Gua pernah tinggal di kuarters kerajaan bersebelahan setinggan boyan ni. Di kuarters itulah gua belajar merokok (gua harap mak gua tak baca blog gua ni. Kalau dia tahu ni, masak gua kena bebel). Mulanya kerana ada sifat ingin tahu rasa merokok.
Berbekalkan duit seringgit sekeping, gua naik BMX dan turun ke kedai runcit di setinggan bawah.
Dengan suara yang terketar-ketar gua tanya, "rokok apa yang harga seringgit sekotak bang?".
"Mau kotak yang besar ato yang kecil?" Mat indon jaga kedai tu tanya gua balik.
"Yang besar." Gua jawap lepas 20 saat berfikir.
Selesai masukkan rokok dalam kocek buat muka macam belikan untuk bapak, gua order mancis.
"Korek** chap orang terbang ni sepulo sen dik." Mat indon tu mintak duit. Tulah pertama kali gua dengar perkataan pelik dari mulut orang boyan.
Lepas hisap sebatang, gua rasa sedap dan gua terus tak toleh kebelakang tapi tak lama lagi gua nak toleh kehadapan semula. Cuma sekarang gua takkan hisap rokok jenama yang gua beli pertama kali dahulu. Rasa macam hampeh.

** Korek tu mancis.
rasa dia mcm pe??
ReplyDeletepeh Satu lagi Gold Flake. macam palat rasanya.
ReplyDelete