Wednesday, March 30, 2011

Bila Saya Tenung Mata Anak Saya

Semua orang sayangkan anak mereka, ibu-bapa mereka dan saudara-mara serta sahabat handai mereka. Kasih sayang yang dimaksudkan ialah agar keamanan, kedamaian serta ketenteraman dimana juga mereka berada.

Bila saya tenung mata anak saya, perasaan kasih dan sayang ini bukan sahaja akan merangkumi semua apa yang telah saya sebut diatas malah lebih lagi hingga tak terkata oleh lidah ini.

Tetapi apakah keadaan dan situasi yang akan beliau hadapi tatkala saya sudah tiada nanti? Tatkala ekonomi Amerika Syarikat yang semakin merudum dan peralihan kuasa paling besar didunia akan bertukar tangan dari Amerika ke Israel pula. Di waktu selepas peralihan kuasa ini, orang Islam akan benar-benar tertekan. Bagaimanakah keadaan orang Islam amnya dan anak saya khususnya dikala itu nanti?

Imran Hosien ialah seorang pendakwah Islam yang agak pakar dalam ilmu tentang kedatangan Al-Masih Dajjal dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Satu hari ni saya mendengar syarahan-syarahan beliau.



Saya akan cuba membesarkan anak saya dalam suasana Islam yang baik dan akan melatih dia supaya menjadi seorang lelaki Islam yang sejati dalam mempertahankan agamanya.

Gagah dan beranilah kamu bila dewasa kelak wahai Adam, anakku.

Monday, March 28, 2011

MASKARA

Sabtu lepas, saya bersama isteri dan juga Adam telah ke MASKARA atas jemputan beberapa kawan. MASKARA ialah satu acara yang dianjurkan oleh SINDIKET SOL-JAH dimana artis-artis indie, buku-buku indie, orang-orang indie dan baju-baju indie berkumpul untuk meraikan seni indie. Walaupun saya bukan indie tapi atas dasar percayakan prinsip2 rakan-rakan Sol-Jah, saya pun pergilah.


Acara yang diadakan di Rumah PENA ini merupakan satu platform yang amat bagus untuk mereka2 yang ingin serius berseni. Saya, isteri dan juga Adam sangat suka! Tengok lah gambar Adam. Punya lah seronok. Nak aje saya piat telinga dia.

Saya tak tanya, tapi saya rasa Adam ialah pengunjung indie paling muda pernah datang ke MASKARA pada usia 9 bulan.

Thursday, March 24, 2011

Ini Macam Punya Orang Mesti Ada

Semalam sewaktu dikaunter pembayaran stesyen petrol Petronas LDP Sg. Pencala saya terdengar orang dikaunter sebelah menceritakan tentang kejadian yang berlaku di Masjid Sg. Pencala sehari sebelumnya. Seekor anjing liar merayau-rayau dalam masjid sewaktu orang sedang sembahyang (saya tak tau samada magrib atau isya' tapi malam lah) berjemaah. Ini pertama kali saya dengar kes macam ni. Pehh..... makmum yang konon-konon tengah khusyuk tu gerenti melompat ye dak?

Selepas isi minyak, saya ke lapangan sasar golf disebelah One Utama.

Usai belasah 30 biji bola, lalu seorang mamat cina X berumur dalam lingkungan 45 tahun dibelakang saya dan berhenti sambil berborak dengan seorang lagi mamat cina Y selang 3 petak dari petak saya. Cina X pun borak, cerita pasal orang kamcheong* lah, par lah, birdie lah. Kemudian dia ambil sebatang kayu golf cina Y yg sedang berlatih itu dan mula memukul beberapa bola (nak tunjuk dia boleh pukul bola golf jauh dan padu).

Setiap kali saya ke lapangan sasar golf ini sejak 3 tahun kebelakangan, saya mesti nampak mamat cina X ni. Setiap kali juga modus operandi beliau sama. Jumpa cina lain, borak, amik kayu golf orang lain dan pukul bola yang orang lain tu sewa. Tapi saya tak pernah nampak dia bawa set golf nya sendiri dan pukul bola yg disewanya sendiri. Saya jadi benci bila tengok muka X ni.

Wahai Adam anakku yang amat kusayangi, jangan jadi cina X.

*Kamcheong = mamat huru-hara atau mamat gelabah.

Monday, March 21, 2011

Spektra Warna

Jika hanya ada satu jenis ikan yang hidup didalam lautan luas dan juga sungai, alangkah statiknya nikmat dunia. Goreng ikan sardin, keropok ikan sardin, ikan sardin masak tiga rasa, ikan sardin stim. Monotonous dan ia juga menunjukkan betapa sungguh tidak kreatifnya Sang Pencipta ikan.

Jika hanya satu warna sahaja yang wujud didunia ini, alangkah bosannya alam. Rambut kuning gelap, pokok kuning cair, motor kuning kulit pisang, muka Awie kuning kekuning kuningan. Bosan gila kan?

Jadi Sang Pencipta pun menjadikan dunia ini penuh dengan kelainan dan merealisasikan kelainan itu dalam satu bentuk yang halus. Siapa sangka didalam cahaya matahari tu ada pelbagai warna yang indah-indah?


Dan masih ada orang kata yang alam ini tercipta dengan sendirinya melalui evolusi.

Thursday, March 17, 2011

Cerita Tentang James Bulger

James seorang kanak-kanak 2 tahun telah dibunuh dengan kejam oleh 2 orang kanak-kanak lain berumur 10 tahun di Liverpool, England pada 12 Februari 1993. Kalau anda mahu membaca kisah pembunuhan yang mengerikan ini, sila klik sini.

Pembunuh James telah dikenakan hukuman selama 10 tahun pada 1993 dan dibebaskan dengan syarat (parole). Mereka dibebaskan dengan menggunakan personaliti lain dan disembunyikan dari umum kerana bimbang akan ada orang cuba membunuh mereka. (Gambar dibawah ialah dua kanak-kanak yang membunuh James).


Persoalan yang saya ingin cetuskan disini ialah kenapa perlu sembunyikan personaliti pembunuh ini setelah mereka dibebaskan? Biarkan saja mereka bebas dengan identiti mereka diketahui agar mereka sedar perbuatan mereka dahulu itu salah. Kalau ada orang ingin membunuh mereka pun, biarlah mereka pertahankan diri mereka sendiri. Polis kan ada?

James Bulger, seorang kanak-kanak riang dan comel. Kalau dia masih hidup, umur dia 21 tahun ini.

Tuesday, March 15, 2011

Kuala Lumpar

Waktu saya tulis setting twitter, saya tulis saya datang dari "Kuala Lumpar". Mat saleh bila sebut nama Kuala Lumpur, jadi Kuala "Lumpar".

Saya main-main aje bila buat benda tu, rupanya "tumblr.com" tak main-main.



Mangkuk hayun. Saya dah ban tumblr.

Monday, March 14, 2011

Bila Neutron Menghentam Nuklei Atom

Bila kita makan makanan yang "berangin" seperti halia, kita akan buang angin. Mana datangnya angin ni dan macamana dia tau nak keluar jadi sendawa atau kentut? Haiwan buang angin jugak ke?

Negara matahari terbit memang kena bencana alam yang agak dahsyat minggu lepas. Saya tidak ambil tahu sangat tentang aksi2 ngeri yang berlaku. Cukuplah sekadar mengetahui ramai yang terkorban. Saya tidak rasa nikmat bila melihat kesengsaraan orang lain.

Reaktor nuklear Malaysia akan siap pada 2021. Risiko untuk reaktor ini jadi seperti Cernobyl atau di Jepun sekarang ini adalah amat tipis. Ini kerana Malaysia bukan terletak di "fault line" dan kegagalan reaktor nuklear sangat jarang berlaku.


(Bagaimana Reaktor Nuklear Menjana Tenaga - Sila klik gambar untuk membesarkan ia ke saiz yang kepala hotak awak boleh nampak)

Saya bukan seorang yang ada cukup data tetapi saya dapat merasakan bahawa untuk jadi lebih maju, Malaysia memerlukan lebih banyak sumber tenaga dan tenaga nuklear adalah sumber yang murah, cekap dan rendah hasil karbon. Kita tidak boleh terlalu bergantung pada arang batu dan gas kerana sumber ini yang makin berkurangan dan harga yang tidak menentu.

Kita tidak boleh ada kekangan seperti ini.

Tuesday, March 08, 2011

Mickey Mouse

Kalau nak saman, saman aje lah. Sebab memang saya bersalah pun. Nak saman ekor pun, saman lah. Saya dah tak kesah dah.

Di dalam dunia yang harus ada peraturan kita perlu ada undang-undang. Kalau tiada peraturan maka jadilah kita seperti haiwan. Mujurlah haiwan ni takde akal. Kalau tak, naya umat manusia dikerjakannya. Tengok cerita Jurassic Park tu.

Haiwan yang ada akal tapi baik susah nak jumpa. Mengikut Disney channel, haiwan yang paling baik kalau ada akal ialah Mickey Mouse.

Kalau haiwan dalam dunia ni semuanya berakal, saya pasti akan jadi pereka fesyen kerana takkan lah diorang nak berbogel kehulu kehilir. Tak malu ke? Lagipun haiwan yang ada akal mungkin tak ada citarasa. Senang skit nak jual.

Friday, March 04, 2011

Mengapa Baa Kau Berubah, Mengapa Baa.

Sabah dikenali sebagai negeri dibawah bayu. Amende tu?

Saya sedang berada dinegeri dibawah bayu. Saya juga bawa Adam ke Sabah. Esok kami balik ke negeri diatas bayu (KL).

Di Sabah, Adam merasa naik kapalterbang, bot dan 4WD. Adam juga merasa tidor tepi gunung, atas pulau dan atas air. Adam merasa mandi sungai, hot spring dan laut.

Kami ke Sungai Babagon (lalu depan kawasan rumah Stacy AF tu! *wateva*), Poring hot spring, Kundasang dan Pulau Manukan. Semuanya dekat dengan Kota Kinabalu. Saya cuma terkilan tak dapat ambil gambar puncak gunung Kinabalu waktu di Kundasang. Cuaca basah dan asik berkabus. Apa? Kenapa tak mendaki aje? Kepala hotak korang!

Kalau anak jantan saya ni mengada-ngada tak suka backpacking dan travelling dah besar nanti, saya piat telinga dia dan saya suruh dia tidor dalam kereta.

Betul baa.