Thursday, July 25, 2013

Selebet.

Sesekali ketika bosan melanggan laluan trafik yang sesak, saya akan renung simpang-siur jalanraya yang berada dihadapan mata lalu terkenang akan liku-liku hidup seorang manusia. Seperti jalan-jalan ini, yang setiap simpangnya akan membawa manusia kesatu arah atau tempat yang berbeza-beza. Susur-alur jalan ini juga akan membekalkan manusia itu tadi dengan pengalaman, nostalgia hidup dan memori yang unik, tersendiri.

Perbezaan diantara jalan-jalan tar dengan liku kehidupan cuma jika sesat di jalan tar, manusia masih boleh pusing dan mengambil jalan pulang. Tidak dengan liku kehidupan. Ianya jalan sehala dan tiada jalan menuju pulang. Ini kerana kehidupan berkait rapat dengan masa dan yang seperti kita tahu, masa pergi meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi.

Kehidupan harus diteruskan walaupun manis atau pahit.

Saya pasti didalam diri kamu wahai pembaca budiman, ada seorang manusia yang telah mempengaruhi hampir 50% dari kehidupan kamu, secara sedar atau pun tidak. Ini ialah kerana walaupun hubungan kamu dengan dia singkat tetapi ada perkara yang kamu lakukan berhubung terus dengan apa yang dia lakukan terhadap kamu seperti sayang, marah, nasihat atau juga tunjuk ajar dan perkara itu kemudiannya membentuk cara hidup kamu sehari-hari.

Selebet, terima kasih.

No comments:

Post a Comment