Wednesday, December 26, 2012

Boleh Bikin Orang Jadi Gila E-Seng

Celaka betol lah lensa Olympus 45mm F1.8 (gambar bawah) untuk kamera 'micro 4/3'. Geram aje saya menengok gambar 'portrait' dan 'street photography' yang menggunakan lensa yang murah ini. Semuanya cantik, indah, berseri dan berbunga ramona. Tengoklah hasilnya di flickr (sini).


Sebenarnya saya pun hairan dengan gambar yang diambil di negara bermusim sejuk. Gambar yang menggunakan 'camera body and lens' yang sama akan menghasilkan gambar yang jauh lebih kemas, bercahaya dan 'sharp' berbanding dengan gambar yang diambil di Klang Valley. Apa pasal lah agaknya eh? Humidity? Temperature? Frekuensi cahaya yang berbeza? Belacan?

Ahh.. geram, geram, geram betol!

Wednesday, December 12, 2012

The Line

I love Rolex watches. Whenever I have the chance to grab one, I will do so as swift as the wind and as firm as mount Everest.

One day back in 2005, my cousin and me went to Planet Hollywood in KL Plaza. We had dinner and lent our ears to a local band that I cannot remember who. As the night go by, we bid farewell to the club and went our way back home.
The next day, my cousin came over and showed me a watch (pic above) he found on our seat while we where in Planet Hollywood. I had a look at it and it felt real. It is real. So, I hand it over to him and said, "This is a real Rolex".

I could have told him it was not the original thing and he would have trusted me. To make the drama more enticing, I could have thrown it into the garbage bin and wait for him to disappear before scouring through the bin and kept the original Datejust 36mm Steel Domed Bezel only for me.

But I did not. There is a line that I dare not cross. That is just not me.

Tuesday, December 04, 2012

Komentari Radio

Apa yang kamu suka dan anggap penting mungkin tidak dapat dikongsi bersama dengan saya walaupun rambut kita sama hitam.

Ada benda yang saya tidak nafikan, tidak masuk akal untuk saya terima sebagai penting. Makan kuaci contohnya. Bagi saya kuaci tergolong didalam produk yang membazir, sama seperti kerepek kentang dan kacang. Ia tidak mengenyangkan langsung. Tapi kuaci adalah jauh lebih tidak munasabah jika dibandingkan dengan kerepek kentang dan kacang kerana sekurang-kurangnya kacang dan kerepek kentang sedap dibilas dengan Coca-Cola. Kuaci? Nak bilas dengan apa? Air liur?


Sabtu lepas saya tidak sempat untuk melihat 30 minit pertama perlawanan bolasepak diantara Malaysia dengan Indonesia dikaca televisyen. Waktu itu saya didalam perjalanan pulang dari rumah mak saya di Ampang. Maka terpaksalah saya mendengar perlawanan itu melalui corong radio didalam kereta.

Kenangan mendengar komentari perlawanan bolasepak menerusi radio terus menyelubungi jiwa. Tenang, saya mengimbas kembali pengalaman di asrama, separuh akhir Piala Malaysia tahun 1988 diantara Kuala Lumpur menentang Selangor. Ahh, seperti baru semalam ia berlaku. Pengacaraan radio yang bagus memberikan gambaran yang jelas dan menjadikan setiap pergerakan diatas padang bola seakan-akan bermain dihadapan mata. Sambil berbaring mendengarkannya, lambungan bola ke kiri dan kanan bahagian sayap serangan, meniti dibibir pemikiran, memukau mata hati. Sebelum bola menerjah kejaring, jari jemari sudah pun saya genggam erat dan jeritan "gol!" oleh pengacara akan saya sambut dengan laungan yang sama. Mungkin lebih kuat lagi.

Lama juga saya tidak mendengar komentari bolasepak dalam radio. Hmm, lama benar. Tatkala saya mencari siaran di radio, kenangan dan memori tadi tidak dapat saya bendung lagi. Saya tekan, saya tekan dan saya tekan lagi mencari siaran.

Tup, tup. Kedengaran suara komentari bolasepak berbahasa inggeris. Jelas sungguh bunyinya. Seperti mereka berada disebelah saya sahaja. Olahan bahasa dan penguasaan terminologi bolasepak yang digunakan amatlah bermutu. Lunak dan gemersik alunan pengacaraan beliau dan lamunan saya berterusan.

Teguran isteri mengatakan bahawa yang sedang kami dengari ialah komentari perlawanan EPL antara West Ham dan Chelsea menyentakkan. Saya teruskan mencari. Saya tekan butang radio lagi, tekan lagi, tekan lagi sampai jumpa. Sungguh tidak sabar rasa hati untuk mengecapi kenangan mendengar komentari bolasepak di radio seperti dizaman sekolah dahulu.

Akhirnya, jumpa juga.

Alangkah kecewanya saya dengan mutu siaran dan komentari bolasepak tempatan terkini yang gagal menceritakan aksi di atas padang dengan baik. Apa, dia ingat kita nampak apa yang dia nampak? Bunyi rakaman yang sebu pula amat menghairankan. Kenapa kualiti audio dari London yang bersiaran dari jarak hampir 10,000 batu lebih jelas dari siaran yang hanya 50 batu dari kita? Kenapa?

Penggunaan dan olahan bahasa bolasepak juga amat memalukan. Tolonglah fahami bahawa komentar di televisyen adalah langsung tidak sama dengan komentar di radio. Di televisyen, pendengar nampak apa yang pengacara ingin sampaikan tetapi di radio, pendengar nampak lampu brek kereta dihadapan.

Bila tiba-tiba kau cakap "Ooooo.. cubaan penyerang Indonesia tersasar..." selepas kau baru selesai kata "Bola hantaran Aidil kandas disitu...", adalah sangat memeningkan kepala otak pendengar radio.

Faham?