Thursday, December 19, 2013
Cerita Pendek #3 - Dragonlily
--- About the flower, Dragonlily (Dracunculus Vulgaris) ---
"An amazing plant, it blooms like a giant! A humongous dark blood red black calla lily or jack in the pulpit style flower, it does not have a very great fragrance in the garden when it blooms though its not planted for the fragrance but for its rarity, beauty, uniqueness and large haunting flowers." - Anonymous
--- end of note ---
"Phewwiiittt.. "
Lily senyum bersahaja sambil mengerling jejaka yang baru sahaja bersiul tadi. Perkara sebegini memang dah selalu sangat dia hadapi. Dia dah lali tetapi langkahnya tiba-tiba terhenti apabila ternampak muka hadapan suratkhabar yang tertulis, SEORANG LELAKI DIJUMPAI MATI TANPA KEPALA, TANGAN DAN KAKI DI KAMPUNG CEMPAKA.
Lily termenung sejenak sebelum meneruskan perjalanan tanpa menoleh kebelakang lagi.
--- 2 hari sebelum itu ---
"Tong.. kau call Lily. Suruh dia datang jumpa aku sekarang. Aku ada tugas untuk dia".
"Baik boss!" Ah Tong, seorang gangster yang penuh dengan tatu ditangan terus menyeluk poket seluar mencari telefon bimbitnya.
"Grr grr grr", gegaran papan pemuka Samsung Note2 menyentuh jari jemari Ah Tong. Dia menekap telefon ke telinga dan tekun cuba meneka caller ringtone Lily.
"Hmmpphh...Yuna. Suara macam kucing. Benci".
Komen ikhlas dalam hati Ah Tong yang sudah lama jaki dengan genre lagu dibawa Yuna sambil menekan butang speaker phone.
"Hello..Ada apa Tong?"
Suara lunak dan merdu Lily terus membuatkan Ah Tong yang bersifat garang, berani mati dan rakus jadi menikus.
"Boss suruh you datang jumpa dia A.S.A.P."
"Baiklah... bye", jawap Lily ringkas dan padat.
"Hmmm", Ah Tong jawap ganas namun jauh disudut hatinya penuh rasa berahi terhadap Lily.
Lily ialah seorang pembunuh upahan. Wanita ini bersusuk mantap. Kurus, tinggi lampai dan berkaki panjang. Rambutnya yang ikal ke paras pinggang akan dia dandan kemas menjadi sanggul ketika menjalankan tugas. Walaupun disanggul, akan ada sedikit rambut terjuntai ditepi pipi. Manis.
Rupa paras Lily kemas. Hidungnya mancung, pipinya tinggi dan berkulit cerah. Kening Lily memang sejak azali nipis dan bulu matanya melentik, lebat. Bibir Lily pula sederhana tebal tetapi merahnya bukan main menyala.
Yang paling menawan ialah lesung pipit Lily. Lesung pipit comel, halus menegak dipipi tatkala dia senyum. Ciptaan tuhan yang amat indah. Orang pertama yang menggunakan nama 'lesung' untuk mendefinasikannya tentu seorang yang otak mereng. Ditambah pula perkataan 'pipit' selepas lesung itu. Gila.
Ah Tong mengelamun terbayangkan Lily.
"Bidadari Maut..."
Tanpa disedari ayat itu terpacul keluar dari mulut Ah Tong. Dia pasrah. Boss memandang Ah Tong. Ah Tong memandang Boss. Mereka saling pandang-memandang. Ah Tong tunduk malu.
---
"Ada apa boss?" Soalan Lily sambil matanya liar memerhatikan kuncu-kuncu dikiri-kanan Boss.
"Aku mau kau cari Kamal. Dia hutang aku banyak. Dah lama aku bagi dia muka. Kau dapatkan seberapa banyak duit dari dia dan bila dia dah tak boleh nak bayar, potong ibujari tangan kiri dia dulu kemudian lepaskan dia. Upah kau ialah 30% kutipan duit dari Kamal."
"Baiklah."
---
"Hi Ayeen sayang. Kay sini. I nak mintak tolong sikit lah sayang. I nak pakai duit.
"I nak pakai dalam RM10,000 malam ni.
"Dalam sebulan I gantilah balik sayang. You tak kan tak percaya I?
"Thanks sayang. You know I love you sorang aje kan? I love you very much sayang."
Kamal meletakkan ganggang. Kakinya yang tersadai setelah dikepakkan oleh Lily tadi diurut cermat kerana sengal. Lily yang berada dihadapan Kamal duduk angkuh menyilangkan kaki, mengacukan sepucuk pistol Kahr P9 kearah Kamal mengarahkan beliau untuk terus menalipon seberapa banyak orang yang dia mampu untuk membayar hutang Boss yang kini berjumlah hampir RM350,000 itu.
5 orang sudah Kamal telefon dan dia telah berjaya dapatkan RM30,000. Peluh dingin Kamal yang menitik-nitik mungkin dah semangkuk. Denyut kakinya yang patah sudah tidak dia rasakan lagi. Dia menekan butang hijau telefon bimbitnya.
"Hi Liza. Hi sayang. How are you? I am fine. Sorry lah lama tak call. I sebok betul lately ni.
"Walaupun I tau I dah lama tak contact you but I need your help lah sayang.
"I nak pakai RM10,000 malam ni jugak... Liza... liza..liza are you there? Liza?"
Kamal tekan butang merah di telefon bimbitnya dan merenung Lily. Kamal benar-benar takut. Huru-hara dia mentatal senarai nama didalam telefon. 'Shasha facebook' terpampang. Memori Kamal mencanak-canak teringatkan seorang perempuan yang dia pernah tipu dahulu walhal mereka tidak pernah berjumpa. Hanya berkenalan didalam facebook. Banyak juga duit perempuan tu dia sakau. Mungkin dalam RM50,000. Kamal sempat ketawa kecil bila teringatkan betapa mudahnya dia menipu Shasha hanya dengan berlakon menjadi orang susah, banyak hutang, masalah keluarga dan masalah ditempat kerja yang tak sudah-sudah. Kamal yakin dia akan dapat menipu Shasha lagi malam ini. Kamal terdesak.
"Come on Shasha.." bisik hatinya ketika mendail.
Caller ringtone lagu Yuna berkumandang ditelinga Kamal.
Telefon bimbit Lily tiba2 berdering. Lily jeling nama pemanggil dan membiarkan telefon itu melalak.
"Ahh.. angkat lah Shasha..", detus hati Kamal sebelum menghentikan panggilan.
Kamal dail nombor Shasha sekali lagi.
Telefon Lily berdering semula. Lily terkejut dan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Lily tenung mata Kamal. Kuyu.
Perlahan-lahan Lily mengeluarkan telefonnya dan memandang nama pemanggil yang tertera, "Joe Penipu".
"Hello, Joe?" Lily menjawap tegas, menghalakan Kahr P9 tepat kearah kepala Kamal.
"Joe? Hello? Hello?"
Dengan tangan yang terketar-ketar, perlahan-lahan Kamal baringkan telefon diatas meja tanpa meletak ganggang. Jeritan Lily dihujung talian jelas kedengaran. Kamal tahu ajalnya sudah hampir namun nalurinya sempat bertanya, "kenapa muka dia dalam facebook lain?"
Lily mengeluarkan sebilah pisau dari dalam beg, tenang menyisipkan rambut yang terjuntai ditepi pipi ke telinga sambil berbisik seolah-olah berdoa, "terima kasih Tuhan."
--- Tamat ---
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dragonlily ni pelakon porno..
ReplyDelete