Tuesday, November 30, 2010

Datuk

Tadi gua buat presentation pada sorang datuk. Dia seorang datuk yang bagus dan gua yakin dia tak beli gelaran itu sebab rumah dia bukan rumah banglo.

Sewaktu bual-bual kosong selepas presentation, dia bilang yang di organisasi dimana dia bekerja, dia anggap semua staff dia macam anak tapi tak lah sampai dia boleh lempang macam dia lempang anak sendiri sambil buat aksi flying-kick. Gua istighfar sambil sedekahkan surah Fatihah pada semua staff yang bekerja dengan datuk ni.

Gua taktau lah kalau gua boleh lempang anak sendiri tapi kalau kutu yg ada pangkat datuk pun lempang anak sendiri, takkan gua tak boleh?


Tak boleh kut.

Saturday, November 27, 2010

Longkai

Gua cukup marah bila gua tengah bawa kereta laju, ada kereta lain potong gua dan pemandunya ialah seorang perempuan. Lu pikirlah sendiri.

"Callman" atau nama timangan mereka "longkai" ialah sejenis manusia yang kerja mereka sentiasa memaksa mereka duduk dalam kereta sambil pegang walkie-talkie. Kadang-kadang mereka akan lepak di tepi station minyak atau lepak stall burger depan 7-eleven.

Yang gua paling tak puas hati dengan "longkai" ini ialah mereka akan sentiasa first sampai ke tempat kereta eksiden. Kalau lah "longkai" ini boleh train pihak polis kita untuk jadi lebih efficient macam mereka.

Thursday, November 25, 2010

Sekaicho

Masa gua kecil, arwah abah gua pernah bawak kitorang sekeluarga ke Singapura. Sambil melawat sambil beli-belah secara kecil-kecilan. Arwah abah gua bukan jutawan tapi hati dia baik. Dia belikan gua sepasang kasut jenama "Sekaicho". SD20 waktu tu rasanya. Gua suka giler sebab gua rasa kasut tu sangat cantik. Malangnya, sehari lepas beli kasut tu hilang. Tercicir ntah mana di Singapura.

Gua rasa anak2 sekarang tak nak pakai dah kasut jenama brengsek. Atau mungkinkah mak/bapak budak tu yang tak nak belikan?

Monday, November 22, 2010

3-4 Darjah Celcius

Orang malaya ni memang pantang jumpa kolam air, mesti mau terjun mandi. Gua rasa sebab cuaca kita lah.

Kat eropah, berapa banyak kolam air kat town tapi jarang gua nampak orang awam pakai seluar bola t-shirt logo parti politik terjun dalam tu. Setakat berpiknik keliling kolam tu, standardlah.

Kalau suhu kat KL ni 3-4 darjah celcius waktu siang, jangan harap lah kolam kat KLCC tu penuh manusia hujung minggu. Couple pun kurang kat taman tu waktu malam kut.

Friday, November 19, 2010

Lets Kill Mr.Ciggy

Tu hari gua pi London jalan2. Tapi tak semua orang tahu bahawa jalan2 gua tu ada agenda yang tersirat.

Gua cadang, dihari terakhir gua di kota ini, gua akan hisap rokok terakhir gua didepan kedai Benson&Hedges di Old Bond Street, London (seperti yang tertera di kotak rokok benson). Haram jadah, 2 kali gua mundar mandir jalan tu tak jumpa kedai Benson. Tiba2 gua nampak kedai Dunhill. Kedai Rothman of Pall Mall pun gua jumpa, tapi nak quit smoking depan kedai rokok Pall Mall macam tak best aje.

Anyway, gua pun hisap lah rokok gua yang terakhir (rokok Marlboro, sebab member gua yang beli rokok. Gua dah tak beli lagi dah) di depan kedai Dunhill of London dan gua abadikan dalam sekeping gambar.

Sila lihat gambar dibawah. Dah nak masuk 4 hari gua tak hisap rokok. Its going to be tough, but what the hell.



Appendix: Rupa-rupanya alamat dimana B&H diregisterkan iaitu 13, Old Bond Street dah jadi kedai "Mont Blanc". Gua ada lalu kat depan kedai pen tu. Cilake betoi.

Monday, November 15, 2010

Londres

Sejuk kota Londres luorang jangan buat main2. Cuba lu try tidor dalam peti ais.

Ini malam last gua lepak Londres dan gua sedang baring dalam 2 hélai selimut setebal 3 inci. Terima kasih gua pada "wonder" sahabat gua yang dah 17 tahun kerja sini kerana sanggup kasi gua crash rumah dia. Lu terbaik.

Salute gua juga pada dekja kerana kasi pinjam tripod camera Manfrotto untuk nightshots gua. Gambar yang gua sempat upload boleh di usha at http://www.flickr.com/photos/vankordi

Kalau budi dibalas budi, gadaikan bumi sekali pun gua tak boleh nak bayar.