Tuesday, December 21, 2010

Smart Tag

Sesetengah perkara nampak smart tapi sebenarnya tidak. Kereta jenama "smart" tapi pembelinya saya rasa tak smart. Smart tunnel pun tak berapa nak smart walaupun berharga berbillion ringgit. Steven Seagal ada yang kata dia smart tapi saya rasa dia mat poyo yang tak smart.

Smart tag tu kira ok lah cuma kalau dia tak berbunyi "teeeetttt" bila lalu kat toll, dia lagi smart. Saya tak faham kenapa perlu ada bunyi itu. Kalau transaksi tak jalan, palang tak naik. Jadi, kejadah nak ada bunyi "teeeettt" tu? Buat perabis bateri sahaja. Kalau lampu jalan berbunyi bila warna hijau tu patutlah untuk mereka yg cacat penglihatan melintas. Pemandu pakai smart tag ada yg buta ke?

Touch n Go, jangan jadi tak smart macam Proton. Proton punya tak smart terlalu banyak sampai gua rasa kena buat entri khas.

3 comments: