Monday, December 13, 2010

Flat Tyre

Merokok membahayakan kesihatan.

Bila sedang memandu kita harus sentiasa peka dengan keadaan jalanraya dihadapan. Kalau ada lubang, kita harus mengelak kearah kanan kita supaya kita tak terlanggar pakcik bawa motosikal dilorong kiri. Kalau sebelah kanan pun ada kereta, perlahankan kereta dan belok kiri atau kanan (mana yang tiada kenderaan).

Kalau terlanggar benda atas jalanraya sampai tayar pecah (tayar pecah bila ada bunyi "dub, dub, dub" yang makin lama makin kuat), kita harus berhenti ditempat yang selamat. Jangan main berhenti dalam gelap kerana dalam gelap banyak hantu. Kalau siang hari, jangan berhenti tepi jalan yang sesak kerana takut teksi langgar kita dari belakang.

Sediakan "jack" kereta yang jenis hidraulik untuk angkat kereta. Kalau masih pakai "jack" jenama brengsek yang datang sekali dengan kereta proton tu, standby untuk sakit pinggang.

Pesanan ini dibawakan oleh saya.

5 comments:

  1. terima kasih atas pesanan anda. saya akan mematuhinya.

    missed me? huahuahua...

    ReplyDelete
  2. hah! hajja gayah! welcome home in one piece.

    ReplyDelete
  3. tengkius... heeeeeeeee..

    wah baby adam makin mengancam jiwa siot. nasib laa i blom ada baby girl. kalau tak, i dah cop jadik menantu i.

    ReplyDelete
  4. yer shaihulud, saya memang prihatin.

    ReplyDelete