Thursday, September 30, 2010

Roti Kosong Empat Segi

Hujan rintik2 atau hujan lebat tidak membezakan tahap kesesakan lalulintas. Kedua-duanya menyesakkan. Bezanya cuma trivial. Rintik2 agak romantik. Lebat, baik lepak kat rumah.

Kawan gua dulu rupa macam chewbacca, wookie legenda filem starwars. Gua panggil dia arip. Perangai memang tak elok maklumlah asal singapura. Melayu dari pulau kenit selatan semenanjung malaya memang unik. Kalau bangsa cina singapura dah kiasu, melayunya triple kiasu.

Arip mengajar gua yang semua pekerja kedai mamak bernama "man". Mungkin pendek untuk Rahman, Azman atau McManaman. Arip tak kesah kerana dia anggap mereka pendatang yang tiada harga apatah lagi memerlukan nama.

Arip juga gemar order roti kosong empat segi. Ini kerana dia sentiasa inginkan roti kosong yg baru dimasak. Kalau roti kosong bentuk bulat, mungkin dah dimasak lama dan cuma dipanaskan sahaja bila dipesan.

Arip manusia pelik dari pulau kenit.

Monday, September 27, 2010

Schlutters

Secara rasminya gua dah beli DSLR. Terima kasih En.Riza Bin Samad kerana jual murah kat gua. Lepas ni gua akan mengambil macam macam gambar juga berbagai bagai flora dan fauna.



Memang anak gua jadi model gambar gua lah kan. Cuma gua takkan bagi dia jadi model bila besar nanti sebab besar kemungkinan model gambar ni mat lembut.

Gua juga bercadang nak buat satu forum gambar dan invite saudara vedd sebagai chief moderator. Gua nak namakan "Schlutters", pendek untuk "Shutter Sluts". Heh heh.

Paling tak tahan, bunyi shutter kamera bila lu snap gambar. "Schlutt".

Friday, September 24, 2010

SEAL

Bila parking kereta gear otomatik, masuk gear "P" pastu tak perlu lagi tarik handbrake. "P" tu dah lock gear lu supaya kereta tak bergerak dah. Tapi lu tarik juga handbrake kan? Ini tanda kurang keyakinan diri.

Kita perlu ada keyakinan diri untuk maju. Cuba lu tengok penyanyi barat nama "SEAL". Wajah macam kena serpihan meriam buluh meletop tapi kerana yakin dengan suara dan keupayaan diri, album meletop dan isteri beliau Heidi Klum, model jerman yang tersohor.


Kepada sesapa yang belum berkawin, sila jgn tarik handbrake kalau dah parking gear "P", okies?

Thursday, September 23, 2010

Powlis

Sering jugak wife gua tanya "macamana polis Malaysia ni boleh tangkap orang dengan cepat yer?", selalunya soalan2 macam ni timbul sewaktu dia tukar channel astro ke channel hindustan. Mungkin kerana dia harapkan gua pening memikirkan jawapan dan gua tak perasan channel sukan dah jadi channel hindu.

Dulu gua ada sorang kawan kerja polis. Masa tu umur gua 14 tahun. Dia pernah cerita kat gua cara-cara Polis dapat maklumat dengan pantas.

Sebagai contoh, sekiranya ada kes besar di Kepong, polis akan menangkap kepala2 gangster Kepong dan kawasan sekitarnya dahulu. Big boss. Bukan gangster kuti yang suka bawa kereta pasang lagu kuat2, potong que waktu trafik jem atau gangster taik kucing yang pakai baju ada gambar naga tapi bukan naga. Bukan.

Lepas tangkap big boss, mereka akan disiksa dengan digantung dari siling dengan rambut mereka. Tak lah, lu giler ke apa? Sebenarnya pihak berkuasa akan pegang international passport bigboss-bigboss ni. Kenapa international passport? Gua tak pasti tapi menurut cerita member gua ni, international passport big boss gangster ni lebih berharga dari nyawa mereka. Untuk dapatkan balik international passport, mereka akan kerah anak-anak buah untuk carikan maklumat untuk pihak berkuasa.

Siapa yang gangster sebenarnya ni?

Tuesday, September 21, 2010

Biskut Laut

"Ni VCD cerita kuda apa lu bawak ni monyet?" Soalan gua pada arwah Farid 6 tahun lepas.

Arwah crash rumah bujang gua selama setahun. Mula2 dia kata nak tumpang sekejap saja. Kawan baik punya hal gua iyer kan lah. Lama lama gua ajak dia pergi jabatan pendaftaran negara tukar nama ayah dia pada nama gua. Dia maki gua tapi still crash rumah gua.

"Lu jgn main2. Lu tengok dulu cerita ni." Jawap arwah sambil hembus asap dunhill. Gua pau rokok dia sebatang, belek2 VCD tu dan terus on VCD player.

"Wey, kasi la gua layan berita TV3 dulu." Arwah bingit.

"Seabiscuit" tajuk cerita VCD yg gua tengok dulu.

Baru sat tadi cerita tu main kat starmovie astro. Teringat gua kat arwah. Taste dia memang bagus. Tapi bila gua tengok cerita tu untuk kali yang ke ntah berapa banyak kali, gua lebih teringatkan team bola gua. Liverpool Football Club.

Seabiscuit, kisah benar kuda tempang bersaiz kecil dengan performance yang teruk pada awalnya. Tapi jadi kuda yang sangat champion kalahkan kuda saiz lagi besar dan lagi gagah diakhir garisan perlumbaan. Bukan kerana otot kaki kudanya kuat atau saiz badan nya tapi menang kerana hatinya yang cekal dan keazaman yang tinggi.

Sesapa yang belum tengok, pergilah tengok. Tengok "seabiscuit" bukan Liverpool. Liverpool baru nak jadi seabiscuit.

Monday, September 20, 2010

What Is The Truth?

There is no spring without a winter. And there is no winter without the sun. That is the truth.

Jiwa akan menjadi tenang bila kita tahu tentang apa yang benar. Apa yang akan jadi pada kita bila kita masuk kubur. Kita tahu. Tapi atas sebab2 tertentu, kita jadi lupa.

Susilawati dan rakan2 beliau mungkin masih hidup atau mungkin sudah takdak. Kenapa beliau dalam situasi ni, kita tak tahu. Tiba2 ada pulak rakan baik Susilawati di Penang "bunuh diri" kerana tekanan. Apakah dan siapakah yang benar ni?

Masalah selalunya timbul bila kita tak dapat dahulukan akhirat dari dunia. Bila kita kejar dunia, dunia akan lari lebih jauh. Akhirat lagilah jauh. Yang kita tahu, kalau akhirat kita gagal, kita gagal.

Masalah ini lebih rumit kerana akhirat dan dunia ibarat air dengan minyak. Tak boleh bersama, cuma dalam keadaan tertentu saja boleh.

Gua rasa macam nak pergi haji.

Saturday, September 18, 2010

Ipad

Gua post entry pakai iPad member gua. Besar gedabak.

Boleh guna sebagai torchlight cari barang bawah meja malam2.

Thursday, September 16, 2010

Kutu Berwawasan

Lepas raya, gua sambung jadi kutu. Gua rasa jadi kutu ni tak salah jika kita menjadi kutu yg berakhlak mulia. Lagi pun kutu juga makhluk tuhan.

Tepat jam 12.15 malam hingga 2 pagi tadi, gua bersidang dengan kutu cawangan AU2 dan AU5 di mamak dekat rumah gua. Mereka kutu yang berwawasan walaupun rupa tak hensem. "You can't have them all.." Ye dak?

Salah satu agenda perbincangan kami ialah santau. Zaman moden ni makin galak kes santau-menyantau. Rakan abang kepada abang ipar gua meninggal seminggu sebelum raya baru ni akibat di"buat" orang. Arwah tersiksa selama 5 tahun sebelum menemui ajal. Kasihan betol. Teringat kata2 abang kepada abang ipar gua tu, "puas lah hati orang yang menyantau tu..". Puas ke?

Dimana moral mereka yang gemar menyantau ni? Zaman dulu, tak puas hati boleh bersilat dan bertikam depan-depan. Berani dan kental. Sekarang? Gua samakan penyantau dengan askar amerika. Masing2 menyorok di tempat yang jauh tapi hantar peluru berpandu ke sasaran. Semoga tuhan lindungi kita dan mereka yang kita sayang dari perbuatan yang keji dan terkutuk ini.

Gua juga berharap agar selain dari santau angin dan santau makan, janganlah ada santau cyber. Memang gua berhenti layan internet lagi dah. Ngeri wey.

Tuesday, September 14, 2010

Gua Dah Jumpa Jawapannya

Dulu gua pernah post satu entry tentang masalah ubah laluan ketika trafik sesak dan gua janji akan cuba selami dan dapatkan jawapannya. Gua dah dapat.

"To that end, he studied the psychology around changing lanes in traffic. In an article published in Nature in 1999, Dr. Redelmeier and Professor Tibshirani found that while cars in the other lane sometimes appear to be moving faster, they are not."

Dr. Redelmeier mendapati sebenarnya kedua-dua haluan kereta adalah pada kelajuan yang sama. Laluan sebelah kelihatan laju hanyalah satu ilusi.

Miss biola, lu pesan kat adik lu yang lu bukan suey!

Monday, September 13, 2010

Tido Dengan Aman di Las Vegas Malaya

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Las Vegas Malaya

Tatkala ini gua sedang minum nesacfe panas di coffeshop richdad genting, tepi motionmaster dimana wife sedang layan 4D haunted house dgn anak buah. Gua tunggu kat luar dgn adam.

Adam sedap tido dalam pushchairnya. Sejuk dan aman. Yang tak amannya ialah pengunjung di genting ni. Pakai macam nak pi disko pun ada. Alahai...

Hisap rokok juga menjadi satu masalah pada gua kerana bila hembus asap kanan, ada budak kecik. Hembus kiri, ada bayi dalam dukungan ayahnya. Mana gua nak hembus ni? Ahhh..berhenti merokok lah macam ni.

Friday, September 10, 2010

Apakah?

Yer, pagi raya ni gua tak boleh tido. Lepas kasi anak gua susu, belahak kan dia dan tukar lampin sambil wife gua sambung berdengkur tepi gua, gua bikin nescafe panas dan hisap rokok. Mana kunci grill rumah mak gua ni?

************

Usai tak jumpa kunci grill, gua cilok ikut pintu dapur. Rokok punya bahana memang lain macam.

Apakah kebaikan yang dapat gua kecapi di hari raya kali ini? Gua rasa sama sahaja. Raya 30 tahun lepas dan raya hari ini. Mungkin tahun depan gua dapat rahsia raya ni.

Sambil minum nescafe panas, gua hembus asap rokok bersulam wap nescafe dan kedengaran mak gua nyanyi lagu raya tune dan lirik ikut suka dia dalam bilik air.

Sekarang waktu pukul 6.30am. Hujan agak lebat. Lama dah gua tak rasa hujan pagi raya. Rahmat tuhan ye dak?

Dalam banyak persoalan "apakah" gua dipagi raya ni, gua tak faham kenapa suis kat tiang belakang awning dapur mak gua ni tinggi 2 kaki dari tanah?

Thursday, September 09, 2010

Eid Mubarak

Happy Eid Mubarak!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 08, 2010

Citarasa

Citarasa manusia berbeza-beza. Ada yang minat liverpool, ada yang minat Kanye West, ada yg marah dengan pipiyapong, ada yang tak suka shopping raya kat jalan TAR. Macam-macam.

Citarasa ini banyak dibentuk masa kita kecik. Persekitaran kita mencorakkan diri kita.

Arwah ayah gua jenis tak suka cakap banyak, tapi sekali dia tempelak gua mesti gigil. Dia tak pernah pukul anak2 dia.

Arwah ayah gua sahur pukul 5 pagi dan tak pernah "sahur" sebelum tido malam di bulan puasa. Part ni gua memang ikut. Lagi pun ada rahmat yang tersirat pagi2 buta tu. Gua tak tau amende tapi ada lah tu. Yang gua tau, makan sebelum tido buat lu jadi gemok. Lagi pun, makan pukul 12 malam ni bukan sahur, tapi late supper. Kategori lain dan kelas yang lain.

Sahur jam 5pagi ni penuh trankuiliti. Lazatnya pun lain macam.

Ada dua hari lagi nak bersahur untuk tahun ni. Gua rasa kalau gua boleh amalkan sahur hari2 pun ok juga.

Gua doakan anak gua ikut perangai gua yang elok2 sahaja. Amin.

Monday, September 06, 2010

Belahak

Perut budak yang belum pandai duduk banyak timbulkan masalah.

Selain dari membuatkan budak2 yang "lactose intolerant" atau tak tahan lemak susu binatang muntah2, ia juga memenatkan ibu dan ayah budak tu sebab kena tepok2 belakang budak untuk kasi angin yang terperangkap dalam susu tu keluar (kalau minum susu ibu, takyah buat kerja giler ni sebab dalam tetek awek mana ada angin, ngok).

Orang kedah panggil aktiviti kasi angin perut keluar ikut mulut ni "belahak". Kalau budak tu tak belahak, mau bersembur susu dia keluar macam fountain dari mulut dan hidung. Kesian budak. "Aummm chakkk!".

Gua baru lepas "burp" kan anak gua tadi. Punyalah lama baru angin dia keluar. Tapi gua tak kesah kerana gua ayah yang "class". Kalau basuh berak budak dalam gelap pun gua pernah bikin, tepok belakang budak lepas menyusu apalah sangat.

Lepas "burp" anak, gua tengok TV.

Kalau lah ada skim "sekali bukak TV dapat RM100", memang gua dah jadi millionaire. Tapi gua takkan beli Ferrari, bungalow kat Monaco sebiji dan bini empat. Gua beli TV banyak2.

Kaya, kaya, kaya.

Sunday, September 05, 2010

Kutu

Dua jam yang lepas gua baring2 atas katil. Mata mengantuk tapi tak boleh juga gua lelap. Gua paksa mata gua lelap, gua pejam mata kuat2. Tapi makin gua paksa, makin gua tak boleh lelap. Akhirnya gua beralah. Gua bikin nescafe, hisap rokok sebatang dan bukak golf channel layan FedEx Cup @Deutcshbank Championship.

Sambil-sambil layan golf, gua terasa nak menaip entry blog. Nak cerita pasal golf, luorang tak faham. Luorang faham ke birdie, par, bogey dan eagle? Faham bila gua kata "uphill lie lu kena address bola off your right foot supaya lu tak divot bola dan posture lu kena tilt right skit supaya lu level dengan lie". Faham?

Dulu arwah Farid pernah sound gua pasal gua memang takde aktiviti pada hari Ahad. Memang takde. Malam sabtu melepak kedai mamak sampai 3 pagi. Tak melepak mamak gua layan lucky ball main 1-3 dan bila dah start macam nak bergaduh kena pau, main 10-15. Abis buang masa balik umah tido dan bangun pukul 1 tghari. Jadi kutu.

Arwah selalu pesan, "hari ahad lu cari lah aktiviti sehat skit macam naik basikal ke, panjat gunung ke, masuk marathon ke. Barulah minggu lu ada makna skit. Bodoh." Gua angguk kan aje.

Tadi gua bangun pukul 2 tghari. Esok pun lebih kurang tu jugak la kut.

Sifat kutu ni memang susah nak kikis.

Wednesday, September 01, 2010

ish ish ish

Setelah beberapa tahun pakai motor vespa ni, baru gua tau ada usergroup di Malaysia.

viva vespa

Gua rasa gua dah google tahun sudah. Nampak sangat google tak power.