Friday, February 18, 2011

Memoirs Of An Old Man

Masa saya sekolah rendah dahulu, saya gemar ke sekolah. Mungkin kerana sekolah rendah tak banyak memberi tanggungjawab yang harus saya pikul. Lagi pun masa kecik saya tak suka awek.

Ketika di darjah tiga biru, selepas 2 bulan sekolah bermula masuk seorang murid baru. Beliau pulang dari Pakistan kerana bapanya duta disana. Cikgu kelas terus menyuruh beliau duduk disebelah saya. Nama dia Ikmal.

Ikmal banyak mengajar saya tentang dunia luar Malaysia. Saya ingatkan Malaysia ni buruk, rupanya Pakistan lagi buruk. Dalam masa 2 hari beliau duduk disebelah saya, saya dah khatam perkataan mencarut dalam bahasa inggeris, pakistan dan cina.

Pada hari ketiga beliau duduk disebelah saya tiba2 beliau berkata "you are my best friend".

Ikmal mungkin tak pandai dalam pelajaran tetapi beliau pandai melukis. Karakter lukisan Ikmal tu sebijik macam Caltex SupaStrika dalam Astro. Entah-entah memang Ikmal yang lukis.

2 bulan juga Ikmal masuk kelas tiba-tiba dia hilang. Dengar ceritanya bapa dia kena station di Belanda pula.

Saya rasa Ikmal masih seorang yang periang dan kaki mencarut macam dulu. Dah hampir 30 tahun saya tak jumpa budak pertama yang claim saya ini sebagai best friendnya. Padahal saya rilek aje.

-------------------

Ikmal, aku rasa kau masih malas membaca dan mengira sebab kau tu spoil brat dan anak orang kaya memang pe'el tak senonoh. Ada kutu kata kau berjaya sambung belajar ke USA. Aku tak percaya sebab kau tu bebal. Tapi kalau kau terbaca posting aku ni, sila komen dan kita pekena teh.

2 comments:

  1. excited nak baca sampai hujung sebab nak tengok bahagian komen. alsedihnya la kan...

    confirm la ikmal tu tak pandai baca kot. tu pasal dia tak letak komen.

    ReplyDelete
  2. Ikmal ni suka tengok gambar aje. Majalah ada gambar bunny. Kah kah kah.

    ReplyDelete