Tuesday, July 03, 2012

Doktor Yang Hebat

Pediatrician yang sejak dari dahulu lagi merawat anak saya ialah Dato Dr Musa Mohd Nordin. Beliau bertugas di unit kanak-kanak Damansara Specialist Hospital.


Isnin lepas saya membawa anak saya yang kini berusia 2 tahun berjumpa beliau untuk mendapatkan vaksin hepatitis B, mengikut jadual.

Selesai timbang berat, ukur tinggi dan vaksin yang mengambil masa 45 saat, kami berborak kosong dan dia mula membuka cerita tentang pengalamannya bersama kumpulan NGO 'Viva Palestine' yang banyak menjalankan kegiatan membantu orang-orang Palestine di semenanjung Gaza. Dia baru pulang dari Gaza minggu sudah dalam proses membekal peralatan perubatan dan makanan berjumlah RM1juta.

"Sehari sebelum kami tiba, jet pejuang Israel mengebom Gaza dan 8 maut.

"3 hari saya di sana, Alhamdullillah tiada pengeboman. Kami diberitahu, sehari selepas kami pulang ke Malaysia, Gaza dibedil lagi.

"Macamana nak lawan jet pejuang yahudi jika mereka hanya bersenjatakan senapang buruk? Apa yang kita boleh buat hanya memberikan mereka bantuan. Kita beri lembu untuk mereka ternak. Mereka pun sekarang dah boleh berdikari. Yahudi tak benarkan mereka kelaut untuk menangkap ikan, mereka buat kolam dan ternak ikan. Alhamdulillah."

Ayat yang mengakhiri perbualan kami.

Saya tenung muka Dr Musa lama. Sebelum keluar dari biliknya saya mengucapkan terima kasih dan terus menuju ke kaunter pembayaran.

"155 ringgit ye encik", pinta kerani di kaunter. Kali ini, sedikit pun saya tidak mengomel ketika membayar.

5 comments:

  1. vaccine gi Kelinik Kesihatan pun ok.

    ReplyDelete
  2. Memang dari lahir lagi rekod kesihatan anak aku dengan dia. Dah biasa.

    ReplyDelete
  3. True, kalau gi KK mesti nurse akan tanya lahir kat mana, buku wat kat mana, ni bukan buku kami, susah sebab tak der rekot etc etc, ni bukan kawasan kami etc etc.

    it happened to me bila aku pindah anak aku dari KPJ ipoh ke kelantan.

    Plus, vaccination di private cepat sikit kan..hehe.

    ReplyDelete
  4. tak per pakcik Van, you at least know where the money would go to kan.

    ReplyDelete