Ahad sudah saya ke majlis harijadi anak seorang sahabat di Denai Alam. Menarik juga tempat tu. Untuk bayaran sebanyak RM180 setahun, kita boleh menggunakan fasiliti yang ada seperti splash pool dan bawa anak naik kuda padi pusing2 dalam tu.
Kanak-kanak memang yang paling riang didalam majlis sebegini. Seperti tiada esok. Bebas dari sebarang masalah dan pengkhianatan dunia.
Selamat harijadi Airiss.
Monday, January 30, 2012
Thursday, January 26, 2012
Tiga Pekan di Perak
Perasaan mandi sungai saya hampir luput dari ingatan tetapi dua hari yang sudah, saya ke Hutan Lipur Ulu Kenas. Ianya terletak diantara Kuala Kangsar dan Manong. Cuacanya nyaman, airnya sejuk dan ia sangat terbaik. Saya berendam 30 minit. Selesai berendam, kami bergelinjang makan cendol di pekan Kuala Kangsar.
Sebelum saya terlupa, ramai juga yang berendam dengan saya tempoh hari. Yang menghairankan ialah tidak ramai yang berbahasa Perak. Boleh dikatakan 80% berbahasa macam orang KL, termasuk lah saya. Isteri saya orang Selayang, mana reti cakap Perak. Saya cuma akan bercakap Perak bila berbual dengan mak. Hah, yang itu otomatik jadi cakap Perak.
Bila saya ke pejabat kerajaan negeri Ipoh, perkara yang sama juga berlaku. Pegawai bertugas dikaunter ramai berbahasa standard. Ater, mana ghopenya yob?
Ipoh diwaktu malam memang layan juga. Greentown mantap dan bersepah dengan pot melepak dan makan-makan yang bagus. Tak sempat nak merasa makan gerai van sepanjang jalan di Greentown tu. Mungkin dilain masa.
Abis makan malam di Dubliners Cafe, kami pun berjalan-jalan di Gerbang Malam di tengah-tengah bandar Ipoh. Satu kawasan yang seperti 'uptown' di KL. Layan jugak lah.
Lunch Nasi Vanggey memang lain macam. Kepada pengunjung bandar Ipoh, silalah kesana untuk makan tengahari anda.
Ipoh, Taiping dan Kuala Kangsar adalah tiga lokasi berbeza di sebuah negeri yang sama dengan citarasa, ambience dan tarikan yang tersendiri namun ketiga-tiganya tip-top!

Friday, January 20, 2012
Mindef Saya
Semakin umur kita meningkat, semakin sistem pertahanan badan kita lemah menentang penyakit. Adakah anggota sistem imunisasi badan manusia juga beruban bila tuan punya badan beruban?
Melihatkan sistem imunisasi badan yang telah dianugerahkan kepada kita dari tuhan, saya amat teruja. Ianyanya begitu menyeluruh dan sistematik. Seingat saya, tak pernah pulak saya arah kan "T-Cell" didalam sel darah putih saya untuk menyerang kuman dan bakteria yang terlepas masuk kedalam darah.
Pandai pulak sistem imunisasi ini mengesan mana satu bakteria baik dan mana satu bakteria setan dan memerangi bakteria setan tadi dengan pelbagai cara sampai menang. Nak menambahkan rasa teruja tadi, rupanya sistem imunisasi badan kita boleh mengingat bakteria2 yang telah mereka hancurkan dan secara otomatik menyediakan ubat untuk membunuh bakteria tadi tanpa perlu perang teruk-teruk. Ingat vaksinasi?
Pehhh... dahsyat.
Kembali kepada persoalan saya diatas tadi, makin tua makin badan tak tahan melawan penyakit.
Ada seorang rakan yang tidak pernah alah kepada makanan laut tetapi tiba-tiba dia "sinus" selepas melantak udang bila umurnya 35 tahun.
Semoga umur kita dipanjangkan dengan tidak mengidap penyakit yang kronik. Setakat pening-pening dan sakit urat tu tak mengapalah kerana ia penghapus dosa.

Tuesday, January 17, 2012
Kad Berpuaka
Kad kredit ialah sekeping kad yang memang berpuaka.
Perkara pertama yang membuatkan ia berpuaka ialah betapa mudahnya untuk membeli barang. "Swipe" dan tandatangan. Dengan adanya internet, nafsu untuk membeli barangan didalam talian adalah amat memberahikan. Hah, cara ini lagi mudah. Isi butiran kad sahaja dan barang akan sampai dalam masa yang ditentukan. Pehhhh...
Sekiranya seseorang itu bergaji, pihak yang mengeluarkan kad berpuaka ini akan memberikan kad ini bersama dengan jumlah kredit yang tertentu. Malah pihak pengeluar lain juga akan berlumba-lumba untuk memberikan individu tadi kad yang sama, cuma berlainan jenama hanya dengan melihat salinan kad puaka yang individu tadi telah miliki.
Zaman saya ada kad ini, limit penggunaan bermula dari RM3,000. Sekarang tak tahu lah.
Dahulu kala memang saya pernah memiliki sekeping kad yang berpuaka ini. Tetapi kini tiada lagi. Saya hanya ada kad debit. Itu pun hanya untuk membuat tempahan tiket kapalterbang secara atas talian, atau membeli barangan di ebay mengikut kemampuan yang saya ada.
Sekiranya anda seorang yang berdisiplin didalam menggunakan wang dan juga kad puaka ini, anda memang sangat beruntung. Tapi pada hemat saya, ramai rakan dan sahabat taulan saya yang disiplin tahap kelas pertama pun kantoi bila berhadapan dengan kad puaka ini.
Celaka lah kau wahai kad kredit.

Friday, January 13, 2012
Patrice Evra Saya
Sewaktu saya bersekolah ditingkatan 2, saya agak tidak berkenan dengan seorang budak berbangsa india yang satu tingkatan dengan saya. Bukanlah saya ini bersifat perkauman cuma saya tidak gemar dengan cara beliau berfesyen, berjalan dan segala-galanya mengenai dia.
Bila saya nampak dia, saya akan menarik-narik seluarnya kerana tidak berkenan dengan seluar "pleet" panjang, baggy dan berkocek kecil dibahagian tepi lutut seluar. Pendek cerita stail jinjang.
Ada juga kadang-kala saya akan menrosakkan rambutnya yang amat stylo dan berwarna coklat kerana di"bleach".
Saya bukan seorang pembuli tetapi bila berhadapan dengan dia, saya jadi berang.
Kevin Arokiasamy, aku dengar cerita kau kena penjara di Bali kerana kes pil dadah. Tak tau lah kau dah keluar ke belum tapi isu kita dulu2 tu, aku nak minta maaf lah bro. You were my Patrice Evra.

Thursday, January 05, 2012
Ekspedisi Mockba - Zurich
Tiba di Zurich, pagi. Pukul 6 macam tu lah. Zurich merupakan transit kami untuk ke Rusia. Waktu itu sudah tiada penerbangan Aeroflot terus ke Mockba dari Sepang. Dulu-dulu adalah. Saya dengar pramugari Aeroflot sangat jelek. Mereka yang ramainya berbadan seperti gergasi akan mencampakkan air tin yang dipesan dari ruang berjalan kepada pelanggan yang duduk tepi tingkap tanpa memberikan kertas tisu. Allahualam. (Gambar pramugari Aeroflot dibawah mungkin gambar tipu).
Suhu dalam lapangan terbang antarabangsa Zurich waktu tu suam-suam kuku. Saya pergi tepi tingkap dan cuba meninjau suasana sekitar lapangan terbang itu, pun suam-suam kuku juga. Cumanya, saya pasti suhu diluar sangat sejuk kerana bahagian luar tingkap penuh dengan titis-titis air seperti dalam peti sejuk. Saya tekapkan tangan saya ketingkap dan dekatkan pandangan saya untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Apa pun tak nampak kecuali kereta parking tepi jalan. Lalu saya pun menjadi boring.
Saya kembali ketempat duduk awam di zon bebas cukai lapangan terbang. Tidak ada apa yang menarik minat saya. Makwe mat saleh yang sebok lalu lalang semua tak boleh pakai. Lagi pun ada ke makwe chun bangun pukul 6 pagi? Gila ke? Polong ke apa?
Sekeping majalah berbahasa perancis terboncai diatas kerusi bersebelahan. Dua minit berlalu dan saya masih termenung melihat muka hadapan majalah itu. Lalu saya pun menjadi boring.
Tiba-tiba beberapa orang terjerit-jerit dari jauh memanggil saya. Dalam keadaan mengantuk dan boring itu saya tidak dengar apa yang dijeritkan. Rupa-rupanya mereka ialah rakan delegasi saya yang muka jadi tak senonoh akibat tidor dalam flight tadi sehingga saya hampir tidak dapat mengecam mereka, memanggil saya untuk naik ke pesawat kami yang seterusnya iaitu pesawat Swissair. Mungkin itu ialah antara penerbangan terakhir Swissair kerana tidak berapa lama selepas saya pulang ke Kuala Lumpur, Swissair bangkrap bahana kegawatan industri penerbangan akibat "September 11" dan kini semua laluannya diambil alih oleh Swiss International Airlines. (Pulang dari Mockba kami menaiki British Airways dan bukan Swissair).
Perjalanan ke Mockba mengambil masa lagi 5-6 jam. Teringatkan mangkuk tandas dalam kapalterbang yang mungkin sempit, saya terus ke tandas di lapangan terbang sebelum naik pesawat.
Walaupun pengalaman di Zurich saya agak boring, ada juga hasil peninggalan saya disitu.
- Akan disambung -

Subscribe to:
Posts (Atom)