Wednesday, September 08, 2010

Citarasa

Citarasa manusia berbeza-beza. Ada yang minat liverpool, ada yang minat Kanye West, ada yg marah dengan pipiyapong, ada yang tak suka shopping raya kat jalan TAR. Macam-macam.

Citarasa ini banyak dibentuk masa kita kecik. Persekitaran kita mencorakkan diri kita.

Arwah ayah gua jenis tak suka cakap banyak, tapi sekali dia tempelak gua mesti gigil. Dia tak pernah pukul anak2 dia.

Arwah ayah gua sahur pukul 5 pagi dan tak pernah "sahur" sebelum tido malam di bulan puasa. Part ni gua memang ikut. Lagi pun ada rahmat yang tersirat pagi2 buta tu. Gua tak tau amende tapi ada lah tu. Yang gua tau, makan sebelum tido buat lu jadi gemok. Lagi pun, makan pukul 12 malam ni bukan sahur, tapi late supper. Kategori lain dan kelas yang lain.

Sahur jam 5pagi ni penuh trankuiliti. Lazatnya pun lain macam.

Ada dua hari lagi nak bersahur untuk tahun ni. Gua rasa kalau gua boleh amalkan sahur hari2 pun ok juga.

Gua doakan anak gua ikut perangai gua yang elok2 sahaja. Amin.

6 comments:

  1. insyaAllah amiiinnnn.. *tekup muka*

    Selamat Hari Raya babe. Safe drive to wherever you're heading. Mintak maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  2. Mak gua kat Ampang, nenek wife gua kat Selayang. Tak thrill langsung. Rasa macam biasa-biasa aje bila raya.

    Selamat hari raya to you, again.

    ReplyDelete
  3. hahahahah.. bes tu. bleh main drift2 on the road. confirm la jalan KL kering kontang kannn... nak parking tengah2 fed hway pun orang tak marah.

    ReplyDelete
  4. parking tgh highway macam staff DBKL. Perangai macam sakai.

    ReplyDelete
  5. keh3 sama la kite raya kl jelah haihh

    ReplyDelete
  6. Raya kat bulan pun takder hal. Janji ada masjid nak semayang raya.

    ReplyDelete