Thursday, June 14, 2012

Banglo Usang di Lubang 8


Jika seseorang itu ada banyak harta dan wang bersama dengan naluri sebagai seorang manusia biasa, apakah yang akan mereka lakukan dengan wang dan harta yang banyak itu?




Ramai diantara mereka akan membeli kereta mewah, rumah mewah, pakaian mewah, tas tangan mewah dan segalanya mewah. Mungkin tujuan mereka hanyalah untuk merasai kenikmatan menggunakan barangan mewah kerana kebanyakkan barang mewah ini mempunyai kualiti yang sangat baik.

Mungkin juga ada yang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, riak dan sombong.

Setiap tahun, satu pertandingan golf antarabangsa akan dianjurkan di kelab golf 'The Mines'. Sekiranya berkesempatan, saya akan pergi menyaksikannya dan setiap kali saya kesana, saya akan sentiasa teringatkan  peristiwa pertama kali saya lalu ditepi rumah banglo yang terletak diantara lubang 8 dan 'tee-box' nombor 9 kelab golf itu.

Mengikut kepercayaan orang cina (harus kita ingat, 'The Mines' ialah milik Tan Sri Lee Kim Yew, seorang cina) nombor lapan mempunyai sifat 'untung' atau 'nasib baik' yang sangat bernilai. Jadi pada pendapat saya, rumah banglo ditepi lubang nombor 8 haruslah gah, kelihatan amat mewah dan dimiliki oleh seorang billionaire. Pendapat saya itu adalah sangat berpatutan kerana banglo didalam kelab golf ini semuanya hebat-hebat malah banglo di tepi lubang no 7 sahaja sudah seperti istana yang saya pasti memerlukan 'elevator' untuk ketingkat paling atas.

Saya jadi amat hairan apabila mendapati rumah banglo di tepi lubang nombor 8, diatas tapak tanah yang paling bernilai, didalam kelab golf yang paling mahal di Malaysia ini hanyalah sebuah banglo dua tingkat yang sangat normal.

Banglo lama yang dilamannya berpohon rendang dan dianjungnya tersadai sebuah kerusi rotan mungkin tempat untuk membaca, persis rumah yang kita biasa lihat di Petaling Jaya atau didalam cerita P.Ramlee. Parkir ditepi banglo itu pula hanya ada beberapa buah kereta biasa dan kalau tidak silap saya kebanyakkannya kereta buatan tempatan yang berharga kurang dari RM50,000 dan ada yang kelihatan usang. Dengan kain baju yang tersidai diampai luar rumah banglo itu, saya amat pasti banglo itu milik seorang melayu.

Otak saya jadi tidak keruan. Sesuatu yang tidak logik sedang bermain dihadapan mata saya. Ianya ibarat berada didalam sebuah 'showroom' kereta mewah tetapi tiba-tiba 'centre piece' ialah hanya sebuah kereta Proton Megavalve milik seorang yang tidak pedulikan kemewahan.

Saya amat yakin pemilik banglo itu ialah seorang yang luarbiasa dan firasat saya jelas terbukti benar apabila saya mendapat jawapannya dari seorang pekerja di kelab golf yang sama. Air mata saya hampir menitis apabila mendengar nama pemilik rumah itu. Bukan kerana sedih tetapi teruja.

Kau memang sangat-sangat istimewa.

11 comments:

  1. Benda-benda macam ni kena saksikan sendiri, baru tangkap emosi. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Sapa? Ex-politician yang dulunya tokey bank? Jutawan melayu yang tawaduk?

    Orang tua-tua pesan kalau dah cerita separuh jalan, kena kasi sampai habis bro. Penat je dorang reka pepatah "alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" tu..ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Tak ramai yang suka dia pun. Aku dan beberapa kerat dan "rare" aje yang suka dia, dulu, kini dan selamanya. :-)

    ReplyDelete
  4. rumah mahathir kan kat situ...

    ReplyDelete
  5. Tagline memberi seribu maksud. Mungkin sama seperti saya fikirkan berdasarkan firasat. Dia hebat tapi biasalah orang memandang keburukan lebih dari kejahatan walau 100 kebaikan dibuat.
    1 keburukan selamanya diingat.

    ReplyDelete
  6. Ok. Aku terlepas pandang "The Mines". So, kalau kat situ dah sah la rumah Mahathir Mohamad kan?

    22 tahun jadi PM. Tak heran dia boleh buat ini rumah. Maksud aku, duit simpanan gaji n elaun dia confirm banyak...kan? Elaun MP, gaji PM, gaji Menteri Kewangan..:-)

    ReplyDelete
  7. setahu saya dr m ada Porsche Cayenne sebijik, pernah nampak dia drve kat bulatan kuda menuju ke mines.tue 2 tahun lepas la.

    ReplyDelete