Tuesday, November 27, 2012

The Nostalgia Store

Saya sering hairan mengenangkan teknik pengurusan yang dimiliki oleh orang zaman dahulu kala untuk kekal produktif. Zaman tatkala talipon mendabik dada kerana ia merupakan cara telekomunikasi paling canggih. Saling berutus surat melalui pos atau mungkin telegraf suatu ketika dahulu adalah cara yang biasa untuk syarikat tempatan berurusan dengan syarikat luar negara. Saya pasti, sungguh perlahan perjalanan waktu ketika itu.

 
Kebiasaannya teknologi analog kuno akan dianak-tirikan dan lama-kelamaan akan terus lupus. Tempatnya akan diambil-alih oleh kuasa digital dan elektronik yang saya pasti pula, membuatkan masa berlalu begitu pantas. Sepantas Superman.

Bagi saya, teknologi terlalu cepat berkembang dan persaingan sengit diantara mereka agak melemaskan. Blackberry yang 4-5 tahun dahulu merupakan satu produk yang sangat orgasmik, kini semakin tok kadok dan seperti retak menanti belah, Blackberry ibarat telor budak dihujung tanduk. Apple IOS dan Android pula tak habis-habis berperang. Masing-masing tak sudah-sudah mengeluarkan model baru hingga habis budak kolej di Malaysia jatuh bangkrap.

Mungkin teknologi juga dikuasai oleh trend muda-mudi dan tidak semestinya citarasa mereka sentiasa adalah yang terbaik. Justin Bieber dan Kpop ialah dua contoh trend anak muda yang bapak budak seperti saya tidak boleh fahami langsung. Ahh, muda-mudi bukannya faham apa-apa. Yang mereka tahu, nak beromen sahaja.

Blackberry Bold 9000 yang saya paparkan didalam entri pertama blog saya telah mati dua minggu yang sudah. Hampir tepat tiga tahun saya melunyaikan, begitu banyak kenangan pahit dan manis telah kami lalui bersama. Malah, beratus juga entri blog saya taip mengunakan berry ini. Jujur saya ingin jelaskan bahawa Blackberry model baru memang agak meloyakan tetapi Blackberry Bold 9000 saya stabil sampailah ke akhir hayatnya. Bentuknya yang perkasa dengan butang menaip yang selesa diketik, model ini memang merembes.


Wahai 20E7AB32, semoga kau kekal didalam stor nostalgia aku selamanya.

2 comments: