Friday, July 30, 2010

You're A Bee But You Drink Milk And Not Honey.


You're a bee,
But you drink milk and not honey,
You can fly,
With your wings as huge as the sky,

Make me cry a little,
Smile a little,
Shred my heart to pieces a little,
Sting a little,
Bite a little,
Fight a little and quarrel a little,
But you'll always be,
A little baby to me.

You're a bee,
But you drink milk and not honey,
Changed my world,
Turned my nights into light.

And you swirl a little,
Twirl a little,
Curl a little like chocolate in the middle,
Sing a little,
Jump a little,
Flip and flap your wings fiddle-diddle,
But you'll always be,
A little baby to me.

As you grow,
Just be good to mommy and daddy,
And you save a little,
Love a little,
Have your own little princess in the middle,
Kiss a little,
Care a little,
Stop the fight left right and the middle,
But you'll always be,
A little baby to me.

Now fly.

Tuesday, July 27, 2010

Rezeki

Tuah ayam pada tajinya. Tuah batu tenggelam dan tuah sabut timbul. Kata pembukaan yang penuh azimat. Kan?

Malam sabtu yang baru sudah, gua lepak gerai 88 dekat rumah mak gua di Ampang. Jumpa sahabat2 lama. Yang despatch dah berhenti kerja. Sekarang meniaga nasi lemak. Yang dulu pakai wira dah ada stream sebijik, airtrek sebijik dan dah pandai "spa hopping". Macam2 cerita.

Timbul mat rock dari celah kegelapan malam.

"Hah, rock. Mana lu sekarang?" Tanya gua.

"Aku ikut Pena production. Jadi prop manager", balas mat rock.

Mat rock ni pasta cook gua masa gua meniaga italian food kat stall dalam Suzi's Corner, Ampang. Rupa dia memang rock tapi hati soft. Ibarat sabun. Tiup jadi buih, hembus terus terbang macam belon.

"Seronok la lu, hari2 tengok tetek Ziela Jalil yer?" Tanya eddie. Eddie ni india, tapi macam melayu hitam. Kalau pakai kain pelikat dengan baju melayu, sah orang bagi salam kat dia. Berbahasa melayu pun pandai. Lagi pandai dari Farith Ismet baca berita tu.

"Eh, memang syok. Tapi kalau nak kirakan, tetek Ziela tu lah punca rezeki dia. Kalau tidak, ntah kemana kondo dan bungalow mewah dia nak cari? Nak harap berlakon? Haram tak pandai". Jawap mat rock selamba.

Gua tersenyum mendengar jawapan mat rock. Tepat, ringkas, padat dan padu. Menjawap semua persoalan gua pada malam itu.

Tuah ayam pada tajinya. Tuah manusia siapa yang tahu yer? Ziela Jalil tahu tuah dia kat mana. Syabas!

Wednesday, July 21, 2010

Apa Beza A+ dan A-?

Makan sama-sama, belajar sama-sama pakai buku yang sama tapi bila keputusan peperiksaan keluar, lu dapat A- dan member lu dapat A+. Apamacam?

Sebenarnya lah kan, ini semua terletak kepada cara lu membentangkan jawapan lu.

Soalan: Itik dan ayam, mana lagi cantik?

Jawapan A-: Saya rasa kedua-duanya cantik. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Paruh mancung ayam sesuai untuk mengali cacing tanah manakala paruh leper itik sesuai di air.

Jawapan A+: Cantik itik di mata, cantik ayam di hati. Secantik cantik ayam dan itik, cantik lagi tuan/puan pemeriksa.

Yaaa... kita semua perlu bodek untuk dapat A+!



P/S: Firdaus TokKor, lu tak yah bodek gua. Gua tendang pungkorg lu!

Saturday, July 17, 2010

St. Andrews

St. Andrews bukan jenama seluar dalam.

Ia ialah tempat asal golf. Disinilah manusia mula pukul bola kecik pakai kayu. Sapalah yang paling mula memukul tu pasti orang kampung kata dia gila tanpa mengetahui yang pukulan2 itu akan menjadikan kampung kutu gila tu jadi masyhur.

Adik pompuan gua belajar kat St. Andrews dalam jurusan potong badan manusia. Dulu la. Sekarang dah beratus orang dia potong kasi repair kat Sabah.

Mak gua ada melawat adik gua di St. Andrews suatu ketika dahulu. Satu hari, adik gua cakap, "mak, bersiaplah. Hari ni kita gi jalan2."

"Nak kemana? Bandor ni kecik bebenor. Rasanya abis doh semua ceruk kamu bawok mok." Kata mak gua slang orang Kuala Kangsar, Perak.

"Ikut aje ler." Adik gua cakap style melayu K.L, Kuala Lumpur.

Setengah jam berlalu. Mak gua termengah-mengah duduk atas rumput.

"Buat apa kamu bawok mok jalan ke padang ni Aniza?" Mak gua bingit.

"Ni lah St. Andrews Golf Course mak." Ujar adik gua.

"Moh kita balik sekarang!" Kata mak gua tegas.

---------------------------

Ada orang teringin sangat nak ke St.Andrews Golf Course. Mak gua tak kesah pun St.Andrews ke mak andrews. Buat penat badan aje katanya.

Wednesday, July 14, 2010

Baby Clothing

Satu perkara tentang menjadi ibu-bapa ini ialah kita selalu mementingkan anak-anak. Kalau tidak, kita ni ibarat syaitan. Kucing pun jaga anak dia brader.

Bila pi jalan2, gua tak boleh lalu kedai baju budak. Mesti gua stop dan usha barangnya. Paling2 tidak pun, gua mesti beli satu barang.

Tu hari gua lepak pavillion, gua terserempak dengan quiksilver kids. Dalam poket ada RM210. Terjebak gua beli barang RM200. Mujur ada balance untuk bayar parking lagi. Fish!

Kedai baju budak memang musuh utama gua dikala ini.

Sunday, July 04, 2010

Lihat Pakai Mata, Fikir Pakai Akal.

Kita sering tertanya-tanya, siapakah yang sebenarnya boleh mempengaruhi keadaan semasa ekonomi dunia. Apabila tiba-tiba harga minyak naik mendadak dan turun sebagaimana ia naik, kita jadi hairan. Kalau lu tak hairan maka lu memang jenis happy-go-lucky-number-slevin.

Bila tiba-tiba matawang sesebuah negara merudum, adakah ini akibat supply-demand pasaran bebas ekonomi atau adakah ia sebaliknya ditentukan oleh seseorang atau sekumpulan orang? Tun M panggil diorang ni penyangak matawang. Gua panggil Mr.X.

Apakah persamaan diantara harga minyak dan matawang? Ianya ialah sesuatu yang penting. Yang boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah negara, seorang pemerintah dan juga sesuatu perniagaan.

Bila kita kaji secara sekilas pandang, jelas ia dikuasai oleh yahudi. Sejenis kaum yang bijak tapi keji.

Tidak keterlaluan jika gua rumuskan bahawa yahudi menguasai kesemua bidang yang boleh buat duit. Arak, tobacco, pasaran saham, matawang, minyak dan sukan. Ya, juga sukan. Mungkin bukan sebagai pemain tetapi sebagai big boss, sivaji.

Lihat sahaja francais sukan di Amerika seperti NFL, NHL, NBA dan USPGA. Semuanya dimonopoli oleh mereka. Dari towkey francais hinggalah komissionernya, kalau nama bukan rubenstein atau gretski, tak yahudilah.

Sukan nombor satu dunia sekarang ialah bolasepak dan piala dunia sedang rancak di penghujungnya. Ada duit ke bolasepak ni? Ada, dan sangat banyak. Paling banyak duit ialah perjudian bolasepak. Lu rasa sapa yang kuasai judi bola ni? Ah long bukit bintang? Taiko gangster hong kong? Awie Wings?

Persoalan yang gua ingin nyatakan disini ialah adakah bolasepak yang merupakan satu permainan yang cantik dan tersohor juga kena wayang oleh yahudi? Ya (sambil gua belai kucing pakcik sebelah rumah gua dengan penuh kasih sayang. Not).

Siapakah syarikat pengeluar barang sukan terbaik dunia? Sudah tentulah Nike. Syarikat yang dikuasai sepenuhnya oleh yahudi. Kalau adalah soalan bocor tentang siapa yang yahudi akan menangkan di piala dunia, lu rasa Nike dapat tak? Sudah tentulah diorang dapat, ngok.

Kalau lu dah tahu siapa akan menang piala dunia, sebagai syarikat sukan gergasi tentu lu mau produk lu selaras dengan informasi ini lalu lu buatlah sepasang kasut bola yang bertemakan pemenangnya. Sila pergi tengok warna kasut bola nike yang pemain bola piala dunia dok pakai sekarang.

Kalau lu towkeh syarikat judi dan lu dapat soalan bocor yang sama pula bagaimana? Bagaimana lu nak kasi untung kau-kau punya?

Kalau gua la, gua akan kasi semua orang yakin dan pasti yang team kelabu akan menang. Maklumlah, team kelabu mercedes-benz kalahkan pasukan bagus2 seperti England dan Argentina. Team kelabu mercedes-benz juga akan kalahkan Sepanyol pada hari rabu depan. Ini akan meyakinkan semua orang bahawa mereka akan menang lalu memperjudikan semua harta dan jiwa raga mereka.

Lu tau apa akan jadi? Final nanti team orange yang menang. Kasut bola nike warna kelabu oren laris dipasaran dan towkeh judi menang besar giler babi.

Gua bukan Paul The Octopus, sotong kurita yang pandai meramalkan keputusan perlawanan di piala dunia. Gua cuma seorang manusia yang tak percaya dengan apa yang sedang diwayangkan oleh dunia. Lihat dengan mata tapi fikir dengan akal. Bercinta jangan dengan kaki, fetish namanya.