Adalah tidak wajar untuk kita mengklasifikasikan mereka yang ada kekurangan dari aspek fizikal sahaja patut digelar cacat. Pada saya, kekurangan dari segi mental juga boleh dianggap cacat. Malah kecacatan mereka ini kadangkala lebih kronik dari manusia yang cacat fizikal.
Saya juga cacat. Dari kecil sampai lah sekarang, saya tidak dapat membezakan yang mana nombor genap dan yang mana nombor ganjil. Masa saya sekolah dahulu, saya cukup takut jika ada soalan matematik yang ada unsur genap dan ganjil (contohnya soalan kebarangkalian) tapi bagi saya ini tidak penting. Yang penting, cacat seperti saya tidak membahayakan nyawa sesiapa.
3 ialah nombor ganjil. Jujur saya katakan saya baru sahaja meng'Google'nya.
Sy mengalami masalah untuk mengenal kiri dan kanan. Semua org marah jika saya jd driver dan tak tahu jalan. Sbb bila mereka bg drive ke kiri dan ke kanan, sy selalu salah masuk.
ReplyDelete