Friday, November 11, 2011

11.11.11

Jika saya ada 5 saat untuk menarik perhatian pembaca, saya akan tulis "siapa tuhan kamu?"

Tarikh hari ini macam menarik tetapi konsep 'Selective Omission' tempoh hari masih saya gunapakai.

Jam 5.40am tadi, azan subuh dilaungkan dari masjid berdekatan rumah saya. Saya tak dengar kerana saya bangun lewat sikit. Namun ketika saya bangun, ada satu kawasan lain yang sedang berkumandang azan subuhnya. Mungkin di Acheh.



Sekarang jarum jam menunjukkan 7:20am. Saya percaya ada satu lagi kawasan diatas muka bumi ini yang sedang dilaungkan azan subuh.

Dan ketika azan subuh sedang dilaungkan di London, bilal sekitar Asia sudah bersedia melaungkan azan zuhur pula.

Panggilan ke masjid yang bermula dengan 'Allah Maha Besar, Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Itu Pesuruh Allah' sebenarnya akan senantiasa berkumandang tak kira dimana kita berada.

Kita sahaja yang lupa.

1 comment:

  1. bukn lupa, kadang dengar ujung ujung telinga pun ralit facebook lg.

    ReplyDelete