Friday, March 04, 2011

Mengapa Baa Kau Berubah, Mengapa Baa.

Sabah dikenali sebagai negeri dibawah bayu. Amende tu?

Saya sedang berada dinegeri dibawah bayu. Saya juga bawa Adam ke Sabah. Esok kami balik ke negeri diatas bayu (KL).

Di Sabah, Adam merasa naik kapalterbang, bot dan 4WD. Adam juga merasa tidor tepi gunung, atas pulau dan atas air. Adam merasa mandi sungai, hot spring dan laut.

Kami ke Sungai Babagon (lalu depan kawasan rumah Stacy AF tu! *wateva*), Poring hot spring, Kundasang dan Pulau Manukan. Semuanya dekat dengan Kota Kinabalu. Saya cuma terkilan tak dapat ambil gambar puncak gunung Kinabalu waktu di Kundasang. Cuaca basah dan asik berkabus. Apa? Kenapa tak mendaki aje? Kepala hotak korang!

Kalau anak jantan saya ni mengada-ngada tak suka backpacking dan travelling dah besar nanti, saya piat telinga dia dan saya suruh dia tidor dalam kereta.

Betul baa.

6 comments:

  1. nangis ke dia dok dalam belon? ke eksaited? ke jakun? ke bapak dia yang nangis? nyahahahaha..

    ReplyDelete
  2. Adam tak nangis langsung. Dia steady aje. Masa naik bot aje dia goyang skit sambil mata termenung tengok lantai bot. Takut tengok air lah tu.

    ReplyDelete
  3. Janganlah berkasar dengan kanak kanak

    ReplyDelete
  4. aku dah 4 tahun kat sabah pon x sampai lagi poring...adesss

    ReplyDelete
  5. Poring tu biasa aje. Jauh siot.

    ReplyDelete