Monday, November 11, 2013

Antara Sebab Kenapa Kini Islam Lemah

Minggu sudah saya melayan pembentangan kertas kerja (melalui youtube) yang menjawap persoalan tajuk entry saya kali ini. Video itu boleh dilayari (klik disini). Dr Afifi Al-Akiti merupakan seorang cendikiawan islam melayu yang menjadi pensyarah di Theology Faculty, Oxford University.

Dr. Afifi memulakan pembentangannya dengan berceritakan tentang kehebatan Imam Al-Juwaini (tahun 1028-1085) yang hidup di penghujung zaman kegemilangan tamadun islam. Al-Juwaini merupakan guru kepada Imam Al-Ghazali dan beliau telah mewasiatkan 6 ciri-ciri yang harus ada didalam diri setiap mukmin untuk berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. Harus diingat, ini bukanlah penambahan kepada rukun islam atau rukun iman. Ini hanya ciri2 atau 'traits' yang ada pada mukmin berjaya pada zaman kegemilangan islam dahulu dan diterjemahkan oleh Imam Al-Juwaini, merumuskan menjadi 6 wasiat ini.

1) Zaka'un - Akal yang cerdas. Jaga akal kita dan jangan rosakkan ia dengan perkara tidak baik.
2) Wa khirsun - Kesungguhan yang tinggi dalam apa juga usaha. Jangan buat kerja sambil lewa.
3) Wa iftikarun - Sentiasa merendah diri. Ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk.
4) Wa ghurbatun - Sentiasa ada sifat ingin merantau, mencari pengalaman. Bukan jadi jaguh kampung.
5) Wa talqeenu uztazi - Harus ada bimbingan guru yg bertauliah. Bergurukan buku, syaitanlah guru.
6) Wa tulus zamani - Kesihatan dan umur yg panjang. Bila badan sihat, segala usaha jadi lebih mudah.

Menariknya disini, ahli falsafah kristian pada zaman selepas Al-Juwaini telah mengambil 6 wasiat ini dan menerapkan didalam pendidikan mereka pula. Bermula dari Adelard of Bath yang mempelajari pelbagai ilmu islam pada zaman itu hinggalah diturunkan kepada Bernard of Chartres, salah seorang filasuf kristian yang terkenal yang menggesa orang kristian eropah yang amat mundur pada zaman itu untuk mengamalkan 6 prinsip yang Bernard of Chartres panggil dalam bahasa latin:

1) mens humilis
2) studium querendi
3) paupertas
4) terra aliena
5) scrutinium tacitum
6) vita quietta

Ini adalah merupakan 6 prinsip yang sama, diceduk dari wasiat Imam Al-Juwaini dan lihatlah, kini orang eropah jauh lagi kedepan dalam setiap aspek kehidupan hatta sifat perikemanusiaan sekalipun, jika dibandingkan dengan masyarakat dunia islam.

Saya amat yakin, jika setiap mukmin menerapkan kembali 6 ciri ini didalam kehidupan seharian mereka, dunia islam akan kembali gemilang, yang gelap akan menjadi terang benderang. Kita amat perlukan anjakan paradigma ini.

1 comment: