Monday, October 25, 2010

Warisan

Weekend sudah memang agak memenatkan. Lari sana sini, buat itu ini sambil bawa Adam. Kesian kat anak jantan gua sorang ni.

Dalam kesebokan itu, Adam akan masih bangun tengah malam kul 4 pagi minta susu.

Ahad pagi, wife gua cerita pada gua yang Adam punya "barang" membesar sewaktu wife gua nak tukarkan pampers jam 4 pagi sebelumnya.

"Kalau tak, macam siput aje.." Wife gua buat kelakar sambil dukung nak mandikan Adam. Gua pun tergelak-gelak.


2 minit selepas tu waktu gua merokok jauh dari mereka2 yang gua sayangi, perasaan lega menyelubungi hati. Insyallah, dapatlah gua cucu nanti.

Thursday, October 21, 2010

Sharing is sometime not caring.

Gua kalau makan nasi lauk pedas2, gua prefer makan dengan kicap masin. Kicap ni penyedap seperti budu jugak. Orang penang panggil kicap ni tokyu. Tokyu? Keh keh.

Bila gua baca orang "sharing" pandangan politik diorang dalam facebook, gua rasa sangat tak sesuai. Ianya seperti lu masuk disko tapi dalam disko ada orang melalak cerita pasal politik atas dance floor. Gua rasa kita perlu jadi lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Tak salah nak share pandangan tentang apa2 pun pada orang lain tapi harus lah bersesuaian dan bertempat.

Gua login facebook sebab nak checkout keadaan semasa kawan2. Nak bergurau dengan sahabat2. Bukan nak cari lawan.

Gua ramalkan lagi 2 bulan nak pilihanraya nanti, gua malas masuk facebook sebab mesti banyak gile posting pasal politik.

Politik is dirty enough on its own. Leave it out of my playground.

Monday, October 18, 2010

Gary Moore

Gua teringat cerita sumpah orang minyak arahan P.Ramlee. Masa si hodoh tu kononnya dah jadi hensem, dia jadi P.Ramlee. Sekarang, kalau ada scene macam ni lagi, dia jadi iras2 Najib Razak.

Cerita yang gua bakal tampilkan ni member gua yang bagitau. Ini kisah benar.

Ahad lepas, ibu kepada seorang sahabat kami meninggal. Al-fatihah. Sewaktu pengebumian arwah tatkala mayat sedang ditalkinkan dari tepi liang lahad dan suara tukang talkin membelah kesunyian petang ditemani bunyi cenkerik , tiba-tiba bunyi ringtone lagu "still got the blues" nyanyian gary moore berkumandang mendayu-dayu bermula dengan petikan gitar gary moore yang sayu dan pilu. Mamat sekor terkial2 cari phone dalam kocek.

Thursday, October 14, 2010

Panggilan Hangit

Suara penyanyi Malaya sekarang semua sedap2. Ramai pulak tu. Mungkin diorang semua datang dari Pahang.

Lu mungkin tau sessi "panggilan hangit" dalam hotFM. Pagi2 mesti ada mamat/minah/pakcik/makcik yang kena dajal. Gua layan juga menatang tu cuma gua tak berapa gemar bila diorang permainkan orang yang meniaga. Contohnya makcik yang jual periuk kena "panggilan hangit".

Diorang tau tak yang bila kita meniaga, kita letak sepenuh harapan dalam usaha itu. Tiba2 ada orang call buat main main pulak.

Panggilan hangit kepala hotak lu. Baik layan Saleh Yaakob nyanyi lagu inggeris haram jadah punya kelakar kat sinarFM.

Wednesday, October 13, 2010

Segantapioklahtu

Tajuk entri gua ni macam haram kan? Ni baru art.

Gua ni taklah hensem. Kulit hitam rambut tak David Beckham langsung. Perut boleh tahan dia punya kedepan dan tiap-tiap bulan kena check balance duit dalam ATM takut terover pakai. Tak cukup dengan elemen-elemen haram jadah ni, perangai gua tak lah senonoh sangat. Bila jalan kat shopping mall, segan jugak bila orang usha-usha gua jalan dengan anak bini.

Kadang-kadang masa wife dan anak gua sedang nyenyak tido, gua terjaga dan gua termenung tengok diorang.

Terima kasih tuhan.

Sunday, October 10, 2010

Amik Gambar (Edited)


Gua dalam workshop belajar technique ambik gambar HDR (High Dynamic Range).

Gua amik gambar atas ni (bukan HDR) semalam tepi tasik shah alam. Orang ramai tengok macam kitorang alien. Gambar bawah ni HDR.


Thanks Vedd. Gua kena practise lagi. Pakai ultra wide lens ni kalau setup tripod salah, gambar jadik senget.

Friday, October 08, 2010

Curiousity May Kill The Cat

Jalan Jelatek 25 tahun yang lepas ialah kawasan setinggan kaum boyan. Boyan ni terminoloji untuk kaum indon yang kerja di Malaysia dulu. Sekarang kita panggil "mat indon". Boyan sebenarnya sebuah pulau kecik utara pulau Jawa. Keluasan pulau ini ialah sebesar titik pensil atas peta, itu lah saiznya. Besar titik pensil.

Gua pernah tinggal di kuarters kerajaan bersebelahan setinggan boyan ni. Di kuarters itulah gua belajar merokok (gua harap mak gua tak baca blog gua ni. Kalau dia tahu ni, masak gua kena bebel). Mulanya kerana ada sifat ingin tahu rasa merokok.

Berbekalkan duit seringgit sekeping, gua naik BMX dan turun ke kedai runcit di setinggan bawah.

Dengan suara yang terketar-ketar gua tanya, "rokok apa yang harga seringgit sekotak bang?".

"Mau kotak yang besar ato yang kecil?" Mat indon jaga kedai tu tanya gua balik.

"Yang besar." Gua jawap lepas 20 saat berfikir.

Selesai masukkan rokok dalam kocek buat muka macam belikan untuk bapak, gua order mancis.

"Korek** chap orang terbang ni sepulo sen dik." Mat indon tu mintak duit. Tulah pertama kali gua dengar perkataan pelik dari mulut orang boyan.

Lepas hisap sebatang, gua rasa sedap dan gua terus tak toleh kebelakang tapi tak lama lagi gua nak toleh kehadapan semula. Cuma sekarang gua takkan hisap rokok jenama yang gua beli pertama kali dahulu. Rasa macam hampeh.


** Korek tu mancis.

Wednesday, October 06, 2010

Tun Mahathir

Ketika masih belajar di atas awan dahulu, gua perlu makan. Sama seperti insan kamil yang lain. Bahan basah gua beli pakai duit. Bahan kering gua beli pakai kredit kad.

Pekan tempat gua mula2 belajar dulu memang solok. Jauh dari bandar besar, terperosok di suatu lembah. Slang inggeris diorang macam orang putih makan chewing gum.

Satu hari yang sabtu, pertama kali gua membeli belah di sebuah kedai runcit milik seorang pakcik mat saleh tua dekat rumah gua.

"Anything you fancy luv?", soalan dari pakcik tua tu.

Mat saleh tempat gua belajar dulu suka sangat sudahkan soalan mereka dengan perkataan "luv". Maksudnya ialah "nak" (pendek untuk anak).

"Do you have Milo?", balas gua. Rupanya Milo ni famous kat Malaysia aje. Sambil soal, tangan gua seluk kocek kira syiling dengan jari.

"Do people eat this Milo thing luv?", pakcik tu jawap dengan mata tepat memandang mata gua. Gua tak tau nak cakap apa, gua jeling majalah2 lucah yang tersandar tenang ditempat paling atas rak majalah."Tak kasi budak kecik curi lah ni", bisik hati gua.

"You Malaysian luv?", tanya pakcik tu lagi.

"Yes. Just arrived here two days ago." Gua punya slang mat saleh, gua rasa pakcik tu cuba tahan nak gelak.

"Dr.Mahathir is the best Prime Minister in the world boy. Be proud." Pakcik tu tambah.

Gua jadi sebak.

Tuesday, October 05, 2010

Ayam Goreng?


Ini gambar Kolonol Sanders. Atuk sapa gua tak tau. Umur berapa pun gua taktau tapi gua rasa dah lebih seratus tahun kut. Keh keh.

Semalam gua lapar nak mampus, masuk KFC TTDI. Masuk masuk aje, queue dalam 12 orang. Kaunter bukak satu. Mujurlah attendan kaunter tu cekap. Lu order lah berapa banyak pun, dia boleh hafal tanpa silap. Cekap betol dan gua menyesal tak tanya nama dia sapa.

Makcik depan gua masa order tu gua rasa tak pernah masuk KFC. Semua benda dia nak tanya. "Kalau amik pakej ayam ni tak nak air pepsi berapa?. Kalau amik ayam dua ketol, taknak kentang goreng berapa harga?". Menyinga betol gua.

Tengah menyinga gua nampak poster kolonel dan gua snap pakai berry. Gua teringat satu kursus business gua hadiri dulu ada cerita pasal kolonel. Dia sangat yakin bahawa ada pasaran kalau dia bukak kedai jual ayam goreng. Tapi dia takdak duit. Dia pun panjat rumah orang kaya dan ceritakan hasrat dia tu. Ramai yang tak percaya dengan kolonel.

"What? People can fry their own chicken at home. Why go to your restaurant and get fat?". Antara respond orang kaya2 ni.

Tapi kolonel tetap berusaha dan akhirnya setelah meeting dgn beratus orang kaya, dia berjaya. Kalaulah dia dah give up lepas ditolak 20 kali, takdak lah poster muka dia di satu tempat yang beribu batu jauh dari tempat asal kolonel ni.

Kolonel Sanders, salute.

Monday, October 04, 2010

Ofen Houze

Ofen houze banyak gila weekend sudah. Gua suka pi ofen houze kerana ada makan-makan dan minum-minum. Isu yang gua tak minat tentang ofen houze ni ialah mengejar masa. Kalau ada 4 ofen houze dilokasi berpeluh ketiak punya jauh yang harus dihadiri dalam tetingkap masa 3 jam, lu pikirlah sendiri.

Kadang-kadang gua buat juga ofen houze ni. Buat ofen houze ni bukan skit punya usaha bro. Biarlah kita hidangkan kuih-muih dan air sirap sahaja, tetapi usaha dan kerja kerasnya sama je gua rasa. Jadi janganlah kita komplen rendang daging liat ke, air sirap kurang gula ke, selipar crocs lu sama macam selipar crocs orang lain yang datang ke, tissue tuan rumah sediakan tu nipis ke. Jangan.


Adam (dalam gambar diatas OTW ke ofen houze) mengucapkan terima kasih pada mereka yang buat ofen houze. 1Malaysia, 1OfenHouze.

Friday, October 01, 2010

Red is still not dead.


Red is still not dead.
Originally uploaded by Vankordi
We are still alive and kicking.

First try gua kat fotografi. Ramai yang kata its all about how you present your shoot.

Yelah, gua tengah try la ni.

Pemanduan Berhemah Kaedah Saintifik.

Masa gua anak kecik suka main api, gua belajar kenapa susu pekat dalam tin perlu ada 2 lubang kecik sebelum susu boleh mengalir keluar. Kalau nak satu aje lubang, lubang itu perlu besar. Ini ialah kerana perbezaan tekanan udara di dalam dan diluar tin.

Dulu baju dan seluar gua sering perlu dibersihkan selepas memandu kereta kerana abuk rokok yang terpelanting masuk dalam kereta sewaktu memandu. Kertas yg ada dibahagian belakang kereta juga akan terbang menerbang kerana bukaan tingkap gua yang melampau2 besarnya. Bau dalam kereta juga bagaikan ashtray. Kutu yang duduk disebelah gua agak tertekanan akibat pengaliran udara rokok + air deras dari luar ibarat taufan. Ini tidak termasuk kes puntung rokok terpelanting masuk balik dalam kereta yang boleh membahayakan nyawa gua.

Gua sangkakan kalau tingkap bukak besar2, asap dan abuk rokok akan mudah keluar. Gua salah.

Kini gua buka tingkap pemandu sedikit (dalam 3 inci) dan pada masa yang sama buka tingkap belakang pemandu pada kadar yang sama (atau lebih kecil lebih bagus).

Semua masalah merokok semasa memandu gua selesai.