Wednesday, June 12, 2013

Volkswagen a.k.a Wak Segan

Volkswagen.

Satu nama yang tidak lama dahulu terkenal dengan design yang kodok (VW Beetle) dan 'old-school' tetapi kini digemari segenap lapisan masyarakat termasuklah pakcik, makcik dan bloggers. Peminat-peminat VW akan mengerumun setiap keluaran model baru jenama VW tak ubah seperti lalat yang beria-ria menghurung secebis najis yang masih suam.


Model VW yang paling 'segem' ialah GOLF GTI. Lihat sahaja rekabentuk model Mk7 terbarunya dalam gambar diatas. Comel, kemas dan bergaya. Persis Neelofa sedang menggayakan 'spaghetti strap short dress' warna hitam dengan 'killer heels'. Rasa macam nak gigit gitu.

Kini, model GOLF GTI ini dicemari isu kononnya pengumuman didada akhbar Utusan baru-baru ini tentang penurunan harga GOLF GTI sebanyak 7% sebagai satu penipuan oleh pihak kerajaan.


Industri kenderaan bukanlah bidang saya. Ilmu saya lebih kepada penjagaan anak seperti membasuh bontot anak sampai bersih dan membuat susu anak pada jam 4 pagi didalam keadaan separa sedar. Namun begitu, terdetik dihati saya untuk mendalami isu penurunan harga VW GOLF GTI ini.

Saya bergegas membaca berita itu di Utusan Online (klik sini) dan saya ingin memetik beberapa perenggan seperti berikut:

"Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.


Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%)."

Ada dua perkara yang menarik hati saya disini.

Pertama, perkataan yang telah saya warnakan dengan warna merah diatas. Pemahaman saya ialah bahawa usaha kerajaan untuk menurunkan harga itu bukanlah sesuatu yang baru. Usaha ini telah mula dibuat sebelum PRU13 lagi.

Anda mungkin akan bertanya, jika memang usaha ini sudah dilakukan kenapa masih mahu dimasukkan kedalam manifesto PRU13? Nak tipu rakyat ke?

Pada pendapat saya ia harus dimasukkan kerana usaha menurunkan harga ini akan berlaku secara berperingkat, sehinggalah mencapai tahap penurunan 20-30%. Penekanan harus diberikan bahawa ini baru fasa pertama dan banyak lagi fasa yang wajib kerajaan tunaikan maka ia perlu dijanjikan didalam manifesto. Jika tidak masuk manifesto, nampak macam 'flip-flop' pula.

Keduanya, harga GOLF GTI dinyatakan telah turun sebanyak 7% dan didalam gambar diatas tertulis harga asal VW ialah RM169,888 dan telah diturunkan kepada RM157,888 tetapi ramai yang mengatakan bahawa harga yang dilancarkan oleh VW untuk GOLF GTI Mk7 ini memang RM157,888 pun. Nak tipu lagi ke?

Disini saya yakin bahawa kesilapan ialah didalam cara penyampaian pihak akhbar tentang penurunan harga GOLF GTI Mk7 itu. Untuk lebih tepat, pihak Utusan harus menulis bahawa RRP (recommended retail price) sebelum penurunan eksais duti sepatutnya ialah RM169,888 (ini bukanlah harga pelancaran) tetapi selepas kerajaan menurunkan eksais duti untuk fasa pertama, RRP (seperti yang telah dilancarkan oleh VW Malaysia) ialah RM157,888.

Mungkin kekeliruan yang sama juga akan anda dapati didalam 9 model lain yang disebut didalam artikel utusan itu. Bagi saya, semua ini hanyalah salah faham dan boleh dielakkan jika Utusan lebih teliti dalam kerjanya.

Saya ingin ulangi disini bahawasanya saya bukan didalam industri kereta dan saya mungkin tersilap. Maklumlah, SPM saya pun cukup-cukup makan sahaja.

No comments:

Post a Comment