Masa gua anak kecik suka main api, gua belajar kenapa susu pekat dalam tin perlu ada 2 lubang kecik sebelum susu boleh mengalir keluar. Kalau nak satu aje lubang, lubang itu perlu besar. Ini ialah kerana perbezaan tekanan udara di dalam dan diluar tin.
Dulu baju dan seluar gua sering perlu dibersihkan selepas memandu kereta kerana abuk rokok yang terpelanting masuk dalam kereta sewaktu memandu. Kertas yg ada dibahagian belakang kereta juga akan terbang menerbang kerana bukaan tingkap gua yang melampau2 besarnya. Bau dalam kereta juga bagaikan ashtray. Kutu yang duduk disebelah gua agak tertekanan akibat pengaliran udara rokok + air deras dari luar ibarat taufan. Ini tidak termasuk kes puntung rokok terpelanting masuk balik dalam kereta yang boleh membahayakan nyawa gua.
Gua sangkakan kalau tingkap bukak besar2, asap dan abuk rokok akan mudah keluar. Gua salah.
Kini gua buka tingkap pemandu sedikit (dalam 3 inci) dan pada masa yang sama buka tingkap belakang pemandu pada kadar yang sama (atau lebih kecil lebih bagus).
Semua masalah merokok semasa memandu gua selesai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment