Waktu yang terbaik untuk membaca tentang perkembangan dunia luar ialah ketika mencangkung. Ia sesuai kerana mencangkung memerlukan pembacaan yang ringan, isu yang tidak ada kena mengena dengan kita dan mudah difahami supaya tujuan asal kita mencangkung dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Kerana itulah didalam bilik mencangkung di pejabat saya ada majalah Newsweek lama, edisi cetak (untuk makluman Newsweek kini hanya beroperasi secara online dan edisi cetak hanya boleh didapati di U.K dan eropah).
Greece.
Itulah berita tentang perkembangan dunia luar yang saya baca ketika mencangkung pagi tadi. Kehancuran ekonomi Greece dan bagaimana kini ramai penduduk mereka menjadi gelandangan, miskin dan tinggal ditepi-tepi jalan. Untuk pengetahuan umum, pada tahun 2011 Bank Dunia meletakkan Greece pada kedudukan ke-34 didalam senarai negara dengan keluaran negara kasar (KDNK) tertinggi didunia manakala Malaysia ditempat ke-35.
Pada hemah saya, jatuhnya ekonomi sebuah negara bergantung kepada banyak perkara dan jika secara kolektifnya ia tidak dapat dibendung, ekonomi akan merudum.
Terdapat dua pendapat popular tentang ekonomi tetapi pada saya, untuk maju, sesebuah negara perlu melabur didalam ekonomi mereka sendiri. Kitaran wang didalam ekonomi juga harus aktif. Jika kerajaan sendiri tidak melabur, bagaimanakah kitaran ini akan menjadi aktif? Jika pulangan didalam pelaburan itu akan menguntungkan, tidak salah untuk kerajaan meminjam untuk menrealisasikan pelaburan itu bukan? Pokoknya, pelaburan itu harus menguntungkan negara dan pinjaman tersebut dapat dilangsaikan.
Kembali kepada masalah Greece.
Greece banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan, perkapalan dan pelancongan didalam keluaran negara kasar mereka. Greece tiada sumber asli yang boleh mereka sandarkan untuk memangkin pelaburan seterusnya memacukan ekonomi. Apabila sektor perkhidmatan mereka jatuh, kadar pungutan cukai yang rendah dan beberapa lagi permasalahan dalaman negara yang tidak berjaya ditangani, Greece gagal didalam melunaskan hutang negara. Greece bangkrap justeru penduduk mereka menderita.
Alhamdulillah tidak seperti negara Greece, Malaysia mempunyai simpanan minyak dan gas yang berpatutan sebagai modal untuk menjadi paksi pelaburan yang lumayan selain dari kelapa sawit dan getah. Segala puji hanya lah kepada Allah, kerana telah melimpahkan begitu banyak rahmat kepada Malaysia. Malangnya ramai yang mengambil sikap sambil lewa atau "take for granted" dengan apa yang kita kecapi. Janganlah kita hancurkan kemakmuran negara kita ini walau dengan apa niat sekali pun.
Saya menulis ini setelah terbaca sebuah posting blog (klik disini) yang bergembira kerana berjaya memperlahankan usaha memajukan RAPID (salah satu usaha transformasi ekonomi berasaskan petroleum dan gas di Pengerang, Johor).
Saya sungguh kecewa kerana itu sepatutnya bukan cara kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mencangkung sambil membaca dari telefon genggam lain pula thrill dia
ReplyDeleteHanya penyokong Liverpool sahaja yang boleh berfikir secara rasional macam ni....
ReplyDeletewell written my bro. sampai ke opis gua bau dia naik!. hehehe.
ReplyDeletetapi
benda yg lu utarakan dalam entri payah nak berlaku di sini di akibatkan benda2 mcm link yg lu bagi kt akhir entri ni. bilalah nak sedar semuanya ni ek?.
Selain daripada kebergantungan kita terhadap hasil alam, adalah lebih baik kemakmuran ekonomi kita disalurkan kepada pembangunan masyarakat seperti penumpuan terhadap sektor kritikal seperti pertanian (makanan, bukan setakat kelapa sawit sahaja), pendidikan dan kesihatan. Ketiga-tiga sektor ini, haruslah kekal dibawah kendalian kerajaan tanpa penglibatan sektor korporat seperti mana usaha penswastaan yang ingin diidamkan oleh sebilangan kecil jutawan-jutawan yang kemaruk wang ringgit.
ReplyDelete