Monday, August 30, 2010

Otak-otak, otak

Gua suka makan otak-otak. Apahal nama dia camtu, gua tak tau. Padahal menatang tu ikan. Lain lah kalau kasi nama makan otak monyet tu "otak-otak", kira sajaklah jugak. Kepala otak diorang lah.

Otak memang penting. Dia ada 2 tugas utama. Ingat dan lupa. Sama macam syaitan dan malaikat. Hitam atau putih. Positif dan negatif. Pandai dan Razak Mohaideen.

Ugama tidak salahkan seseorang itu jika dia terlupa. Terlupa mandi wajib, nanti mandilah. Terlupa qunut, nak sujud sahwi boleh, taknak pun tak apa.

Gua susah nak lupa muka seseorang. Lupa jalan nak ke rumah orang pun susah. Sekali gua dah "save" dalam otak, kira melekatlah. Cuma kadang2, nama tu gua susah nak "recall". Umumnya lelaki memang terer dalam hal ni. Orang pompuan, cam muka dan cam jalan memang luorang fail. Geram gua.

Yg gua susah nak ingat ialah nak bawa pemetik api rokok. Asal keluar rumah aje, kena beli lighter. Dah berguni lighter kat rumah.

Kawan gua nama gemok, bekas ahli kelab kaki pau kawasan Ampang. Gemok cekap ingat nombor talipon. Sekali lu sebut, dia terus boleh tangkap. Siap boleh tanya gua kalau nombor sekian-sekian gua tu hidup lagi dak. Gua pun dah tak ingat nombor tu. Hairan sebab SPM dia barai.

Otak. Anugerah tuhan yang takdak ganti. Apa yang lu dapat, lu terima sajalah. Dapat otak pandai, Alhamdullilah. Dapat otak sebu, banyaklah bersabar. Jagalah otak luorang baik2. Jangan jadi udang.

Wednesday, August 25, 2010

Resdung & Kemerdekaan

Dulu gua ada resdung. Makan belacan, gua bersin sampai senak telor. Bila gua dewasa skit dan pandai beli rokok, resdung gua naik pangkat. Pagi2 hidung gua akan berair dan mata jadi merah tanpa perlu pekena belacan. Hari-hari macam ini. Mujur mulut gua steady. Tak dak bau longkang. Malah, awek memang dari dulu suka dekat-dekatkan diri dengan mulut gua, sampai lah sekarang. Tak tau lah kenapa. Nak kata saka, tidak juga. Rezeki kut?

Waktu tu walaupun amat jelas yang Hans Isaac "jealous" dengan gua sebab gua macho tapi hidup gua rasa sangat tak sempurna. Terkongkong kepada makanan yang gua boleh makan sahaja.

Tidor gua juga jadi susah kerana pernafasan gua yang tak tentu hala. Baring belah kiri, lubang hidung kiri tersumbat. Baring belah kanan, lubang hidung kanan tersumbat. Hukum fizik apa hidung gua jadi camtu, gua pun tak tau.

"What the hell!" bentak hati gua. Terus gua "make a call set appointment" jumpa bomoh.

Settle. Resdung gua hilang ibarat embun pagi dihujung dedaunan tatkala fajar datang dan tidak pernah kembali lagi.

Hidup gua bebas. Macam-macam juadah gua dah boleh belasah, sambal tumis ikan bilis, udang goreng tepung, tepung goreng sotong, sotong goreng udang dan bermacam-macam lagi. Tidor gua pun makin lena. Pagi sebelum buka mata gua boleh rilex sambil dengar burung berkicauan luar tingkap sambil menguap capai rokok dan "stretching" macam kucing.

Gua "Merdeka!".

Gua yakin inilah perasaan Perdana Menteri Malaysia yang pertama bila dia jerit perkataan yang sama 53 tahun yang lalu di stadium merdeka.


Selamat menyambut hari kemerdekaan.

Monday, August 23, 2010

Penyokong Yang Tenang - Amalan Mulia

Ini kisah benar tentang kesengsaraan menghadapi dugaan kehidupan dan teknik mengharungi cabaran ini dengan jayanya.

Kijai ialah seorang manusia berfikiran cerdas, EQ tinggi serta mempunyai keterampilan yang amat menarik hingga kaum yang bukan sejenis jadi tak keruan bila berdiri dihadapan kijai.

Tapi kijai ada kelemahan dan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sepanjang hidup kijai, dia tidak boleh duduk mencangkung. Setelah berborak panjang dengan beliau secara tidak formal, kelemahan ini timbul kerana kakinya yang panjang menyebabkan pusat graviti beliau berada terlalu tinggi diatas pusat lalu seterusnya mentidak-stabilkan posisi cangkung beliau. Kasihan.

Bayangkanlah betapa kecewanya kijai jika dalam keadaan yang mendesak, tandas awam yang dimasuki beliau berjamban cangkung. Tapi ini tidak menjejaskan keperluan mendesaknya. Beliau akan berpaut kepada apa sahaja ketika menghadapi masalah seperti ini. Jika ditakdirkan tandas tersebut tiada paip atau cangkuk kertas tandas untuk kijai berpaut, beliau akan beryoga sambil menjalankan tanggungjawab insan kamilnya.

Sebagai penyokong pasukan bolasepak Liverpool yang tegar, ingin saya rumuskan disini agar kita jangan mudah menggelabah bila pasukan kita sedang menggelupur mintak nyawa kerana kelemahan2 yang tertentu. Kita harus tenang dan "chill". Jadilah kita seperti kijai dan cari lah tempat untuk berpaut. Jika tiada, marilah kita beryoga.

Sunday, August 22, 2010

TGIS

Ahad tiba lagi. Ini ialah hari yang paling malas bagi orang yang malas. Tapi bagi mereka2 yang kalis malas, "Thank God Its Sunday!".

Gua hari2 pun malas. Kalau gua definasikan malas gua itu, ia tak lah tahap yang kronik. Ianya seperti bila lepas makan di rumah, gua angkat pinggan dan cawan yang gua guna ke sinki lalu gua basuh pinggan gua sahaja. Basuh cawan tu gua malas.

Tuesday, August 17, 2010

Cikgu Sekolah Yang Radikal & Masih Radikal

Waktu gua di maktab dulu, ada dua (2) ekor cikgu baru ditempatkan di maktab gua. Masa tu gua ada jerawat lagi. Waktu tu gua mana reti nak jaga muka dan basuh pakai sabun khas. Maklumlah, budak. Harap kat "clearasil" aje lah, tapi itu pun gagal. Gua rasa "clearasil" ni produk menipu dan mengaut keuntungan dari golongan yang desperado macam gua dulu. Perfume pun gua tak berapa reti nak mengayakan dan nak spray kat mana. Satu badan gua spray. Nasib baik perfume tu kutu sebelah katil yang punya.

Dua (2) ekor cikgu baru ni sangat radikal dari aspek guru-guru dan menjadi guru. Mujurlah diorang dua ekor ni husband-wife. Kalau tidak, havoc juga yer?

Si laki2 ajar english dan perkara-perkara yang memanaskan hati guru ugama a.k.a uztad seperti menyanyi dan main alat muzik irama sukahati mak bapak kita. Yes, gua suka. Si wifey ajar english sahaja. Cuma zaman tu, dia kategori ziela jalil la. Hmmm, kecik skit dari ziela jalil kut. Yes, yang ni gua paling suka.

Berbalik kepada isu cikgu english dan cikgu ugama. Depa ni tak boleh ada dalam satu bilik. Gua tak faham apa masalah diorang tu. Macam kucing liar jumpa kucing jinak pakai rantai leher bedazzled. Gua taktau lah kalau cikgu english dan cikgu ugama sekolah luorang laki-bini pulak. Harus diingat, tatkala itu gua bersekolah asrama penuh. Kalau cikgu sekolah balik hari, lain kut.

Sekarang, si laki2 lecturer kat U mana ntah dalam dunia yang fana ni dan wifey mungkin dah jadi full-time wifey sebab gua tengok facebook dia asik gambar bersantai aje. Kalau masih mengguru, takde masa nak bersantai inikan pula nak bergambar posing santai.

Gua rasa semua orang ada perasaan yang sama iaitu, bulan puasa memang syok layan photo member2 dalam facebook. Oleh itu, gua pun melayankan photo album cikgu laki2 radikal. Illustrasi dibawah gua amik dari photo album dia dan gua telah "crop" sewenang-wenangnya. Best.



Benda alah kat atas ni part of research paper dia on education. Ada nampak macam art?

Lagi illustrasi gua cedok dari photo album beliau.



Gua rasa kalau uztad maktab gua tengok tesis yg cikgu radikal gua ni sedang bikin sekarang, mesti dia kata "auzubillah hi minash syaitonirrojim".

Walaupun lu ada PHD, lu tetap Cikgu Azly Abdul Rahman pada gua. Gua taktau bila masa lu boleh tulis semua benda yang ada dalam blog lu dan pada masa yang sama layan wifey, jadi lecturer, goreng ayam, login facebook/blogspot serta layan TeeWee. Gua nak buat nota research macam dalam gambar kat atas tu aje dah makan 4 bulan. Kalau lu bukukan semua benda yang lu tulis, gua rasa boleh buat library sendiri besar Masjid Wilayah kut.

Cikgu, salute.

Monday, August 16, 2010

Life.


Kalau kita layan sangat internet dan bebenda convergence ni, kita boleh jadi giler kan?

Saturday, August 14, 2010

Juadah Berbuka Alaf Baru

Murtabak ni asal dari mana gua tak pasti. Fikir balik, roti canai pun maybe ciptaan orang Malaya. Kenapa? Kat india yillek, pakistan pun yillek.

"Raja Murtabak" di pasar juadah TTDI gua lawati tadi. Pukul 4.30pm dah kena beratur sampai menghalang gerai lain. Kesian gerai sebelah gerai "Raja Murtabak" tu asik kena block.

Yer, murtabak sinonim dengan juadah berbuka puasa. Tak kesah lah berbuka lepas maghrib atau lepas zuhur. Murtabak memang sesuai dengan bulan Ramadan. Serasi cakap melayu. Macam Bunga Cinta Lestari serasi dengan Ashraf Sinclair, Brad Pitt dengan Jolie, Prof Razak Mohaideen dengan skrip tak pakai otak. Serasi.

Mungkin fenomena ini berlaku kerana murtabak ialah satu-satunya makanan yg "ryhme" dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadan Al-Murtabak.

Air popular untuk berbuka pula ialah air tebu dan soya. Lately ni gua tengok banyak penjual cendol kat pasar juadah. Cendol siap bungkus mana sama dengan cendol serve dalam mangkok kecik warna hijau atau kuning, pekena sambil mencangkung tepi stall ye dak?

On a more serious note, puasa ni melawan nafsu. Bukannya melawan syaitan. Kalau ada orang yang sebok melawan syaitan dalam bulan puasa ni, dia gila.

Thursday, August 12, 2010

Bee Music



- copyright 2010 (R) Vankordi Sight & Sound -

Wednesday, August 11, 2010

Refleks & Puasa.

Bila ada orang tanya sesuatu yang berkaitan dengan waktu, kita mesti jawap sambil tengok jam kat tangan walaupun takda jam kat tangan. Ni namanya "refleks".

Masa gua kanak2, gua sering tak puasa kerana pelbagai alasan. Refleks malas.

Masa gua remaja pun gua sering tak puasa kerana desakan kawan2. Refleks malas juga.

Sekarang gua dah tua, gua tak tinggal puasa lagi kerana gua rasa 6am to 7.30pm adalah terlalu singkat. Refleks umur dah meningkat.

Lepas sahur, sedar2 dah petang.

Lepas berbuka, sedar2 dah imsak.

Tahu-tahu, dah raya.

Masa sangat singkat. Rasa macam semalam gua dan rakan2 ponteng tarawikh main mercun dan pekena dunhill 7 tepi benteng. Refleks melepak.

Antara banyak2 refleks, refleks yang gua paling suka ialah refleks bila ada awek chun senyum kat gua.