Friday, November 19, 2010

Lets Kill Mr.Ciggy

Tu hari gua pi London jalan2. Tapi tak semua orang tahu bahawa jalan2 gua tu ada agenda yang tersirat.

Gua cadang, dihari terakhir gua di kota ini, gua akan hisap rokok terakhir gua didepan kedai Benson&Hedges di Old Bond Street, London (seperti yang tertera di kotak rokok benson). Haram jadah, 2 kali gua mundar mandir jalan tu tak jumpa kedai Benson. Tiba2 gua nampak kedai Dunhill. Kedai Rothman of Pall Mall pun gua jumpa, tapi nak quit smoking depan kedai rokok Pall Mall macam tak best aje.

Anyway, gua pun hisap lah rokok gua yang terakhir (rokok Marlboro, sebab member gua yang beli rokok. Gua dah tak beli lagi dah) di depan kedai Dunhill of London dan gua abadikan dalam sekeping gambar.

Sila lihat gambar dibawah. Dah nak masuk 4 hari gua tak hisap rokok. Its going to be tough, but what the hell.



Appendix: Rupa-rupanya alamat dimana B&H diregisterkan iaitu 13, Old Bond Street dah jadi kedai "Mont Blanc". Gua ada lalu kat depan kedai pen tu. Cilake betoi.

No comments:

Post a Comment