Khamis pagi, September 13 2001.
Selesai sarapan bersama Tan Sri, saya mengambil keputusan untuk terus ke luar hotel, mencari udara nyaman. Penyisihan saya dari segala benda yang tidak sepatutnya saya ketahui di meja makan sebentar tadi agak menyesakkan dada. Saya perlu mengisi jiwa dengan semangat dan bukan 'inferiority complex'.
Dikala melangkah pantas menuju pintu hotel saya sempat perhatikan keadaan di lobi sekiranya ada gadis-gadis tempatan mungil yang mampu mempercepatkan proses penyuntikan semula jiwa saya dengan semangat. Tidak ada.
Trafik dihadapan hotel tidak lah begitu teruk memandangkan populasi Moscow mencecah 10juta penduduk. Walau bagaimana pun pencemaran udara tetap ada tetapi bila lagi deria saya mampu menghidu bau asap musim luruh di Moscow jika bukan ketika saya disana? Saya bukan seorang wali yang bisa menyusup dicelah-celah perbezaan 'space and time' untuk tiba-tiba tercegat di tengah bandar Moscow, bila-bila masa yang saya suka. Bukan?
Rombongan saya mula keluar dari pintu hotel seorang demi seorang. Semua berpakaian kemas dengan jaket serta bertali leher. Kasut kulit hitam berkilat melindungi tapak-tapak kaki mereka dari debu lantai dan kejahatan laluan pejalan kaki bandar Moscow. Maklumlah, mereka mewakili Malaysia dan secara tidak langsung cara mereka membawa diri ketika berada di negara luar mencerminkan budaya dan masyarakat Malaysia. Mereka ada misi. Saya juga ada misi.
Van yang akan membawa kami pada pagi itu tiba tepat pada masanya. Kami segera menaiki van tersebut dan sebagai anggota yang paling muda dikalangan mereka, saya duduk dibahagian belakang van. Bahagian yang paling banyak aksi bila tayar terlanggar lubang atau 'bump'. Saya buka butang paling atas kemeja saya untuk melonggarkan sedikit tali leher, palingkan mata kearah orang yang lalu lalang diluar dan pasrah dibuntut kenderaan.
"As mentioned yesterday, today we will be visiting two technology parks and meet owners of the company inside the parks incubator..", jerit ketua deligasi kami. Suaranya tenggelam ketika menyebut nama taman teknologi yang akan kami lawati. Sehingga kini saya tidak dapat mengingati nama tempat itu.
Van deras menyusuri jalanraya Moscow menuju ke destinasi kami. Sekali-sekala ternampak kelibat kereta mewah 'made in USA' berdesup memintas. Pembantu rombongan kami yang berbangsa Rusia memberitahu saya bahawa Rusia sekarang bukan seperti Rusia dahulu. Barangan buatan Amerika tidak lagi dibenci malah menjadi idaman rakyat Rusia.
"The most popular food joint here in Moscow is McDonalds", tambahnya.
"Oh, in Malaysia too". Jawap saya dalam hati.
Van tiba di taman teknologi pertama 45 minit kemudian. Pandangan pertama saya apabila melihat rupa paras bangunan itu ialah, "apa kejadahnya ni?".
- Akan disambung -
- Ekspedisi Mockba
- Ekspedisi Mockba -Zurich
- Ekspedisi Mockba - "Kilometer 23"
- Ekspedisi Mockba - Leningradskaya Hotel
- Ekspedisi Mockba - Sarapan Bersama Tan Sri
No comments:
Post a Comment