Monday, October 04, 2010

Ofen Houze

Ofen houze banyak gila weekend sudah. Gua suka pi ofen houze kerana ada makan-makan dan minum-minum. Isu yang gua tak minat tentang ofen houze ni ialah mengejar masa. Kalau ada 4 ofen houze dilokasi berpeluh ketiak punya jauh yang harus dihadiri dalam tetingkap masa 3 jam, lu pikirlah sendiri.

Kadang-kadang gua buat juga ofen houze ni. Buat ofen houze ni bukan skit punya usaha bro. Biarlah kita hidangkan kuih-muih dan air sirap sahaja, tetapi usaha dan kerja kerasnya sama je gua rasa. Jadi janganlah kita komplen rendang daging liat ke, air sirap kurang gula ke, selipar crocs lu sama macam selipar crocs orang lain yang datang ke, tissue tuan rumah sediakan tu nipis ke. Jangan.


Adam (dalam gambar diatas OTW ke ofen houze) mengucapkan terima kasih pada mereka yang buat ofen houze. 1Malaysia, 1OfenHouze.

3 comments: