Friday, November 04, 2011

'In Poetic Motion'

Abang saya sewaktu bujangnya ialah seorang yang suka melanggan majalah. Bukan majalah Gila-Gila atau URTV tetapi majalah berbahasa inggeris bertema dan memerlukan sedikit intelek untuk dihayati seperti Reader's Digest dan National Geographic.


Gambar 'cover' majalah National Geographic sentiasa menimbulkan persoalan dan ghairah yang membuatkan saya ingin terus membaca isi kandungannya. Saya juga tidak pernah jemu melayan gambar-gambar yang terkandung didalam majalah ini.

Setiap kali diawal bulan, saya akan sering mengintai-ngintai kotak pos diluar rumah hinggalah majalah ini tiba.



Lihatlah foto didalam salah satu edisi majalah National Geographic yang amat 'super cool' ini.

Di Astro kini ada saluran NatGeoHD yang menayangkan dokumentari-dokumentari menarik. Ia membuatkan saya tambah teruja. Terasa seperti melihat 'cover' majalah National Geographic tetapi semuanya 'in poetic motion' ibarat nota-nota yang menari dan berdansa diatas bar notasi muzik.

Super-duper cool.

3 comments:

  1. rumah dah potong astro. hahaha. sebab selalu sangat kena pindah umah, dan tak der masa pun nak tengok tv.

    eh, naper en tak pasang iklan nuffnang?

    ReplyDelete
  2. rupanya lepasan Photografi UITM pun power2 jugak, saya jumpa diorang semasa di orang asli, rupanya banyak karya diorang yang masuk nat geo megazine Asia. syabas rak yat malaysia.

    ReplyDelete
  3. Malaysia boleh! Nuffnang? Aku rasa tak perlu kut.

    ReplyDelete