Saturday, August 14, 2010

Juadah Berbuka Alaf Baru

Murtabak ni asal dari mana gua tak pasti. Fikir balik, roti canai pun maybe ciptaan orang Malaya. Kenapa? Kat india yillek, pakistan pun yillek.

"Raja Murtabak" di pasar juadah TTDI gua lawati tadi. Pukul 4.30pm dah kena beratur sampai menghalang gerai lain. Kesian gerai sebelah gerai "Raja Murtabak" tu asik kena block.

Yer, murtabak sinonim dengan juadah berbuka puasa. Tak kesah lah berbuka lepas maghrib atau lepas zuhur. Murtabak memang sesuai dengan bulan Ramadan. Serasi cakap melayu. Macam Bunga Cinta Lestari serasi dengan Ashraf Sinclair, Brad Pitt dengan Jolie, Prof Razak Mohaideen dengan skrip tak pakai otak. Serasi.

Mungkin fenomena ini berlaku kerana murtabak ialah satu-satunya makanan yg "ryhme" dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadan Al-Murtabak.

Air popular untuk berbuka pula ialah air tebu dan soya. Lately ni gua tengok banyak penjual cendol kat pasar juadah. Cendol siap bungkus mana sama dengan cendol serve dalam mangkok kecik warna hijau atau kuning, pekena sambil mencangkung tepi stall ye dak?

On a more serious note, puasa ni melawan nafsu. Bukannya melawan syaitan. Kalau ada orang yang sebok melawan syaitan dalam bulan puasa ni, dia gila.

4 comments:

  1. btol asal bln pose mesti murtabak kan..tp blom penah rasa murtabak singpore..rasa dia sama ke dgn murtabak bese tu..cuma dia beso?

    ReplyDelete
  2. Apa2 barang yg berkesudahan dgn perkataan "Singapore" adalah poyo semata. :D

    ReplyDelete
  3. pai, gua suka statement 'Prof Razak Mohaideen dengan skrip tak pakai otak' if only he reads....

    ReplyDelete