Monday, June 17, 2013
Pertamina Butuh Kalahkan Petronas
Maafkan saya. Maksud butuh disini ialah mahu, seiring dengan intipati perbincangan saya untuk kali ini.
Perusahaan Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Negara atau pendeknya Pertamina merupakan institusi yang menerajui pembangunan minyak dan gas di Indonesia. Manakala di Malaysia pula kita ada Petroliam Nasional Berhad atau pendeknya Petronas.
Jika dibandingkan dari aspek penubuhan, Petronas (1974) adalah adik kepada Pertamina (1968) tetapi dari aspek perolehan, Petronas jauh lebih maju dari abangnya itu. Tatkala Pertamina mengumumkan keuntungan bersih sebanyak USD2.8 billion pada tahun 2012, Petronas gah dengan keuntungan bersih USD20 billion (tukaran wang: USD1:RM3).
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif pertama Petronas ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ketika beliau berumur 37 tahun. Tun Abdul Razak yang merupakan perdana menteri Malaysia ketika itu sangat percaya kepada kewibawaan Ku Li walaupun beliau ketika itu sangat muda dan menganggap tugas Ku Li di Petronas itu setaraf menjadi menteri di kabinet.
Diberitakan kepada saya oleh seorang sahabat keturunan kerabat Kelantan bahawa Ku Li telah ditawarkan habuan dan ganjaran yang lumayan dari kumpulan pengusaha minyak terkemuka dunia waktu itu, terkenal dengan panggil 'Seven Sisters', sekiranya Ku Li bersetuju agar Petronas menggunakan 'Production Sharing Contract' (PSC) model yang telah diguna-pakai di Indonesia (Pertamina). Dikhabarkan oleh sahabat saya itu, Ku Li ditawarkan RM500juta untuk bersetuju dengan cadangan Seven Sisters, tapi ditolak oleh Ku Li. Wallahualam.
Di Indonesia ketika itu, blok minyak dan gas yang dijumpai akan diusahakan dan menjadi milik penuh syarikat minyak yang telah dipilih oleh Pertamina. Kerajaan Indonesia hanya mendapat peratus dari keuntungan yang diperolehi mereka. Ku Li tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana model Pertamina itu tidak menguntungkan kerajaan. Sebaliknya Ku Li memutuskan bahawa sumber minyak dan gas yang dijumpai di Malaysia ialah milik kerajaan Malaysia dan syarikat luar hanya boleh mengusahakan blok itu sebagai kontraktor yang akan berkongsi operasi dan keuntungan dengan Petronas. Melalui cara ini, kerajaan boleh mengekalkan pengaruh dan kuasa keatas minyak yang diusahakan dari segi operasi, keuntungan dan sebagainya.
Sebagai contoh, antara blok minyak yang pertama dibangunkan di Indonesia ialah 'Blok Mahakam' di Kalimantan pada tahun 1970. Blok itu menjadi milik 50%-50% diantara Inpex (Jepun) dan Total (Perancis) untuk dibangunkan. Sehingga kini blok itu masih kepunyaan mereka dan hanya akan dikembalikan hak milik blok itu kepada kerajaan Indonesia pada 2017. Pertamina menjangkakan akan menguna-pakai PSC model Petronas selepas mendapat kembali hak milik blok mahakam itu dan saya yakin PSC model yang sama untuk blok-blok seterusnya juga.
Nyata, keputusan Ku Li untuk menjaga kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri (dengan tidak menguna-pakai model Pertamina) membuahkan hasil. Jika dulu Seven Sisters ialah Shell, BP, Gulf Oil, Mobil, Esso, Texaco dan Chevron, kini the new Seven Sisters seperti yang disiarkan oleh The Financial Times ialah China National Petroleum Corporation, Gazprom, National Iran Oil Company, Petrobras, PDVSA (Venezuela), Saudi Aramco dan Petronas.
Pertamina ada?
Wahai kawan-kawan. Kita harus ada perasaan cintakan negara dan bangsa untuk dapat berfikir secara rasional tentang apa yang baik dan apa yang buruk untuk masa depan kita. InsyaAllah jika kita ikhlas, kita akan berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dari dulu NOC sudah besar, terutama Saudi Aramco, tetapi memang baru2 terakhir ini valuasi mereka dibandingkan dgn IOC, dan memang mereka besar2.
ReplyDelete