Friday, December 31, 2010

2010

Secara keseluruhannya tahun ini agak bagus. Malaysia menang Piala Suzuki. Kejohanan untuk negara ASEAN yang hadiahnya dari negara Jepun.

Saya start amik gambar secara sederhana serius. Terima kasih Nikon.

Saya start main golf secara agak serius. Terima kasih KGSAAS.

Saya dah berhenti merokok secara amat serius. Terima kasih saya.

Tahun ini saya ada Adam. Terima kasih Tuhan.

Friday, December 24, 2010

Hantu Kak Limah - The Review

Panggung wayang sepatutnya ada seat yg tak der seat. Duduk atas lantai dan pakai bantal. Harga patut dikurangkan kepada mereka yang bawa bantal sendiri. Tapi bantal yang ada logo Manchester United FC jangan dibenarkan dibawa masuk. Euueeewww.

Semalam, saya dan isteri telah bergegas ke Cineleisure The Curve untuk menyaksikan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Cerita ni memang agak kelakar. Ada yang kata lagi kelakar dari the original story. I beg to differ.

Cerita ni memang kelakar tapi mungkin kerana jumlah pelakon yg semakin berkurangan membuatkan tahap kekelakaran itu tersangkut-sangkut. Watak berkarakter yang kelakar cuma tinggal beberapa kerat. Kalau dulu ada Que Haidar, ada Jalil Hamid dan beberapa lagi pelakon kelakar gred A-. Mengapa pelakon kurang? Adakah Mamat Khalid sudah terjebak dengan syndrom "jom cepat kaya"?

Saya berangan nak buat cerita juga. Cerita pasal seorang taiko/gangster/ayahanda yang sangat sayangkan kucing.

Tuesday, December 21, 2010

Smart Tag

Sesetengah perkara nampak smart tapi sebenarnya tidak. Kereta jenama "smart" tapi pembelinya saya rasa tak smart. Smart tunnel pun tak berapa nak smart walaupun berharga berbillion ringgit. Steven Seagal ada yang kata dia smart tapi saya rasa dia mat poyo yang tak smart.

Smart tag tu kira ok lah cuma kalau dia tak berbunyi "teeeetttt" bila lalu kat toll, dia lagi smart. Saya tak faham kenapa perlu ada bunyi itu. Kalau transaksi tak jalan, palang tak naik. Jadi, kejadah nak ada bunyi "teeeettt" tu? Buat perabis bateri sahaja. Kalau lampu jalan berbunyi bila warna hijau tu patutlah untuk mereka yg cacat penglihatan melintas. Pemandu pakai smart tag ada yg buta ke?

Touch n Go, jangan jadi tak smart macam Proton. Proton punya tak smart terlalu banyak sampai gua rasa kena buat entri khas.

Thursday, December 16, 2010

RM10 juta ringgit

Kadang2 saya mimpi kena kejar dengan hantu. Mulut cuba nak baca ayat suci Al-Quran tapi sebab diri dalam tidor, lidah jadi tersekat-sekat. Nak baca "Bismillah..." jadi "ouukk, oukkk, ouukkk". Bila terjaga, hati berdebar2 dan tengkok berpeluh. Pelik kan?

Ada juga saya mimpi jadi orang kaya. Yang hairannya, dalam mimpi tu bukan betol2 nampak duit dalam akaun bank berjuta. Cuma dalam mimpi tu saya tahu saya orang kaya sebab pakai kereta mewah dan rumah serba mewah. Tapi bila terbangun, perasaan diri tu kaya terus hilang. Mungkin perasaan yang ada dalam diri beberapa saat sebelum terjaga dari tidor tu lah perasaan saya kalau dalam bank memang ada duit RM10juta ringgit. Sebab nak merasa dalam kehidupan realiti, lambat lagi kut.

Alang2 berangan, baik berangan ada 3 trillion US dollar dalam akaun bank! Bahlol betol.

Monday, December 13, 2010

Flat Tyre

Merokok membahayakan kesihatan.

Bila sedang memandu kita harus sentiasa peka dengan keadaan jalanraya dihadapan. Kalau ada lubang, kita harus mengelak kearah kanan kita supaya kita tak terlanggar pakcik bawa motosikal dilorong kiri. Kalau sebelah kanan pun ada kereta, perlahankan kereta dan belok kiri atau kanan (mana yang tiada kenderaan).

Kalau terlanggar benda atas jalanraya sampai tayar pecah (tayar pecah bila ada bunyi "dub, dub, dub" yang makin lama makin kuat), kita harus berhenti ditempat yang selamat. Jangan main berhenti dalam gelap kerana dalam gelap banyak hantu. Kalau siang hari, jangan berhenti tepi jalan yang sesak kerana takut teksi langgar kita dari belakang.

Sediakan "jack" kereta yang jenis hidraulik untuk angkat kereta. Kalau masih pakai "jack" jenama brengsek yang datang sekali dengan kereta proton tu, standby untuk sakit pinggang.

Pesanan ini dibawakan oleh saya.

Friday, December 10, 2010

I.T.I.S

Sempena tahun baru ini, saya akan menggunakan gantinama "saya" pula. Selamat tinggal "gua".

ITIS ialah satu sistem yg berasas kan kebodohan dan tamak haloba. Sepatutnya mempamerkan tahap kesesakan lalulintas, ITIS mempamerkan kebanggangan DBKL.

Saya tak pernah percaya dengan apa yg ITIS tulis atas papan elektroniknya. Penipu.

Wednesday, December 01, 2010

karaoke

Karaoke ialah perkataan Jepun untuk "kelas mengaji".

Gua tak berapa gemar berkaraoke tapi kalau kawan2 ajak teh tarik dalam karaoke, gua pasrah. Gua tak maksudkan Redbox. Redbox tu kalau kereta, kira standard proton saga lah. Gua maksudkan kereta Audi.

Suara gua macam manusia normal, pitching jangan ceritalah. Katak yang kerja dia panggil hujan pun resign.

Ada beberapa perkara dalam karaoke yg gua tak buat dan gua tak perlulah ceritakan disini. Pendek kata, gua clean.

Membaca personaliti seseorang dalam karaoke pun bagus. Kalau jenis yang tak menyempat-nyempat tu, memang gua pangkah. Catch my drift?