Wednesday, March 31, 2010

Maki Bukan Amalan Kita

"Kepala otak lu berjambul!".

Siapa lah yang mula2 cipta ayat maki hamun diatas? Gua rasa dia mesti botak dan dengki dengan orang2 yang boleh bikin jambul atau "reymos" dalam bahasa ntahapa. Sebab dengki, beliau cuba memburuk-burukkan jambul. Tektik politik. Kotor kan?

Mungkin juga kerana bunyi ayat "bul" ni agak unik. "Tersembul", "gedempul", "bahalol".

Kalau orang maki gua dengan menggunakan frasa diatas, gua tak sentap skit pun. Sentap pun sikit aje la.

Gua sentap bila orang maki pakai nama mak. Walaupun tidak mengaitkan mak gua dengan mana2 bahagian anggota badan tapi cukup hanya dengan kata "mak lu", gua mesti sentap punya. Syurga bawah tapak kaki ibu. Neraka bawah tapak kaki mat rempit peragot beg yang belum insaf-insaf.

Di negara paling kafir di atas muka bumi yang fana ni, pertandingan maki mak lu (Your Momma Jokes) memang dianjurkan secara besar-besaran. Ada satu maki yang gua ingat dan berbunyi:

"Your momma so old, she puffs out milk powder off her tits."

Takder otak betol diorang tu.

Tuesday, March 30, 2010

Cerek & Dunia

Lu dahaga dan terasa nak minum nescafe panas. Cerek letrik takde, Coway takde dan yang ada hanya cerek lama bentuk macam lampu aladdin berwisel "phheeeewwwwwwtttttt" bila air dah masak.

Perlahan2 lu bukak paip, isi air dalam cerek. Gesek mancis cap orang terbang, pulas suis oven bukak gas. Lega, gas masih ada.

Air dalam cerek yang belum cukup panas takkan terpelowap tapi kalau lu pegang dinding cerek, rasa panas dan makin panas. Panas tak ingat.

Air belum cukup panas untuk terpelowap. Lu rilek pasang rokok lepak tengok TV.

Bila air mula terpelowap, ia akan terkumpul di siling cerek. Mula bergantung tapi belum cukup berat untuk jatuh kebawah semula. Cukup masa, wisel cerek berbunyi dan pada masa yang sama, air wap panas yang terkumpul di siling akan jatuh kebawah semula.

Wap yang mula jatuh ke dalam air cerek kerana berat tu gua ibaratkan hujan. Panas yang terkumpul dalam cerek mula2 tadi, macam panas sebelum hujan.

Pendek kata, dunia ibarat cerek atas api.

Eh, apa jadi dengan nescafe gua?

Monday, March 29, 2010

Weekend - part I

Peluh ni pelik skit. Dia lain dari air mata. Kalau lu duduk saja2 dan fokus untuk paksa peluh keluar, takkan dapat punya. Badan lu kena aktif skit untuk membuka kelenjar2 peluh, baru peluh keluar. Air mata? Fokus tentang lakonan Norman Hakim, air mata lu mesti keluar tanpa dipaksa kerana lakonan yang menyedihkan.

Weekend lepas, badan gua aktif berfutsal bersama rakan2 dari sokernet. Bila aktif, badan berpeluh, jantung porak poranda dan lu rasa macam nak pitam. Team gua "1892". Dari nama team lu dah boleh agak betapa handalnya team gua suatu ketika dahulu. Kata kuncinya ialah "suatu ketika dahulu".

Jangan cakap banyak, team gua kalah first round. Kalah dengan team jersi pink dan sekali seri dengan team jersi colour chelsea away kit. Semua team muda belia rakan muda.

Lepas game, gua balik rumah dan layan anak buah gua jadi clown. Tenang skit hati.


Yang main gitar gua ni dah besar nak jadik Yuna. Tak dapat jadi Yuna, dia nak jadi Ana Raffali.

Yang kecik kat bawah ni pulak, dah besar nak ganti "Crocodile Hunter". Dia panggil teddy bear wife gua ni Baby. Iyer lah tu.

Friday, March 26, 2010

Ada Tapi Macam Tak Ada.

Borak punya borak punya torak, kedai ayam kampung pot budak2 ofis gua makin lengang. Yang tinggal hanya geng mungkin asal brickfield dan asal balakong. Jam dah pukul 1.30pm rupanya. Damn, melepas lagi gua minggu ni.

Kereta bomba style charlie chaplin ni ada kat the curve. Patutnya kita panggil lori bomba atau bas bomba kerana saiznya yang gedabak dan tidak sesuai lagi dipanggil "kereta". Bila gua amati isi kandungan lori bomba ni, ada cangkul seketol tersangkut. Apa barang ahli bomba zaman pre-historic guna cangkul ni?


Ahli bomba ialah orang kerajaan yang sering kita lupa akan kewujudannya. Mereka bertarung nyawa untuk menyelamatkan manusia dari kebakaran, manusia dari tersepit celah stereng kereta, kucing yang tak tau turun dari bumbung dan juga halang "King Cobra" yang tak pasal2 nak masuk rumah orang.

Mereka juga satu2nya unit kerajaan selain dari ahli kelab kerajaan yang sesuai menggunakan perkataan ahli sebagai kata ganti. Ada orang panggil abang polis, ahli polis? Nak kena penampar?

Ahli bomba juga ialah golongan yang takkan mintak "tip" bila menjalankan tugas2 mereka. Takkan "pau" civilian. Mana sempat nak mintak mangsa masukkan kertas bernilai kedalam saku diorang tapi pada masa yang sama dok sebok pancut air untuk padamkan kebakaran kan? Paling-paling pun, dia tenung muka lu macam nak makan sambil pass kucing persian ke dakapan lu. Kalau lu nak bagi sen kat dia, lu mesti ikhlas.

Ahli bomba, gua salute luorang.

Piaggio X9 250

Lepas pekena nasi kandar D'kayu tesco the curve malam tadi, gua balik bukak TV dan borak skit2 dengan wife lalu terus tertido. Kari nasi kandar memang ubat tido yang paling keras. Gua nak syorkan pada kerajaan supaya mewajibkan preskripsi doktor sebelum boleh makan itu kari.

Mengapakah ramai pegguna motosikal di malaya ni jarang utamakan keselamatan gua tak faham. Waktu pulang tadi ada sekor mat motor dan minah bonceng ekor kereta gua pada kelajuan cahaya dalam keadaan motor yang tiada lampu depan. Cuma mengharapkan lampu signalnya yang lip-lap dan juga agar pemandu kereta lain perasan motor mereka yang tak berapa nak jelas kelihatan macam anak bulan puasa. Kalau dah tahu lampu rosak, jangan lah bawa motor macam syaitan. Tapi pada kelajuan cahaya?

Mahal sangatkah harga seketol lampu depan motor?

Bukan motor harley atau ducati model terkini yang gua bincangkan tetapi motor kapcai. Murah sungguh harga nyawa mat dan minah motor tadi. Gua nak beli 3-4 ekor orang jenis ni untuk gua jadikan hamba sahaya cuci lantai, baju, kereta dan hamba ikut gua kemana-mana macam bodyguard. Bantu boost ego dan imej gua juga..

Jangan salah faham, gua pun ada motor dan gua tidak akan rider motor gua selagi suis signal gua tak repair. Inikan pula lampu depan. Gua juga tak kan rider motor gua yang tersadai depan rumah selagi gua tak overhaul engine yang dah masuk air 6 bulan lepas sebab mahal sangat sparepartnya der.

Gua rindu X9 gua.

Wednesday, March 24, 2010

Pisang

Status facebook member gua pagi tadi, "Kalau lapar tapi malas masak, beli setandan pisang muda letak dalam gerobok, nanti masak makan lah."

Gua suka cara pemikiran yang halus tapi tajam macam ini.

Tuesday, March 23, 2010

Otak Bukan Dompet

Hallo Der.

Kenapa kereta sangat penting dalam kehidupan seorang pemuda/pemudi di Malaysia ni?

Tahukah luorang bahawa kereta BUKAN penentu status seseorang itu. Malah, kereta merupakan satu beban yang boleh dihindari secara praktikal dan berhemah.

Masyarakat kita mungkin masih belum bertamadun dari sudut menilai kredibiliti individu. Di tempat yang keretapi akan-akan LRT yang bernama Tube, seseorang yang ada kereta tidak semestinya boleh kawin dengan anak dara orang lain (dara atau tak, itu soal lain).

Di tempat yang keretapinya nama Tube, lu naik tube dan bas adalah perkara biasa. Orang yang ada kereta ni pulak yang dianggap pelik kerana membazir. Maklumlah parking kat sana susah giler dan pemahaman masalah "global warming" mereka lebih menyeluruh.

Mereka lebih menilai seseorang itu dari segi tahap pemikiran mereka, intellek mereka. Bila lu borak-borak dengan diorang, diorang akan suka bercerita tentang pengalaman diorang. Ekspedisi hidup dan kematangan dalam mengemudi perjalanan hidup mereka lebih penting dari memiliki sebuah kereta.

Bila ada duit lebih, mereka akan lebih gemar melancung ke tempat2 yang belum pernah mereka sampai, Kualer Lumparrr contohnya. Pulau Tioman pusat skuba. Sabah pusat monyet macam orang yang dipanggil orang utan. Mereka lebih suka menghabiskan wang ringgit dalam memperluaskan ilmu pengetahuan mereka. Bukan beli kereta dan pening kepala bila harga minyak dan tol akan naik. Kalau lu ada 4 biji kereta yang asap ekzosnya berkepul2 macam lori atau bas metro, lu jangan bukak isu "Global warming" depan diorang. Silap hari bulan, lu kena penendang.

Janganlah lu gah sangat kalau ada kereta 10 biji. Satu cukuplah. Kalau nak juga kereta banyak sebab mau angkut anak2 lu yang berderet-deret macam anak itik, beli Toyota Alphard. Tak mampu beli alphard, beli Hyundai Starex. Besar giler ada 11 seater. Tak mampu jugak, beli van isuzu.

Malam ni gua nak buat teh O panas, lepak depan TV dan bincang dengan wife gua tentang isu ni. Ada ura-ura dia nak gua belikan dia kereta satu lagi. Bagus tak alasan gua untuk tak nak beli?

Monday, March 22, 2010

Dunia Umpama Lakonan Mantap

Gua baru balik dari taklimat tender.

Bila lu attend tender briefing macam ni, lu akan jumpa berbagai jenis manusia dari yang bujur sampailah yang ke tak der otak.

Ada golongan yang nak tunjuk pandai menyoalkan beberapa perkara remeh temeh. Soalan yang patut dijawab hanya dengan 20 kali tampar di pipi dan 45 kali di dahi. Ni golongan bodoh sombong.

Ada golongan yang kerja dia asik pergi taklimat tender sahaja sampai lu boleh cam baju yang dia pakai tu sama dengan taklimat tender sekian sekian haribulan. Golongan ni mungkin dari SPRM.

Ada golongan yang suka buat bising dan borak dengan ramai orang nak tunjuk dia terkenal dan tahu semua orang, sengaja nak "intimidate" orang lain. Ni selalunya salesman. Pakai shirt dengan cuffling, kasut tajam depan, spec mata hitam terselit atas rambut. Jangan kawan dengan diorang ni. Kuat menipu.

Ada golongan yang pakai seksi dengan harapan tender bid mereka akan lebih mantap bila berpakaian menjolok mata. Ni golongan lu boleh kawan sebab mungkin lu ada peluang bawak dia keluar jalan jalan cari makan lahir dan batin.

Ada golongan yang asik dok kasi namecard pada sesapa sahaja yang hadir dalam taklimat. Pak guard handle pas pelawat kat bawah pun gua syak dia kasi namecard dia. Jangan kasi namecard lu kat diorang kalau tak nanti diorang asik nak call jual barang kat lu.

Ada golongan yang dok senyap sambil usha-usha orang lain, pakai lebih kurang sahaja, buku nota pun tak bawak, dok balas-balas BBM/SMS/Text dengan sapa gua tak pasti. Yang ni bahaya skit sebab diorang unpredictable.

Gua?

Gua pakai seluar slack colour cream, maju kemeja kaler biru, kasut kulit coklat, stokin kelabu dan salin nota taklimat pakai memo application dalam Bberry gua sambil teringat pesanan Sylvester Stallone, "Dont Trust Anybody" dan juga kata orang dalam yang gua buat buat tak kenal waktu taklimat, "Ada rezeki, adalah".

Saturday, March 20, 2010

Penyangak Cilik Harus Beretika

Dulu mak gua kasi duit poket sekolah RM1 sehari. Itulah duit untuk makan-minum dan tambang bas. Memang lah makan kat sekolah murah tapi duit gua tak pernah cukup sebab gua guna duit bukan untuk makan tapi beli rokok bukak kat gerai mamak talib the legend pada budak2 sekolah st john.

Pepagi kul 6.15 gua dah naik bas ampang depan umah gua. 6.45 pagi gua dah bertenggek kat mamak talib bawah sekolah. Selalunya gua lah yang first sampai. Si talib mamak tu akan jerit nama timangan gua "perocherrrr" dari jauh bila nampak kelibat gua terkedek2 menuju gerai dia.

Talib kata dia punya anak kat India sama dengan nama gua dan bila nampak gua, dia jadi sayu. Apa? Dia ingat gua geng makhal sakthi ke? Celaka punya talib. Tapi gua sayang dia. Hati dia baik. Bila gua kata gua tak cukup duit nak minum hanya cukup untuk sebatang dunhill pagi, sebatang dunhill petang sebelum balik, dia kenyit mata dan kasi gua setengah gelas teh tarik, free of chasss.

Zaman sekolah gua takdak yang special. Gua pun tak pernah serius belajar. Yang gua tau, gua nak lepak. Lepak kat rumah tak best. Tak boleh merokok, sembang bodoh dengan budak2 sekolah dan tak boleh usha awek convent bukit nanas tergedik2 turun naik sekolah.

Walaupun gua ni memang jenis degil, hisap rokok dan ponteng sekolah, gua ada etika. Gua tak melawan guru dan mak bapak. Kalau gua kantoi, gua terima hukuman dengan hati terbuka. Buat jahat ikhlas, kena hukuman pun kena terima dengan ikhlas.

Gua berterima kasih pada Tuhan kerana bagi gua IQ tinggi skit dari George Bush. Mak gua selalu nak marah gua tapi sebab result gua bagus, dia nak kata apa?

Sekarang bila gua nampak budak2 sekolah hisap rokok kat restoran sambil peluk2 awek, gua harap diorang ada etika macam gua dulu2.

Friday, March 19, 2010

Kupu Kupu Malam

Ada yg benci dirinya
Ada yg butuh dirinya
Ada yg berlutut mencintanya
Ada pula yg kejam menyiksa dirinya

Ini hidup wanita si kupu-kupu malam
Bekerja bertaruh seluruh jiwa raga
Bibir senyum kata halus merayu memanja
Kepada setiap mereka yg datang

Dosakah yg dia kerjakan
Sucikah mereka yg datang
Kadang dia tersenyum dalam tangis
Kadang dia menangis di dalam senyuman

Oh apa yg terjadi, terjadilah
Yg dia tahu tuhan penyayang umatnya
Oh apa yg terjadi, terjadilah
Yg dia tahu hanyalah menyambung nyawa

============================

Bila hati gua sedang gundah gulana kerana masalah-masalah duniawi ini, ada 2 lagu gua akan bukak internet dan layan berkaraoke. Satu ini yang liriknya diatas dan satu ini.

Wednesday, March 17, 2010

Kepala Membutuhkan

Ini bukan typo.

Kadang-kadang bila gua teringin sangat nakkan sesuatu benda, gua akan berusaha macam setan. Tidak akan gua berenti buat kerja tu sampai wife gua hati jadi panas aje usha gua dengan anak mata sebab tak layan dia.

Bila gua nak siapkan sesuatu benda yang memang hobi gua, gua akan terus menerus siapkan ibarat macam air jatuh di air terjun, terus menerus sampailah mata air kat belah atas air terjun tu jadi buta.

Kalau gua butuhkan sesuatu memang gua akan gila2 usahakan.

Kalau gua tengah malas, jangan ceritalah. Nak angkat tangan pun malas. Gosok gigi tak pakai ubat dan tenyeh gigi pakai lidah mulut tutup atau terbuka, tarak hal. Selalunya sambil tutup mulut sebab nak bukak mulut pun malas.

Sifat malas ni semakin menjadi jadi sebab teknologi jugak. Nak control TV pakai remote, nak kuatkan kipas pakai remote, nak bukak kereta pakai remote. Semuanya pakai remote.


Gua nak syorkan kerajaan supaya mengharamkan semua alat alat remote. Barulah generasi masa depan akan rajin skit.

Tuesday, March 16, 2010

Trip Pantai Timur

Minggu lepas gua gi trip ke pantai timur malaya. Selesai kerja jumaat, gua balik rumah tidor dulu. Tepat jam 3 pagi, alarm handphone lagu "cari jodoh" mengejutkan gua dan wife. Masa dok pack barang dalam bag gua buat muka tension sebab belum ada budget nak beli DSLR sambil jeling kat wife gua yang tengah sumbat baju dalam bag besar macam nak pergi bercuti sebulan.

Kul 4am pengembaraan bermula. Giler ngantuk. Sampai Petronas gombak nak masuk karak highway, gua beli air tin Nescafe Original. Tak hilang mengantuk pun. Perasaan ngantuk ni lebih ngantuk dari study malam nak exam penilaian darjah 5 dulu.


Gua sampai Kemubu, Kelantan jam 11pagi. Rumah member wife gua bebetol depan keris konkrit terpacak dalam tanah. Besar pahlawan melayu dulu2. Gua ingat excalibur pun tak gah macam ni.

Selesai hisap rokok lepas makan nasi dagang di rumah member wife gua, gua tido kejap. Kejap tak kejap, 2 jam jugak la. Celaka punya Nescafe, tak power langsung fight dengan nasi dagang.

Selesai tido petang, gua cargas ke homestay di rantau panjang. Malam tu gua gi Wakaf Che Yeh. Giler babi ramai orang. Kebanyakkannya datang dari tempat yang bukan di pantai timur. Gua ada terdengar sorang pakcik ni dok tawar menawar dengan tokeh kedai dalam bahasa loghat jawa. Parking awam penuh dengan bas pelancung dan mamat yang jaga parkingnya sehat2 dan bukan "mat pet".

Wakaf Che Yeh memang hebat. Lagi hebat dari uptown danau kota.


Keesokan paginya gua ke pasar rantau panjang. Nak usha jersi2 cetak rompak. Wife gua beli toto, kain batik dengan baju gambar "princess" untuk anak buah. "Oii awek, jalan cepat skit. Gua nak tangkap gambar ni!".

Selesai shopping kat rantau panjang, pi majlis kawin lepas tu gua terus shoot cari "lokan" atau ada orang panggil "lokam". Apa apa ajelah. Wife gua mengidam benda tu la pulak. Mujur dia tak ngidam makan tayar lori jenama Pirelli. Mana gua nak cari?

Dari Kelantan gua turun susur jalan pantai cari itu barang. Tempat yang selalu jual tarak jual, bukan musim kut. Wife gua dah muka monyok-monyok comel sambil kata, "takpelah, tak der rezeki kita". Kata-kata yang menghiris hati gua pakai ketip kuku dan menguatkan azam dan semangat untuk tetap mencari. Akhirnya gua jumpa satu gerai kecik kat Kuala Besut. Ceria wife gua turun kereta tak sempat gua masuk gear parking, dia dah keluar kereta.




Lu orang tau apa tu lokan? Tengok gambar kat bawah. Rupa dia macam kerang, tapi besar macam penumbuk Mike Tyson. Untuk mereka2 yang cacat penglihatan, baunya hanyir dan kulitnya tak menggerutu tapi licin ibarat pipi gua. Bini gua masak cili merah, sedap juga. Masak asam pedas? Gua tak pasti tapi lokan ni takda kat belah pantai barat. Laut belah sini tak cukup khasiat kut.


Selesai beli lokan, gua drive melayan perasaan macam driver bas express "Durian Burung" (Apa barang nama syarikat bas macam ni? Tak pakai konsultant langsung) sampai ke K.Terengganu. Stadium dalam gambar bawah ni baru lepas kena langgar dengan nyamuk seekor kepak sebelah gua rasa. Inilah akibat buat kerja tak mulakan dengan Bismillah.


Gua singgah Cherating makan tomyam. Jam dah pukul 10.30 malam. Gua congak2, 3 jam nak sampai KL kalau drive santai2 sambil dengar CD album Lady Gaga (baru tak mengantuk terbayang minah ni menyanyi berpakaian macam penduduk tetap planet pluto) dan badan gua dah amat letih. Kereta gua pulak bukannya laju macam bas Metro walaupun dalam hati gua ini kereta Audi R8. Gua malas beli nescafe tin lagi. Gua start kereta, baca Bismillah dan doa mulakan perjalanan pulang ke kota hutan batu, 69 kali menguap tak tutup mulut sambil mengeluarkan bunyi "HuuaaarrggghHHHhhhhhh".

Lidah, Mulut Dan Orang2 Korea

Lidah manusia bukan macam lidah anjing. Bila anjing menjelir2 lidah, ia sebahagian dari caranya untuk mengaktifkan badan dan seterusnya menguruskan anjing tu. Tu pasal pengusaha anjing untuk dimasak di Korea akan ikat mulut anjing supaya ia jadi gemuk.

Anjing masak apa gua tak tau tapi tu anjing memang orang Korea makan. Anjing yang pendek rupa macam chihuahua.

Kalau kita ikat mulut pompuan, diorang jadi kurus kerana mereka tak dapat nak bergossip, terus makan hati lalu kurus. Kalau ikat mulut jantan pula, ramai pompuan jadi "gemok" sebab mulut jantan ni banyak yang manis.

Nasihat gua pada orang malaya ialah jangan couple dengan org Korea. Bila french kiss dengan mereka, mungkin lu akan tertelan cebisan daging anjing yang terselit celah gigi mereka. Rupa paras cantik mereka pun banyak yang tak ori. Plastik surgery berlambak.

Saturday, March 13, 2010

Boo Aaa Yah

Kawe di koto baghu, ibunegeri kelate. Saing wife kawe nikoh esok. Hujey renya2 mulo dari guo musey sapa koto baghu. Lepah tuey guru nik azih semaye hajak kelmarin, hujey tok berenti. Sebelum tu, panah laaaa. Kelah tuey guru nih wey. Padey la BN fail di sini tohok buey daley sunga.

Orang2 pantai timur ni kebanyakkannya kuat berkelahi. Orang utara suka buat lawak jenaka. Orang selatan kuat eksyen. Orang wilayah tengah, perangai campur2 senonoh dan tak senonoh. Gua refer pada yang laki2 lah. Yang pompuan semua daerah dalam malaya ni ayu belaka.

Sebelum ke majlis esok, gua and wife akan singgah di rantau panjang membeli dan seterusnya membelah dompet gua. Dengar kabar "toto" kat situ murah sangat. Padahal "toto" dah belana (cakap kelantan bermaksud banyak tak ingat) kat rumah.

Di kelantan orang2nya cakap style jerman. Kalau lu tak biasa, lu boleh sesat. Masalahnya, diorang pun tak paham apa lu cakap. Tapi masalah kecil aje tu. Bukannya lu kena hukum bunuh sebab tak faham. Boleh bagi salam dalam loghat kelantan pun dah ok.

Gua suka orang kelantan kerana mereka suka meniaga. 95peratus kedai orang melayu. Gua lahir kat negeri yang ibukotanya 99.99 peratus orang asing yang operate dan kita orang melayu tak abih-abih dok Boo Aaa Yah (berbual sahaja, loghat orang kelantan).

Thursday, March 11, 2010

Aura Seorang Ibu

Sebelum tido gua sering tekap tapak tangan gua kat perut wife gua. Sekali baby dalam perot menendang, sekali gua "tap" jari gua. Dua kali baby tendang, dua kali gua "tap" balas. Ajar dia matematik dari kecik.

Baby dalam perut hanya mendengar tanpa dapat melihat persekitarannya. Dengar muzik yang gua alunkan, dengar azan berkumandang dari TV, dengar ngomelan ibu dia dan dengar ketukan jari jemari ayah dia.

Dunianya yang gelap namun gemersik dengan pelbagai bunyi-bunyian, sedap atau tidak, mungkin dia tak kesah.

Orang kata bila kita dah dewasa kita akan cam suara ibu kita walau dengan mata kita yang tertutup. Mungkin bila kita yang dewasa tutup mata, kita ke alam bayi semula.

Aura ibu memang power. Kalau berdoa untuk sesapa selalunya kita akan doakan sipolan berbinti kan mak dia. Tak kesahlah laki atau pompuan.

Laki ni takdak power. Ada pun untuk bebenda yg mudah atau "trivial" macam kuasa talak dan poligami. Tak best langsung. Wink.

Wednesday, March 10, 2010

Kerbau Yang Pendek

Member2 gua masa belajar kat tempat yang ada keretapi bernama Tube dulu perangai pelik2.

Sorang nama pepe. Bercakap sekali seminggu. Bila lu cakap dengan dia, dia balas dengan senyuman. Dia senyum 16jam sehari. Lagi 8jam dia tido.

Sorang nama mamat. Makan bola, cakap bola, tido bola. Main bola tak pandai sokong team bola ada logo ayam jersi putih.

Sorang nama kijai. Sekolah kelas ada 9 bulan, dia pi kelas 2 hari tak termasuk exam. Kerja dia baca buku fantasi. Stephen Donaldson, David Eddings, Robert Jordan.

Antara 3 ekor budak pelik ni, sorang tu pernah makan kerepek perisa kerbau pendek. Bila gua tegur, dia kata tu perisa aje bukan betol2. Jenuh gua bertekak dengan kutu tu.

Pagi tadi masa gua tengah drive pi ofis, gua makan pisang seketol. Abis pisang, gua terus capai sebatang rokok benson. Sedutan pertama tu gua rasa mulut gua macam ada rasa ayam goreng. Bukan betol2 ayam pun, cuma lidah gua rasa macam rokok benson tu berperisa ayam goreng.

Mungkin inilah maksud peminat kerepek perisa kerbau pendek tu suatu ketika dahulu. Mujur gua tak boh penendang kat dia.

Tuesday, March 09, 2010

Eventhough

Walaupun umum faham bahawa dibelakang tabir Academy Award di Hollywood yang berakhir semalam dikuasai sepenuhnya oleh yahudi, gua rasa ada mesej positif yang cuba disampaikan oleh kuasa besar dunia hiburan ini.

Walaupun anda berkulit gelap, rupa tak cantik dan seberat 200kg, kalau anda ada bakat anda boleh berjaya dan dapat pengiktirafan. Cumanya lu tak boleh jadi champion lah. Nak jadi champion di Hollywood, lu mesti keturunan israel atau berkulit putih atau lebih baik lagi kedua-duanya sekali.

Walaupun lu akan kata gua salah sebab ada minah nigger yang berlakon movie "precious" tu menang anugerah, harus diingat itu cuma anugerah pelakon pembantu.

Walaupun filem melayu ada yang berkos tinggi, kalau sistem bunyinya sebu dan mendatar serta "timing" suara pelakon tak sama dengan mulutnya yang kumat-kamit, gua akan tetap rasa macam kena tipu.

Walaupun yusof haslam tu dah kaya dan pakai pelakon yang cantik da bomb, gua tetap rasa citarasa beliau macam keropok lekor tak cukup ikan tepung lebih.

Walaupun gua dah berumur, gua rasa macam baru semalam gua akil baligh mimpi syok2.

Monday, March 08, 2010

Siapa Lu Thongchai?

Gua tak pernah menang walau apa pun cabutan bertuah. Cabutan tak bertuah pun gua sentiasa gagal. Selain dari berita gua akan dapat anak lelaki januari lepas, gua rasa tak bertuah langsung.

Kadang2 ada la gua gedik beli nombor ekor. Tu pun bila tak sengaja lalu depan kedai magnum 4D. Beli la seringgit nombor kereta. Haram tak pernah kena. Pikir2 balik, bagus gak tak kena.

Pernah gua saja try main mesin kuda. Nak merasa perasaan jadi taik judi. Memang rasa macam taik pun. Hidup jadi sempit, duit tak pernah cukup. Sebulan gua layan mesin tu. Gua give-up "cold turkey" (maksud cold turkey ialah meninggalkan satu2 perkara tu dengan tiba2 tanpa pandang belakang).


Tadi petang gua rasa macam pecah dara. Gua rasa bertuah gile babi. Seorang pemain golf lagenda dari negara jiran sebelah utara malaya telah memecahkan malang gua. Namanya Thongchai Jaidee.

Selesai menghabiskan 18 lubang di akhir kejohanan golf terbuka malaysia petang tadi, Thongchai telah melemparkan sebiji bola golf dari dalam begnya pada penonton yang bersepah tepi lubang 18. Gua yang sedang bersila kat situ usha bola tu terbang arah kanan gua menuju arah chikaro and the geng sebelah gua. Dalam sedepa jugak la. Gua tak berganjak pun, cuma angkat tangan ke kanan dan buka tapak tangan.

Bola Thongchai tepat masuk genggaman tangan gua. Chikaro sebelah buat muka kesian suruh gua kasi bola tu kat dia. "Sorry", detus gua dalam hati. Ini bola sangat special. Ini bola pecah rekod malang gua. Dalam 5000 penonton, gua yang dapat tangkap.



Sekarang bola tu ada dalam kabinet kaca kat umah. Terima kasih Thongchai. Lu hero gua.

Saturday, March 06, 2010

Yang Mencolek Hati - 18SX

Seorang kutu telah menanyakan satu soalan kepada seorang uztad didalam sebuah majlis ugama.

"Uztad, apa hukumnya seorang laki2 menjilat kemaluan seorang wanita?" Soalan kutu tadi. Tercengang orang2 lain yg hadir dalam ceramah tu dan kedengaran rengusan jemaah wanita yang juga hadir tapi berada di sebalik tabir kain. Kutu tadi muka maintain dan buat2 air muka bijak.

Uztad tadi merenung muka kutu itu seraya menjawab dengan nada yang bersahaja ala-ala tuan guru, "persoalan menjilat alat kemaluan wanita ni memang tiada tertulis dalam kitab.". Uztad tu berhenti seketika sambil mencapai air suam di tepinya lalu membaca bismillah seterusnya meneguk.

"Alhamdullilah.. Sedap air mineral ni", sambung uztad.

Uztad itu meneruskan jawapannya, "saya ulang yer, persoalan menjilat kemaluan wanita ni memang tiada dalam mana mana kitab. Tapi, setahu saya mulut memang rasa kelat skit".

Friday, March 05, 2010

Shiseido

Lu orang yang berjenis perempuan tahu tak bahawa kalau lu orang pakai kosmetik dengan tak pakai kosmetik, muka lu orang sama sahaja.

Gua selalu usha wife gua dok pakai foundation, sapu bedak, pakai blusher, pakai lipstick, tenyeh maskara dll. Lepas dah abis make up semua tu, gua tengok muka dia sama aje. Tak banyak beza pun.

Selalu juga gua pesan kat dia, takyah over over sangat. Pakai lipstick saja dah lah. Dia tak puas hati marah marah gua. Gua buat derk sambil senyum manis kat wife gua.

Manusia yang paling sesuai pakai kosmetik ialah clown, macam icon gua. Takde kosmetik, tak clown lah.

Thursday, March 04, 2010

Standby Nescafe

Luorang semua standby nescafe sebab gua nak bicara serius. Serius ibarat seekor burung helang yang terbang tinggi tapi fokus tajam pada mangsanya, seekor arnab tepi padang ragut luas yang melompat-lompat comel tanpa menyedari tak lama lagi dia akan jadi dinner helang. Gua helang tu, bukan arnab.

Lu harus hati hati dengan aksi aksi cute mr.bean dalam tv. Gua ada dengar cerita budak2 kecik sumbat benda2 pelik dalam lubang hidung dan telinga2 lepas layan program ni.

Juga, jangan terpedaya dengan movie cinta yang berakhir dengan riang ria air mata berlinangan tanda gembira kerana itu cuma cerita. Cerita yang memang mahu mengeksploitasikan kelemahan manusia yang secara semulajadi inginkan kebahagiaan, kekayaan, Diana Danielle (bagi yg laki), Norman Hakim (bagi pompuan dan pondan) serta kuasa.

Rambo dan pasukan bijak bestari dalam CSI tak pernah ada dalam realiti. Penyanyi AF suara biasa-biasa sahaja sebenarnya. Peserta Sehati Berdansa semua tak pandai menari dan finalis thebiggestloserasia memang semua dah kurus giler, dow (ada setengah blogger taip "dowh" atau "doh". Ringkasan perkataan bodoh untuk pemahaman mereka2 yang IQ < 5 macam gua).

Akhir sekali walau apa jadi, keluar darah dari dahi sekalipun, percayalah yang wrestling WWE atau gusti yang sewaktu dengannya adalah pembohongan semata-mata.

Gua masih seyes, serius. OK, sekarang minum nescafe lu tu. Baca Bismillah.

Wednesday, March 03, 2010

Giler

Bila gua usha orang orang kurang siuman berlegar-legar di kota metropolitan hutan batu Kuala Lumpur, gua kasihan.

Gua kasihan kerana rupa-paras tak terurus mereka dan gua juga tak dapat nak bayangkan apa yang orang orang giler ni tengah pikirkan. Persoalan seperti kenapa mereka boleh jadi giler dan giler jenis apa diorang tu saling sahut menyahut dalam kepala otak gua.

Ada sorang berpangkat Datuk selalu mundar-mandir dalam Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS) atau lebih dikenali sebagai Kampung SAS. Datuk berpakaian batik dan kemas tapi kurang siuman. Memang dia datuk dan dia ada rumah banglo sebijik dalam perkarangan KGSAAS. Taip kali nampak kotak rokok Marlboro atas meja, dia akan datang dan kata, "ni rokok kegemaran saya. Boleh saya amik sebatang?". Kemudian dia akan bukak cerita pasal P.Ramlee dan Saloma dan kalau mood dia baik, dia terus menyanyi lagu P.ramlee. Masa dia normal dulu dia peminat tegar lah agaknya. Dari cerita orang kerja dalam KGSAAS, datuk ni dulu normal tapi jadi macam ni lepas kena tipu dalam meniaga.

Kena tipu sampai jadik giler. Tak dapat gua bayangkan.

Gua pernah jugak kena tipu. Selalunya kena tipu kena kasi duit raya lebih dengan anak-anak buah gua. Ada juga gua kena tipu dengan rakan rakan, tak bayar hutang. Tapi setakat hutang bernilai rokok sekotak dua.

Ada gua dengar cerita orang jadik mental sebab putus cinta. Putus cinta pun leh jadi giler?

Ada orang buat-buat giler kat KL ni. Konon2nya diorang ni polis risikan yang berlakon giler. Nak tau diorang ni senang, tengok kuku tangan bersih. Kata orang lah. Yang gua tau, orang buat buat giler tapi tak giler ni artis.

Jenis giler ni pun banyak. Ada jenis giler yang syahdu muka monyok. Ada yang riang gembira tak pakai baju. Ada yang pendiam tapi hati nak potong kepala orang. Yang last tu ngeri.

Gua berharap sangat agar anak beranak gua tak der yang kena penyakit mental. Gua kasihan. Orang giler yang gua tak kasihan dan berdoa agar sakit tenat sebelum terus kojol ialah mat rempit. Diorang ni giler berotak udang serta jahat.

Monday, March 01, 2010

1Malaysia Asli Dan Real

Satu-satunya tempat yang bebetol 1Malaysia ni hanya kat tempat mainan kanak2.

Melayu, cina, india, melcin, cindia, meldia. Umur semua 9 tahun kebawah seronok kongsi-kongsi alat permainan. Bila dah tua skit, dah tak pandai berkongsi. Mungkin bukan tak nak kongsi, tapi tak reti.

Melayu jantan ada kawin cina pompuan. Cina jantan ada kawin melayu pompuan. Melayu pompuan ada kawin india jantan. India jantan ada kawin cina pompuan. India pompuan aje tak pernah gua nampak kawin dengan melayu atau cina jantan. Gua hairan.

Wife gua kata sebab india pompuan ni seks kuat lain macam.

Santai Sambil Alkaline Jazz

Radiostar nama lama. Rosin nama baru.

Ro = huruf jawi "ro" sempena Radio. Sin = huruf jawi "sin" sempena Star.


Rosin diketuai oleh Pot Innuendo diiringi oleh pacai (main bass, malam tu dia pakai double bass. Gerek betol) dan beberapa ahli yg tak tetap dan gua tak berapa nak kenal tapi terer gak lah.

Gua suka irama muzik Pot dan dia sekarang dah berjiwa syahdu. Mungkin dari dulu lagi dah syahdu.

Diorang main irama alkaline jazz kerana mereka hanya jamming jazz di tempat yang tak jual alkohol dan pendengar mereka hanya berdarah alkali sahaja.

Bersama dengan wife gua dan 2-3 rakan sekolah gua dahulu, gua layan Rosin di Bangi Kopitiam Wangsa Maju sabtu malam ahad lepas. Mereka akan senantiasa jamming di sana sekali dalam 2 minggu dari jam 11pm ke atas.

Mereka juga ada jual CD hasil mereka secara pukal di situ. Dah beli, jangan cetak rompak. Rosin ni band orang baik-baik jadi jangan buat perangai macam setan.

Mereka ada di youtube, tapi kalau nak dengar snippets, layan video clip kat bawah tapi abaikan kaki gua bila sampai tang last.

U la la!
video