Tuesday, October 05, 2010

Ayam Goreng?


Ini gambar Kolonol Sanders. Atuk sapa gua tak tau. Umur berapa pun gua taktau tapi gua rasa dah lebih seratus tahun kut. Keh keh.

Semalam gua lapar nak mampus, masuk KFC TTDI. Masuk masuk aje, queue dalam 12 orang. Kaunter bukak satu. Mujurlah attendan kaunter tu cekap. Lu order lah berapa banyak pun, dia boleh hafal tanpa silap. Cekap betol dan gua menyesal tak tanya nama dia sapa.

Makcik depan gua masa order tu gua rasa tak pernah masuk KFC. Semua benda dia nak tanya. "Kalau amik pakej ayam ni tak nak air pepsi berapa?. Kalau amik ayam dua ketol, taknak kentang goreng berapa harga?". Menyinga betol gua.

Tengah menyinga gua nampak poster kolonel dan gua snap pakai berry. Gua teringat satu kursus business gua hadiri dulu ada cerita pasal kolonel. Dia sangat yakin bahawa ada pasaran kalau dia bukak kedai jual ayam goreng. Tapi dia takdak duit. Dia pun panjat rumah orang kaya dan ceritakan hasrat dia tu. Ramai yang tak percaya dengan kolonel.

"What? People can fry their own chicken at home. Why go to your restaurant and get fat?". Antara respond orang kaya2 ni.

Tapi kolonel tetap berusaha dan akhirnya setelah meeting dgn beratus orang kaya, dia berjaya. Kalaulah dia dah give up lepas ditolak 20 kali, takdak lah poster muka dia di satu tempat yang beribu batu jauh dari tempat asal kolonel ni.

Kolonel Sanders, salute.

5 comments:

  1. owhh..i thought u are talking about this KFC:
    http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/3165013/KFC-Kennys-Football-Club.html

    ReplyDelete
  2. ooo bwk tau..sy pun nk ikut kolonel nie x mo cpt putus asa hehehe

    ReplyDelete
  3. tsk! lapo siot tengok muka pakcik kentaki nih.

    ReplyDelete
  4. Miss: itulah mesej yg cuba gua sampaikan disini.

    Gayah: diet skit. Kata nak pi haji.

    ReplyDelete