Friday, December 30, 2011

Percubaan 1,2,3

Waktu saya kecil2 dahulu, saya gemar juga baca buku2 sajak dan puisi. Bapa saya seorang yang gemar membaca dan jurusan pengajaran arwah juga ialah mengenai bahasa.

Masalah dengan sajak dan puisi ini ialah kita juga perlu ada 'perasaan' terutamanya didalam sesi mendeklamasikan sajak. Maklumlah kalau mendeklamasikan sajak dan puisi mengikut intonasi baca suratkhabar, kejadahnya.

Mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan ini yang membantutkan perkembangan minat sajak dan puisi saya.

Tapi, setakat nak tulis sajak tu bukan susah sangat pun rasanya:

Debu, Jangan.
Jangan diri menjadi seperti debu;
disapu dan dibuang orang;
tapi masih kau datang melepek dan berbuku diatas lantai sejuk.

Amacam?

Wednesday, December 28, 2011

Wahai Anakku


Semakin hari, semakin besar anak saya ni. Pandai bergaya macam daddy dia juga.

Semua orang inginkan benda yang mudah, kerja senang tetapi pulangannya tinggi.

Kalau dapat kerja, nak kerja yang paling mudah tapi gaji besar.
Kalau nak kereta, nak kereta sport/mahal secara percuma.
Kalau nak makwe/pakwe, nak makwe/pakwe yang banyak duit dan boleh support pasangan.

Semuanya tentang diri sendiri. Manusia memang tamak haloba.

"Wahai anakku, janganlah kamu sentiasa mementingkan diri sendiri. Fikirkan apa yang boleh kamu berikan kepada ugama, bangsa dan negara dahulu sebelum bertanya apa yang ugama, bangsa dan negara boleh berikan kepada kamu."

Tuesday, December 20, 2011

Sebok

Saya agak sebok sejak dua menjak ini. Sebelum ini juga saya agak sebok tetapi sebok didalam konteks buat-buat sebok.

Tapi saya bukanlah seorang penyebok kerana penyebok ini ialah perbuatan yang keji. Antara aktiviti penyebok ialah jaga tepi kain orang, Melodi dan Fuhhh!

Majalah juga ada yang jenis buat-buat sebok seperti Mastika manakala jenis penyebok ialah Mangga dan URTV.

Setelah agak lama menjadi tukang buat-buat sebok, kini saya sebok mencari sesuap nasi demi anak dan isteri pula.

Wednesday, December 14, 2011

Tepat 11 Minggu Yang Sudah

5,953,900-00 ialah entri wordless wednesday saya. Setelah pelbagai cubaan dan dugaan, Alhamdullilah.

Thursday, December 08, 2011

Ekspedisi Mockba



Saya pernah berpeluang ke Mockba pada tahun 2001. Berlepas dari KLIA jam 12 tengah malam kalau tak silap saya. Setibanya saya di KLIA jam 9.30pm, saya lihat ramai mat saleh menangis kehulu-kehilir. Di hadapan TV, orang bersesak-sesak untuk menyaksikan kapalterbang melanggar World Trade Center di NY.

Yer, tarikh berlepas saya ialah 11 September 2001.

Saya bersama delegasi dari MDC (kini MDeC) harus ke Mockba atas urusan apa ntah, saya tak ingat. Mulanya saya tak nak pergi kerana duit dalam bank ada RM1000 sahaja tapi kerana dipaksa oleh orang atasan MDC, saya pasrah. Tiket dan hotel mereka bayar. Saya cuma bawa wang poket. RM1000 cukuplah.

Setelah mengetahui banyak kapalterbang terkandas di NY dan melarat sampai ke Eropah, delegasi kami jadi panik. Ketua kami mengambil keputusan untuk pergi juga ke Mockba kerana dia tak pernah pergi Russia. Fine.

Kapalterbang kami berlepas dengan tenang pada malam itu menuju Zurich.

... bersambung

Tuesday, December 06, 2011

Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan

Semalam saya tengok program National Geographic Most Amazing Photos. Pehh...

Edisi kali ini menunjukkan usaha seorang jurufoto hidupan liar National Geographic bernama Micheal 'Nick' Nichols. Tugasan beliau ialah mengambil gambar penuh sebatang pokok 'Redwood' di hutan California yang berusia 1500 tahun dan berdiri setinggi 100 meter!



Saya tidak teruja dengan hasil tangkapan itu (well, teruja skit skit lah) tetapi cara dan usaha beliau didalam mendapatkan gambar penuh itu dengan pelbagai teknik dan cara sangat mengagumkan. Sekiranya anda 'zoom-in', anda akan dapat melihat 3 orang berdiri di bahagian2 tertentu pokok (satu jaket kuning, dua jaket merah) dengan tujuan mendapatkan perspektif betapa besarnya pokok ini.

Gambar penuh ini diambil mengunakan teknik 'panoramic'. Teknik yang mudah untuk mengambil foto sebuah tasik tetapi sangat mencabar didalam kes kali ini. Maklumlah, pokok 'Redwood' yang diambil ini bersebelahan dengan pokok2 besar yang lain. Macamana nak mendapatkan posisi dan 'framing' yang cantik? Ditambah dengan masalah pencahayaan yang terlalu drastik (gelap dan terang didalam satu 'frame') yang amat menyukarkan seorang jurufoto.

Micheal 'Nick' Nichols terpaksa menggunakan 'jig' yang dibuat khas, teknoloji kamera serta bantuan pengiat pokok-pokok hutan dan memerlukan 3 hari (dari sebelum naik matahari sampai ke petang setiap hari) untuk berjaya. Proses untuk mencantumkan gambar-gambar 'panoramic' untuk menjadikannya satu gambar penuh pokok pula memakan masa 100 jam.

Ingatkah anda gambar dua ekor beruang Panda didalam entri saya INI? Yes, itu hasil kerja Nick juga.

Patutlah gambar dalam majalah National Geographic semuanya awesome-awesome belaka.

Thursday, December 01, 2011

Bencana Alam Pra-PRU

Semakin dekat pilihanraya umum, semakin ramai yang berpendirian tentang politik. Gegar sana, lalak sini. Yang jenis memang hari-hari cerita pasal politik tu lain lah. Ini, jenis hari-hari-hip-hop pun tiba-tiba nak politik juga? Macam gempa bumi.

Dok diam, rilek dan undi ikut pilihan hati tak boleh ke?

Bising betul.