Dua jam yang lepas gua baring2 atas katil. Mata mengantuk tapi tak boleh juga gua lelap. Gua paksa mata gua lelap, gua pejam mata kuat2. Tapi makin gua paksa, makin gua tak boleh lelap. Akhirnya gua beralah. Gua bikin nescafe, hisap rokok sebatang dan bukak golf channel layan FedEx Cup @Deutcshbank Championship.
Sambil-sambil layan golf, gua terasa nak menaip entry blog. Nak cerita pasal golf, luorang tak faham. Luorang faham ke birdie, par, bogey dan eagle? Faham bila gua kata "uphill lie lu kena address bola off your right foot supaya lu tak divot bola dan posture lu kena tilt right skit supaya lu level dengan lie". Faham?
Dulu arwah Farid pernah sound gua pasal gua memang takde aktiviti pada hari Ahad. Memang takde. Malam sabtu melepak kedai mamak sampai 3 pagi. Tak melepak mamak gua layan lucky ball main 1-3 dan bila dah start macam nak bergaduh kena pau, main 10-15. Abis buang masa balik umah tido dan bangun pukul 1 tghari. Jadi kutu.
Arwah selalu pesan, "hari ahad lu cari lah aktiviti sehat skit macam naik basikal ke, panjat gunung ke, masuk marathon ke. Barulah minggu lu ada makna skit. Bodoh." Gua angguk kan aje.
Tadi gua bangun pukul 2 tghari. Esok pun lebih kurang tu jugak la kut.
Sifat kutu ni memang susah nak kikis.
Sunday, September 05, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
peh. Golf gua layan melalui N-Gage saje. terer jugak pak.
ReplyDeleteBila nak upgrade ke permainan yang betol2 punya?
ReplyDeletepehh..lambat lagi la..perut pun six pack lagi ni. kene tunggu bulat dulu la..hahah
ReplyDeletehehe dah jadi habit mmg susah nk ubah
ReplyDelete