Friday, February 25, 2011

Perubahan Skala Lapan di Skala Richter

Saya pernah merasai satu zaman dimana saya tak sanggup nak lalu dibelakang lorong kedai. Waktu itu sistem pembentungan masih belum upgrade dan masih ada job description "pencacai tua angkat najis".

Sekarang, semua rumah dah ada aircond. Semua rumah ada TV, ada pencawang astro atas bumbung (piring satelit lah). Tapi tak semua rumah ada Astro Beyond, kaaaannnn?

Masa saya kanak-kanak, saya sering teringin nak naik kapalterbang. Ramai rakan2 sekolah termasuklah Ikmal sebok tunjuk gambar mereka di Disneyland lah, atas menara besi karat di Paris lah, dalam sampan buruk tepi bangunan nak runtuh di Venice lah, menara condong dah nak roboh di Itali lah. Diorang tak tau ke kat Telok Ensen pun ada menara condong jugak? Diorang tak tau ke sampan di Malaya ni boleh dikatakan semuanya buruk2 dan kalau setakat nak naik menara besi buruk tu lebih kurang panjat Batu Caves aje. Diorang tak tau ke semua tu?

Yer, masa kecil saya rasa sangat irihati dengan rakan2 yang dah naik kapalterbang.

Sekarang, semua orang boleh naik kapalterbang. Maklumlah lagi murah naik kapalterbang dari naik kereta. Adam, anak saya pun akan saya bawa naik tak lama lagi.

Perubahan begitu cepat berlaku tapi saya rasa kalau saya ke Felda di Pahang, suasananya sama dari dulu sampai lah sekarang. Perasaan saya aje kut.

4 comments:

  1. felda pun dah berubah bro. Dari zaman tape made in keratong dah jadi from ladang with love in full HD, kahkahkah

    ReplyDelete
  2. seronoknya adam nak naik kapal terbang...

    Adam, jangan nangis ok!!

    ReplyDelete
  3. Gampang fikiranlicin.. Hehehe

    Wifey, harap dia nangis tak jerit2 lah.

    ReplyDelete
  4. jaga jaga masa naik kapalterbang, jangan main main di tepi pintu, takut tergelincir

    ReplyDelete