Saya sambung cerita saya tentang arwah Farid, sahabat baik saya. Sebelum itu, elok kalau saya ulang tayang sedikit cerita saya dahulu.
Farid ni rambut dia kerinting-kerinting halus. Walaupun tak berketak macam senoi, tapi alang-alang nak mengutuk mestilah kasi yang terbaik. Jadi, melekitlah nama timang-timangan Farid Senoi. Kami bukan rasis cuma masa itu zaman budak-budak. Budak-budak punya rasis bukannya bebetol pun. John Travolta masa zaman budak-budak pakai jaket kulit ala-ala mat rempit tapi joget macam pondan!
Rupa paras si senoi ni kacak lah juga. Kakak dia kawin mat saleh dan tinggal di England sekarang. Bekas model sabun Lux sebelum erra fazira jadi cantik.
Saya tak nak cerita pasal kenakalan senoi kerana dia pun dah tak ada. Cuma baru sebentar tadi saya terbaca satu blog tentang manusia yang berubah bila usia semakin tua, saya terkenang kan arwah.
Saya rasa 4 tahun sebelum dia meninggal diusia 36 tahun akibat serangan virus yang membawa maut kepadanya dibumi Pakistan itu, dia tak pernah tinggalkan solat dan kalau bersolat pun, 95% darinya ialah di Masjid.
Kalau masa mudanya senoi pergi sekolah pakai kasut Reebok waktu orang lain pakai kasut Bata, masa dia meninggal dia hanya berselipar.
Kalau pada tahun 1986 senoi sudah pandai membeli seluar jeans 501 dan Calvin Klien, waktu dia meninggal dia hanya berkurtah atau mungkin berbaju melayu.
Bukan kerana dia hidup miskin tetapi mungkin baginya tiada keperluan untuk semua itu lagi. Ada yang lebih penting untuk dia dan saya hormati senoi kerana itu.
----------------
Semoga kau tenang dan aku tau kau dah berjaya senoi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya pernah diziarahi rijal ghayb ketika solat bersama Farid.
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati beliau.
amin.
ReplyDelete