Thursday, October 21, 2010

Sharing is sometime not caring.

Gua kalau makan nasi lauk pedas2, gua prefer makan dengan kicap masin. Kicap ni penyedap seperti budu jugak. Orang penang panggil kicap ni tokyu. Tokyu? Keh keh.

Bila gua baca orang "sharing" pandangan politik diorang dalam facebook, gua rasa sangat tak sesuai. Ianya seperti lu masuk disko tapi dalam disko ada orang melalak cerita pasal politik atas dance floor. Gua rasa kita perlu jadi lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Tak salah nak share pandangan tentang apa2 pun pada orang lain tapi harus lah bersesuaian dan bertempat.

Gua login facebook sebab nak checkout keadaan semasa kawan2. Nak bergurau dengan sahabat2. Bukan nak cari lawan.

Gua ramalkan lagi 2 bulan nak pilihanraya nanti, gua malas masuk facebook sebab mesti banyak gile posting pasal politik.

Politik is dirty enough on its own. Leave it out of my playground.

3 comments:

  1. saya setuju sgt2, sebab itu saya hidekan sesapa yg suka post pasal politik (dan juga yg tag2 gmbr promote perniagaan..irritating). menyemak je. facebook tempat bersantai dan bersuka ria. we have have enough bullshits from newspapers, tv etc etc. i don't understand why these people keep dragging it in facebook.

    ReplyDelete
  2. Bila saya mula-mula masuk fb, saya suka. Sebab jumpa ramai kawan-kawan lama. Then lawat page they all semua. They all tunjuk rumah, tunjuk kereta, tunjuk makan apa, tunjuk pakai baju apa, tunjuk pegi mana. Adoi, pada saya sebenarnya hidup mereka kosong. Macamlah benda tu semua boleh bawak masuk dalam kubur. So saya buat entry pasal politic to wake them up. Lama lama takde dah orang tegur saya. Cuma dua tiga muka je comment or click like button. Tapi saya tak kisah.

    ReplyDelete