluk pada masa dan ketika yang ditentukan oleh pihak yang ada agenda. Pakai ikut suka hati, masa pergi mancing, masa jalan2 dipusat beli-belah, masa bersukan, masa lepak-lepak. Barulah niat untuk bersihkan alam sekitar itu lebih ikhlas dan tidak dipengaruhi oleh mana2 sentimen.

Kalau dah buat ia sebagai cenderahati teruskanlah dengan edisi selipar, koyok, ubat kuat, kerusi senaman dan segalanya Bersih.

Bersih - "A Souvenir For The Future".

Tagline yang sesuai untuk jenama ini, kan?