Wednesday, December 30, 2009

Favourite Pet

Dulu gua ada member sorang awek ni. Dia masih member gua. Orang lain nak internet, dia nak gak internet. Gua pun tolong lah dia bikin email tapi dia isi semua butir peribadi.

Satu hari gua tgh rilek2 minum teh, dia text gua.

"wey, gua lupa password mail gua, tolong gua."

Nak aje gua starlight dahi monyet sekor ni tapi sebab dia kawan gua, gua bukak laptop.

Bila sampai part verification untuk dapat password baru, gua tak tahu apa butir peribadi yang dia isi dulu so gua text dia, "apa nama favourite pet lu? Cargas skit monyet".

5 minit kemudian gua dengar tone sms. Gua baca text tu, gua rasa nak lempang dia pun ada, nak lempang cikgu english dia pun ada.

"Kotex" balas member gua dalam sms.

Appendix: Pet dengan pad tak sama.

Sinar FM

Sambil gua merokok kat depan rumah, gua usha bunga2 yang gua tanam dalam pasu. Segar jugak. Wife gua tetiba pulak rajin menyapu porch.

Dari jauh gua dengar sound audio dari kereta satria kaler green. Kuat giler. Lalu depan umah gua, driver muda pakai rayban (cakap melayu pasarnya "ribbon"). Lagu uji rashid meletop2 berlalu pergi.

Wife gua dengan tenang jalan masuk umah sambil kata, "punk pun layan sinar FM?".

Gua senyum sinis petik puntung benson masuk longkang.

Monday, December 28, 2009

Nelayan Moden

Gua tak pernah nampak nelayan pulang dari laut personally. Tapi gua leh bayangkan perasaan gembira diorang bila turun dari sampan, side parking dan turunkan ikan berbakul bakul. Mesti letih giler dan badan bau busuk tapi bila tengok hasil tangkapan, tersenyum puas. Rezeki.

Tadi gua nampak beberapa nelayan moden. Belum dapat ikan pun semua dah tersenyum aje sambil tahan jala. Ikan gerenti dapat punya dan badan pun wangi. Tak susah jadik nelayan moden ni. Cuma kena pakai baju putih, seluar hitam dan naik motor putih. Oh yer, kena lekat logo polis kat dada kiri baju. Rezeki.

Sunday, December 27, 2009

Ponteng Sekolah

Sahabat karib gua budak VI. Farid Azim nama dia a.k.a senoi. Bukan sebab rupa paras dia macam sakai. Boleh tahanlah kacak dia ni. Kakak dia model. Orang panggil dia senoi sebab rambut dia bila panjang, bergulung2 halus. Pernah dia try simpan panjang, kononnya rock. Macam gampang rambut kerinting bergulung kedalam ala ala afro.

Dulu, kalau ponteng sekolah mesti "pot" umah senoi. Gemok, cap, bagok, ehsan, danish antara pengikut setia senoi.

Bagok ni asal budak St Gabriel. Lepas SRP dapat result bagus, masuk VI dengan harapan dapat main bola dan pelajaran yang lebih baik. Second day masuk VI, senoi dah tinjau2 dia dari belakang kelas. Bila bagok usha senoi dok tinjau, senoi ajak dia pi merokok belakang tandas. Bermula dari saat itulah harapan bagok menjadi manusia yang lebih berguna hancur.

Sekali tu, diorang memonteng kat umah danish kat taman sri ukay. Mak bapak danish ni india tapi free thinker bela anjing. Tapi sebab nak ponteng punya pasal, lantaklah ada anjing ke tak.

Dah selesai letak beg kat ruang tamu umah danish, bagok yang berbadan besar dan berseluar bell bottom cawat pendek ni terasa lapar dan straight gi ke dapor. Bukak peti ais, terus capai biskut. Dah telan 2-3 keping biskut terdengar danish jerit dari pintu dapor. Bagok masih genggam pek biskut. "Woi! tu biskut anjing aku!". Pek biskut yang digenggam erat oleh bagok terus jatuh ke lantai.

Danish dah jadi muallaf sekarang ni. Jadi lawyer. Bagok masih tercari-cari erti kebahagiaan.

Saturday, December 26, 2009

Mat Rempit

Sepanjang hayat gua, gua klasifikasikan mat rempit ni sebagai golongan manusia tak manusia. Diorang tak pernah faham erti safety kecuali waktu kena beli helmet. Itu pun sebab terpaksa. Kalau tak, gi mampos lah dengan topi keledar. Buat rambut penyek aje.

Banyak kali gua tengok aksi mat rempit ni. Tak kesah malam apa pun, asal bawa motor aje mat rempit kena buat stunt. Baiah rempit kut.

Macam2 stunt ada, tapi stunt yang paling kelakar gua pernah tengok, mat rempit usia dah tua buat "superman" bawa motor ex5 standard, naik bukit kecuraman 45darjah pada kelajuan 30km/j dengan raut wajah serius. Ek ellehh.

Thursday, December 24, 2009

Takde Benda Yang Mustahil



Bila lu ada pemikiran diehard, takder benda yang mustahil. Mission Impossible boleh pergi mati.

Tak pasti kalau mamat ni leh main lagu metallica ka dak.

Wednesday, December 23, 2009

Gua Tak Kaya

Kalau gua kaya, gua takdak masa nak layan blog ni semua bro. Sibuk kira duit aje.

Kalau korang ada kenal orang kaya dalam blog ni, gua nak mintak dia bantu gua. Tak nak pakai proton, repair dapur gua yg dah nak roboh dan bermacam macam lagi.

Gua beli barang yg gua rasa bagus dan tahan lama bang. Barang yg macam tu memang la mahal skit, tapi berbaloi. Gua save duit nak beli tu bro.Duit bukan turun dari langit. Makan maggi dan delay bayar installment kereta jangan ceritalah kan. Skit lagi nak kena tarik pun ada.

Jangan label orang ikut suka saja bang. Tak baik.

Tuesday, December 22, 2009

Photographicaliscious


Gua suka giler kerja diorang ni. They are young professional photographers and do mostly wedding projects. Check it out. "shutterspeak.biz"

They give lessons as well. Gua teringin nak gi tapi digital camera boleh blah tak?

(photo taken without permission from shutterspeak.biz)

Friday, December 18, 2009

PD trip - Again


Wife gua punya office buat family day kat sini. As a responsible and caring husband, gua follow lah dia.

Gua bawak anak buah wife gua gi sama dan teman dia main "sand castle".



Jap lagi nak start barbeque. Lapar dah ni.

Monday, December 14, 2009

Bitch Boy



Jadi beach boy lagi banyak peluang dapat awek. Tak tau lah kenapa awek suka beach boy yang kulit dah berkerak, rambut karat. Mungkin kerana tahap keyakinan diri diorang tinggi, maklumlah kehulu kehilir tak pakai baju. Nak kata badan penuh muscle pun tak juga.

Macam macam spec hitam ada kat tepi pantai ni. Semua pemakainya rasa dioranglah manusia paling hensem atas muka bumi sambil jalan bukak dada. Chehh...

Wednesday, December 09, 2009

Lighter

Gua bengang bila tak leh nak isap rokok masa drive sebab takde lighter. Tambah bengang bila lighter yang memang gua simpan dalam kereta habis gas akibat pemelowapan dan bila awek dalam kereta sebelah tergelak tengok gua dok asik gesek dan goncang lighter tapi tak gak menyala-nyala dengan rokok benson terletak kat bibir. Tapi paling gua bengang giler ialah bila gua tengah dok kelam kabut takder lighter, bangla yg tengah tunggu bas tepi jalan dengan selambanya pasang rokok sambil usha kat gua. Gua bengang sial..

Tuesday, December 08, 2009

Down Syndrome

Gua bawa wife gua gi medical checkup semalam. Maklumlah, dia 3 bulan mengandung. Alhamdulillah lah kan. Doktor yang check wife gua tu kata depa boleh kesan bayi dalam kandungan samada mereka ada down syndrome atau tidak dari scanning tu tapi mesti dari gambar bayi masa 12 minggu pertama. Gua tak mau check pun sebab kalau kita dah tahu, apa kita bleh buat?

Kita berdoa ajelah geng, supaya anak anak kita sehat sejahtera.

Monday, December 07, 2009

New Year Resolution

Setengah orang kata P.Ramlee kelakar. Gua rasa sebenarnya aziz satar yang kelakar.

Adam Scott menang Australian Open hari ni. Dah lama dia tak main bagus. Ada chan angkat major next year. Semalam gua 18 hole kat kundang. Cuaca bagus, gua shoot 87. Iron play gua kena banyak practise lah. Bagi gua lagi 2 bulan. New year resolution, break 80. Next year resolution, kalahkan Adam Scott.

Tuesday, December 01, 2009

Ajar Kucing Berak

Gua tak bela kucing tapi ada member gua sorang ni kasi tip nak ajar kucing jangan berak merata-rata.

1) Ukur ekor kucing tu dari pangkal ke hujung ekor.
2) Patahkan lidi mengikut ukuran panjang ekor tu tadi.
3) Pegang kucing di belakang tengkoknya dan tunjukkan lidi tadi ke mata kucing tu sambil cakap.."ko berak kat sini!" sambil meletakkan kayu tersebut di tempat mana yang lu nak kucing tu berak.
4) Biarkan kayu itu di tempat tersebut.
5) Esok lu tengok kat kayu.

Ntah lah..